Hotel Review

Menginap di Le Grandeur Palm Resort Senai Johor

 

Menginap di Le Grandeur Palm Resort Senai Johor | Hai korang..Actually percutian ni hanyalah untuk menemankan babah ke Seminar pada malam Sabtu hari tu.Kami sebenarnya dari Melaka pada Khamis untuk menghantar MIL ke sana.So,disebabkan babah ada seminar di Senai,Maka kami ambil peluang untuk menginap di sini membawa anak-anak.

Kalau ikutkan Seminar babah di Hotel ZamSaham,tapi memandangkan bawa pulak anak-anak ni,haruslah kena tempat yang ada kolam renang dan memudahkan kami untuk beriadah kan..Takdelah anak terperap je dalam bilik..Tapi memang terperap pun…hahahaha

Sebelum kami ke Melaka lagi kami dah menempah Le Grandeur Palm Resort Johor ni melalui Agoda.Boleh dikatakan Harga Agoda lebih murah dari yang lain.Umi ambil semalam hanya Rm152 belum masuk GST ok..

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
 

Kolam renang di Le Grandeur Palm Resort Johor.Betul-betul berhadapan bilik kami.Ada dua kolam renang iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak.Kolam renang kat sini memang besar.Kalau korang tak menginap di sini pun,korang still boleh nak ke sini tau.Kalau tak silap umi untuk kolam renang ni,hanya RM20 sahaja.

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Kaunter pendaftaran/Receptionist
 

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Di hadapan pintu Hotel Le Grandeur Palm Resort Johor

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Salah satu tempat untuk korang Chill

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
 LE SPA yang disediakan di sini

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Golfer

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Kami menetap di bilik ini
 
Masa umi booking di Agoda,Umi dah pilih siap-siap untuk bilik Deluxe Suit.Jadi senang ada satu katil besar je kat situ.
 
Jom umi bawak korang untuk lihat pemandangan di dalam bilik kami

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Selepas masuk ke pintu bilik kami,disediakan satu ruang untuk gantung baju,isi barang berharga dalam peti besi tu,ada juga disediakan iron,dan iron board.Jadi senang sangat nak iron baju.Takdelah kena panggil diorang untuk hantar iron kan.
 

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Selepas itu korang akan nampak bilik mandi yang sangat luas.Di dalam bilik mandi tu terdapat tandas ,tempat mandi dan bath tub.

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Bath tub yang ada di dalam bilik mandi.
Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Kelengkapan mandi semua ada disediakan
Selepas tu korang akan jumpa cabinet di hadapan Katil.Di dalam cabinet tu ada mini fridge untuk korang letak apa-apa makanan atau minuman

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Disediakan juga mineral water dan minuman 3 in 1

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Katil untuk kami beradu malam tu.
Actually,adik umi  yang bongsu pun ikut sekali dalam percutian pendek kami tu.So husband  tidur bawah la jawabnya…hahahaha….
 

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Di sebelah katil tu terdapat kerusi dan meja sudut.tempat lepak sambil tengok tv.
Kemudahan banyak tau di sini,Korang yang kaki Golf,kaki gym dan yang suka dengan SPA tu,semuanya ada disini.
 
Berbalik kepada makan malam,actually,umi tak makan pun malam tu kat tempat diorang sebab malam tu ada satu tempat je yang buka iaitu Japanese Restaurant.Memandangkan umi bawak anak-anak,kang tak termakan pulak diorang ni..Harga pun boleh tahan.So kami beli je makanan di Kedai Mini berhampiran masuk ke Hotel ni.
 
Di Le Grandeur Palm Resort Johor ni,korang boleh Dining In,kalau bernasib baik,semua bukak,korang boleh cuba semua sekali..Kat sini terdapat beberapa jenis makanan yang korang patut cuba iaitu
 
  • The Ishwara Brasserie and Terrace
  • Sobasei Japanese Restaurant
  • The Bar
  • The Grill at Cocomo
  • Xin-Shan Long Chinese Restaurant
  • Turquoise  Poolside Bar

 

 
 
 
Selepas Check in,anak-anak dah tak sabar nak mandi kolam.Lepas rehat sekejap,terus bawak mereka turun ke pool.
 

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Tak perlu risau sebab ada dua kolam iaitu untuk dewasa dan anak-anak.
 
Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
umi lah terpaksa melayan budak dua orang ni
 
Dalam pukul 6 lebih baru masuk bilik..Itu pun sebab umi dah letih nak melayan puteri-puteri ni.
Malam tu masing-masing kepenatan,dan adik pun tak berapa sihat,so semua tidur awal.Ikutkan moksu dia nak pegi lagi berenang malam tu,hakak dia je tak kasi..Kang kena kidnap ngan mat salleh kang,sia-sia je..hahaha..
 
 
Keesokkan paginya,kejut kan budak-budak ni awal,sebab nak pergi sarapan.Kang tak sempat pulak sebab sarapan kat sini sehingga pukul 10.30 pagi..Rasa kat mana-mana pun sama kan

 

Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Sebelum pergi breakfast,umi dengan kakak wefie dulu di koridor bilik
 
Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Wefie di Hotel.. Masa ni memang tak sempat nak bergambar dah sebab masing-masing buat perangai..Umi yang pening kepala
 
 
Kalau korang bawa lebih dari dua orang,nak breakfast ni kena bayar RM15 sahaja…Murah la jugak kan..Tapi tak semua makanan korang boleh isi dalam perut..Umi pun makan sikit je..
 
Le Grandeur Palm Resort Senai Johor
Kami sekeluarga.
Masa ni adik dan kakak bagi full support untuk bergambar..Sebab jarang nau gambar kami berempat.
 
 
Kalau korang nak menginap di Le Grandeur Palm Resort ni,umi memang recommended sangat.Sebabnya,Resort ni tak jauh dari Lapangan Terbang Senai tau.Nak cari makan pun senang je.
 
 
Korang boleh tengok Maps dan alamat yang aku beri di bawah ni..Aku bagi 5 bintang untuk Resort ni.
 

LE GRANDEUR PALM RESORT JOHOR

Jalan Persiaran Golf, Off Jalan Jumbo,81250 Senai Johor
Malaysia
www.Palmresort.com
 

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

24 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *