Menginap di Homestay Hentian Qaseh Merlimau

Menginap di Homestay Hentian Qaseh Merlimau | Umi ada cerita masa balik ke Melaka semasa cuti perayaan China tu kan.Umi bercuti selama seminggu.Itu pun sebab company shutdown.

Disebabkan rumah Kakak ipar ada buat majlis Potong Jambul, so kami decide untuk menyewa Homestay yang terdekat.Biasalah kan, rumah bandar ni, lagi pun rumah SIL tu takdelah besar mana, kalau adik beradik datang, confirm sarat.So, untuk memberikan keselesaan pada anak-anak umi dan juga adik beradik yang lain, kami berpakat untuk sewa Homestay berdekatan dengan rumah SIL

HOMESTAY HENTIAN QASEH MERLIMAU

Homestay Hentian Qaseh Merlimau

Hentian Qaseh Merlimau ni terletak di Merlimau la kan…hahaha..Tapi ia betul-betul strategik.Alhamdulillah dapat Homestay yang selesa macam ni.Sebelum tu umi nak bagitahu yang homestay ni hanya untuk penyewa Muslim Sahaja tau.

 

KENAPA MESTI PILIH HOMESTAY HENTIAN QASEH MERLIMAU NI?

Umi pilih Homestay ni of course sebab dekat je dengan rumah SIL.So, jalan kaki je nak ke rumah dia tanpa perlu drive kereta.Homestay  beraircond dan mempunyai 3 bilik .Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai keluarga yang besar.Antara sebab lain kenapa korang mesti pilih Homestay Hentian Qaseh Merlimau ni adalah :

  • Bilik berhawa dingin
  • Berdekaran dengan Masjid As Sujjadah
  • Berdekatan dengan 7- Eleven
  • 200m dari Politeknik Merlimau
  • 5KM dari Uitm Jasin
  • 7KM dari Kolej Komuniti Jasin
  • ATM
  • Perpustakaan awam
  • Dekat dengan highway AMJ
  • 0.5KM dari Bandar Merlimau
  • Terdapat Medan selera di sekitarnya
  • 7 KM daripada Medan Ikan Bakar Serkam
  • 8 KM daripada Medan Ikan Bakar Terapung Umbai
  • Restoran KFC 24 jam Restoran Pizza Hut

 Bagi umi Homestay ni memang satu tempat yang cukup strategik dan selesa.Serta termampu dek umi untuk membayarnya.Lagipun kami cuma menginap malam je.Siangnya kami tiada di sini. 

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM HOMESTAY HENTIAN QASEH MERLIMAU NI?

Kemudahan perlu juga dititikberatkan kalau kita bawa keluarga yang besar.Antara kemudahan yang terdapat di Homestay Hentian Qaseh Merlimau ni adalah:

  • Bilik utama beraircond
  • 2 bilik air
  • Terdapat ruang untuk meja makan
  • 2 dapur iaitu dapur basah dan kering
  • Kelengkapan seperti tempat penyidai baju dan hanger
  • Air minuman disediakan, serta disediakan juga peralatan memasak
  • Iron /iron board
  • Terdapat mesin basuh dan peti ais
  • Ruang parking yang selesa

Hah…itu antara kemudahan yang ada di Homestay ini.Bagi umi dah cukup selesa kan.

Homestay Hentian Qaseh Merlimau

Hentian Qaseh Merlimau

Hentian Qaseh Merlimau

kita tengok pula dibahagian dapur Homestay Hentian Qaseh Merlimau ni

Homestay Hentian Qaseh Merlimau
Dapur basah

Menginap di Homestay Hentian Qaseh Merlimau
Dapur kering yang menempatkan mesin basuh dan peti ais

Menginap di Homestay Hentian Qaseh Merlimau
Ruang makan dan tempat iron yang luas

KEKURANGAN PADA HOMESTAY INI?

Ini pendapat jujur umi ye.Kalau empunya membaca entry ini, mungkin boleh diberikan penambah baikkan supaya ianya lebih memberikan keselesaan kepada pelanggan.

Kalau dah namanya Homestay kan, mestilah keluarga yang besar akan menginap di sini.Mungkin akan dimasukkan 2 atau tiga keluarga.So, pandangan umi, mybe tuan empunya homestay boleh menyediakan beberapa lagi bantal extra untuk digunakan oleh pelanggan mereka.

Pernah umi menginap di Homestay di Seremban dulu, Homestay tu menyediakan toto,selimut dan juga Bantal extra untuk pelanggan mereka.Kami pun berpuas hati sebab yelah kan, bila dah penat diluar berjalan-jalan, balik homestay mestilah nakkan rehat yang cukup dan selesa.Why not sediakan kemudahan tu kan.

Isnyallah kalau pelanggan berpuas hati, mungkin akan disebut-sebut oleh orang dan seterusnya menjadi homestay yang paling recommended di kalangan mereka.

So far, umi memang berpuas hati dengan Homestay ni, cuma yang umi sebutkan di atas jelah kan.Hah..pada korang yang akan ke Melaka dan tak tau nak stay kat mana bersama family, umi memang suggest korang untuk stay kat sini.Murah dan selesa.

Umi sertakan details untuk korang yang nak booking Hentian Qaseh Merlimau ni ye.

Facebook : https://www.facebook.com/call0197797509/

No telefon untuk dihubungi :  Arina – 019 7797 509

                                                      Shukry – 019 7533 506

Boleh lihat maps di bawah ni untuk lokasi ye

 

 

 

 

Loading

28 Comments

  1. paling penting ada mesin basuh. hehehe. mek kalau berkunjung ke homestay mesti nak mesin basuh.

  2. Nampak selesa. Cuma Saya tak layak nak duduk. Haha. Suka yg Ada mesin basuh sebab anak memang byk laundry

  3. Wahh.. complete tgk dapur dia tu.. senang kalau datang ramai2 kan..

  4. looks like a comfortable place to stay. Nowadays, homestay memang top choice bila kita pergi travel

  5. Ena pon lagi suka tdo homestay dari hotel. Hehe puas hati besar kan. Kalau jalan ramai2 biasa kena standby toto bukan apa takut xcukup ruang kan.

  6. SA pun kalau pergi mana-mana melibatkan keluarga yang besar akan ambil homestay..x pun SA check in hotel je senang..sebab SA 4 orang je dlm satu trip…kalau nak amim homestay kena cari yg besar dan semua bleh duduk sekali..kemudahan seperti bantal atau toto memang sangat2 penting…pihak homestay kena prihatin lepas ni

  7. senang klo de homestaykat tmpt yg kita nak tuju..lagi2 klo de majlis mmg xmuat nak stay kat rumah yg membuat majlis tu..

  8. Kalau tang bantal memang rata-rata tempat memang kurang, tapi homestay yang Sis stay di Paka,Trengganu tu lain pulak, terlebih bantal dan toto. Duduk bilik single pun bantal sampai 4 dan ada toto hehehehe..

    Tapi lain-lain tu, not bad kemudahan tu yer..

  9. Memang bercadang jugak nak bercuti dekat melaka.. Boleh la usha2 tmpt ni sbb ada dapur sekali

  10. Kalau keluarga ramai memang bebaloi nak sewa homestay. Lagi melaka memang banyak port

  11. Lengkp semua ye.. Betul kene sedoakan bantal extra ataubtoto ke.. Kadang bercuti satu family besar..

  12. Bagus homestay ni, nampak bersih dah selesa.

  13. Author

    betul tu mek, jadi takdelah mak² ni risau bila berhari² kat homestay..

  14. Author

    betul tu dr. itu yang penting bila kat homestay ni

  15. Author

    haah dilah..seronok kalau dapat homestay gini

  16. Author

    betul tu isaac

  17. Author

    kalau pergi dengan family yang besar, memang homestay lebih better kan

  18. Author

    kan SA, dah namanya pun homestay.kena ada kemudahan macam tu

  19. Author

    tulah suzie, lagi pun taknak susahkan mereka nak handle saudara mara yang lain

  20. Author

    so far, banyak jugak homestay yang umi naura dah menginap, semuanya bagi kemudahan bantal extra..yang ni takde pulak

  21. Author

    boleh zaza..

  22. Author

    haah..complete didi

  23. Author

    haah..betul tu..banyak homestay kat Melaka ni

  24. Author

    kan Nad.itu yang penting

  25. Author

    haah huda..memang bersih dan selesa

  26. nampak selesa dn banyak kemudahan ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *