HOTEL

Menginap di HallMark Inn Hotel Melaka

Menginap di HallMark Inn Hotel Melaka

Menginap di HallMark Inn Hotel Melaka | Hotel Budget di Melaka sepanjang umi bercuti ni terletak di Jalan Munsyi Abdullah, Kampung Jawa.Berdekatan dengan pusat Bandar Melaka

Belum lagi habis tentang cerita percutian umi ni..Korang boleh baca entry sebelum entry ni wujud kat bawah ni tau.Ikutkan kami nak je stay di rumah kakak ipar.Tapi memandangkan jauh perjalanan pergi balik ke bandar tu, babah decide nak sewa hotel je untuk kami berempat.

Baca entry sebelum [ Percutian pendek umi ke Melaka ]

Ikutkan nak sewa hotel yang ada swimming pool.Tapi memandangkan umi nak bawa anak-anak untuk bersiar keluar, jadi macam rugi pulak nak sewa yang ada swimming pool.Sebab takut lah nanti takde masa nak berendam dengan budak-budak..So next time jelah cari yang ada swimming pool atau waterpark.baru best kan.

Sebelum tu umi dah survey dua tiga kali jugaklah hotel yang murah kat area bandar hilir ni.Dari dapat harga murah bertukarlah mahal sedikit.Nak ambil yang ada sarapan, tetapi memandangkan better sarapan kat luar dari dalam hotel kan. So, umi just ambil yang bilik je.Itupun menggunakan khidmat Agoda jugak. Ini kali keempat umi menggunakan khidmat agoda sebab pada umi Agoda lebih murah berbanding yang lain.

Korang boleh baca entry umi di bawah ni di mana umi menggunakan khidmat Agoda dalam memilih Hotel 

Baca  [ Merdeka Hotel Kluang

Baca [ Menginap di Le Grandeur Palm Resort Senai Johor ]

Baca [ Sunflower Hotel Pontian ]

Entry-entry di atas tu semua umi menggunakan khidmat Agoda.Next time umi nak cuba yang lain pulak 🙂 

Jomlah baca review umi tentang Hotel Hallmark Inn ni.

 

HALLMARK INN HOTEL MELAKA

Hallmark Inn merupakan pilihan tepat. Hotel ini terletak 0 KM dari pusat bandar dan menyediakan akses kepada kemudahan bandar yang penting. Untuk pilihan bersiar-siar dan tempat daya tarikan tempatan, pelancong tidak perlu pergi jauh dari hotel  Hallmark Inn kerana ianya berdekatan dengan The Southern Hospital Sdn Bhd, The Shore Oceanarium Melaka, Masjid Kampung Hulu.

Hallmark Inn menawarkan perkhidmatan yang sempurna dan semua kemudahan penting untuk menceriakan pelancong. Hotel ini menawarkan Wi-Fi percuma semua bilik, meja depan 24 jam, fasiliti tetamu kurang upaya, daftar masuk/daftar keluar ekspres, simpanan bagasi untuk memastikan tetamu menikmati keselesaan yang terbaik.

 

Bagi Umi untuk yang takde budget yang besar, Hotel ni memang sangat-sangat sesuai la untuk bermalam.Tempat yang umi rasa strategik dan senang sangat nak ke sana sini.Nak cari port makan pun senang, nak beli sebarang kelengkapan, makanan pun semua ada.Dan yang paling penting Parking ada di sediakan di belakang Hotel ni.Jadi tak kisah sangat parking yang senang tu..hehehe

Untuk bilik umi pilih Deluxe double.Muatlah untuk kami berempat.Selesa sangat-sangat.Jom umi tunjukkan bilik dan kelengkapan yang ada di dalam Hotel ni.

Hallmark inn Hotel Melaka

Pilihan kami Double deluxe.Dan bestnya ada extra bantal yang disediakan di dalam almari.

Kelengkapan lain di bilik Hallmark Inn Hotel

  • Cerek air panas
  • Seterika
  • Tuala
  • Minuman 3 in 1 Nes dan juga Teh
  • Air Mineral
  • Kelengkapan Toiletries
  • Wifi
  • Mini Fridge

Boleh lihat gambar-gambar di bawah.Umi main snap je sebab budak berdua tu sibuk sangat nak interframe.

HallMark Inn Hotel Melaka

Umi rasa lengkaplah apa yang diperlukan kami untuk dua malam tu.

HallMark Inn Hotel Melaka

Senang nak mengopi tengah-tengah malam kan..heheh

HallMark Inn Hotel Melaka

Meja di sebelah katil.Senang ler babah nak buat kerja dia.

HallMark Inn Hotel Melaka

Nampak tu..asyik nak menempel je bila umi ambil gambar..Memang pasghah je ler umi ko ni nak oiii..

Tunggu ler kat situ sementara babah uruskan check in..Lepas check in memasing dok buat hal…

Harga untuk 3 hari 2 malam tanpa Breakfast umi dapat hanya RM168.30 . Kira dah murahlah tu yang umi dapat.Persekitaran kat situ sunyi sikit la malam.Nak cari makan kena keluar ke bandar.Tapi tak jauh dari situ.Nak ke 7-eleven dekat je dari Hotel kami tu.Ada kedai makan di belakang area situ jugak, nak kena rajin explore.Tapi dah alang-alang kami nak keluar makan kan, jadi ambil grab jelah.Percutian umi tu semua menggunakan grab disebabkan babah tak rajin nak memandu dan yang paling penting, malas nak cari parking..Seronok jugak.Sampai kakak asyik cakap, uncle tu ikut kita ke umi..hahaha..Banyak nau tanya dia kan.

Untuk dinner kami ke The Street Kitchen Melaka yang umi ceritakan di entry INI.

Kalau korang nak cari hotel yang dibawah budget korang, boleh la cuba Hotel ni.Pada umi bersih hotel ni walaupun pemandangan tak berapa nak lawa bila di luar.

yang nak tempah boleh la cuba Agoda.Ada lagi kesinambungan dari cerita ni..Tunggu lah umi ada mood lagi nak bercerita..Ni umi sertakan alamat Hallmark Inn ni supaya senang korang nak rancang percutian korang sekitar bandar Melaka

HallMark Inn Hotel Melaka

62, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Jawa, 75100 Melaka

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(1) Comment

  1. […] Menginap di Hallmark Inn Melaka […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *