MENGATASI TEKANAN PERASAAN MENGIKUT CARA ISLAM

MENGATASI TEKANAN PERASAAN MENGIKUT CARA ISLAM | Tekanan perasaan kalau dibiarkan ianya berterusan boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja diri sendiri malah orang sekeliling

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah,Namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja.Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak menjadi mangsa.Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah.Apa jua yang dilakukan mestilan berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-sunnah diseetai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.Jom kita lihat cara mengatasi tekanan mengikut cara islam.

Baca Juga : Amalan zikir Ya Bariq 

Tips mengurangkan Tekanan

MENGATASI TEKANAN PERASAAN MENGIKUT CARA ISLAM
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan.kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.Para pelajar misalnya,disaranakan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca mudah diingati.


Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bgi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.Waktu yang sesuai bgi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat 5 waktu dan waktu-waktu yang lain seperti kita berehat dan sebelum tidur.Oleh itu,jadikanlah Al-Quran sebagai teman yang paling akrab sepanjang waktu.


Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia disisi Allah,Kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.Antaranya dengan mendirikan solat sunat.Solat sunat hajat.solat sunat taubat,tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam islam.Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah


Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadanya.Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada ALlah yang maha Esa dan dilakukan secara berterusan.Waktu-waktu mustajab bagi berdoa adalah pada malam jumaat,tengah malam.pagi sebelum waktu subuh,malam hari raya,ketika waktu azan dan iqamah.Insyallah,Allah akan memakbulkan doa setiap hamba Nya yang benar-benar ikhlas.Namun,Kita perlulah sedar bahawa sevarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tapa usaha yang sungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

 
 
Apa pun kita sebagai hambanya perlu sentiasa ingat akan Allah dalam setiap perkara.Apabila ada masalah, mengadulah pada Allah.Minta pertolongan darinya.Semoga Allah swt permudahkan urusan kita untuk apa jua masalah yang kita hadapi.Semoga kita dapat mengatasi tekanan perasaan mengikut cara islam supaya kita tak terus hanyut dengan bisikan syaitan.
 
 
 

Loading

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *