Melihat bendang yang bakal dituai


Melihat suasana kampung di belah suami ni part yang paling umi suka. Kalau ikut orang Melaka, rumah nenek kami di panggil rumah tua. Nenek kami di panggil dengan panggilan Mak Tua.

Arwah mak tua kami ni dulu bidan kampung yang terkenal di kalangan orang kampung Merlimau Pantai. Kalau ikut kata orang lama, di depan kampung tu dulu memang Pantai. Tapi umi tak sure pulak mana hilangnya pantai situ.

Nanti umi korek cerita lagi eh!!

Umi kecewa lagi sebab umi balik salah TIMING. Umi nak sangat balik masa musim menuai. Kata pak uda umi yang jaga sawah tu, ada lagi beberapa minggu lagi padi tu baru boleh dituai.

Hampa tau. Dah berapa kali jugak umi balik salah time. Harap lepas ni berjumpa lah dengan masa untuk menuai tu.

Tengoklah tu kan, cantik betul bila padi tu dah hampir masak.. Serius umi memang suka suasana kampung.

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 thoughts on “Melihat bendang yang bakal dituai

  • February 9, 2019 at 8:35 am
    Permalink

    Bestnyaa..kalo pi melaka, mesti teruja bila lalu kawasan sawah padi ni ..sebab selalunya kan bendang ada kat utara..bila jumpa kat selatan, jadi excited gila..

    Reply
    • February 11, 2019 at 2:20 pm
      Permalink

      jarang balik nampak orang tuai ..nak jugak rasa pengalaman menuai padi kan

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *