Melangkah Masuk ke Alam Persekolahan.Ibubapa atau anak yang lebih excited

Melangkah Masuk ke Alam Persekolahan.Ibubapa atau anak yang lebih excited |Kalau nak dibandingkan ibubapalah yang terlebih excited kan bila anak masuk ke sekolah ni

And of course lah umi juga lebih excited tahun hadapan untuk hantar anak ke sekolah.Segala persiapan dari hal baju, keperluan sekolah, transport dan sebagainya perlu dibuat lebih awal supaya tidak kelam kabut semasa menghantar anak ke sekolah.Umi pun dah buat persediaan awal-awal lagi bagi memastikan kelengkapan dak Naura tu lengkap.Umi ada kongsi entry berkenaan dengan senarai keperluan sekolah untuk murid pra sekolah.Boleh baca di bawah ni ye.

Baca Juga [ Senarai Semak keperluan  Murid awal tahun persekolahan]

So, bila dah semua kelengkapan settle, tinggal nak tunggu hari sekolah.Tu pun masih belek² lagi apa yang tak cukup.

 

Dah pun bergaya dengan baju sekolah yang lengkap.Insyallah 2 Januari nanti dia akan mula bersekolah.Excited terlebih umi nak tengok dia di sekolah nanti.Tapi tulah, disebabkan nak suruh dia berdikari, umi just hantar dan ambil dia dari sekolah jelah nanti.Ikut hati memang nak tunggu dan lihat dia kat Sekolah.Tapi tulah kan, kita kenalah beri kerjasama dan kepercayaan untuk handle anak-anak ni.Anak-anak ni, bila di sekolah boleh je dia berdikari.Tapi bila kita ada sekali dengan dia, mulalah nak buat ragam.Tu yang ada pelajar sekolah menangis sebab nampak mak ayah diorang.

Apa pun bak kata Puan Ashikin Hashim

Mama yang COOL akan menjadikan anak lebih Happy dan Tenang

Puan Ashikin pun ada berikan beberapa tips untuk ibubapa Untuk anak yang pertama kali ke Sekolah.Ibubapa pun tak Nervous.Jom baca perkongsian ini.

TIPS UNTUK ANAK YANG PERTAMA KALI KE SEKOLAH

Sebelum hantar anak-anak ke sekolah untuk kali pertamanya dalam hidup mereka, ibubapa mesti cool.Mesti dapat uruskan emosi dengan tenang.Yelah, kang kalau nampak anak menangis kat Sekolah, dan² kita rasa tak sampai hati nak tinggalkan mereka macam tu.

Anak-anak yang dah terbiasa duduk di Taska mungkin tak terlalu susah untuk tinggalkan mereka di sekolah, tapi yang tak pernah ke Taska, ibubapa mesti ada masalah seperti ini kan? Oklah..jom baca tips yang pertama

SET MINDA

Kita kena tau kenapa kita nak sekolahkan anak-anak di Tadika walaupun rasanya tak wajib pun kan? Tapi tujuannya adalah untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak.Nak mereka belajar mengenali dunia luar.Nak anak kita happy.Tapi jika kita rasa anak kita belum bersedia, takde masalah pun jika kita tak hantar mereka, tapi bak kata Puan Ashikin, kena baca semua tips yang dah beliau berikan di bawah ni.

KONSISTEN DAN SABAR

Jika anak menangis pada hari pertama sekolah bukan bermaksud anak kita tak bersedia, dan bukan juga dia tak suka sekolah tu.Bukan juga bermakna kita ibubapa yang tidak bagus

Tidak salah anak menangis pada hari pertamanya.Pujuk anak dengan baik dan berikan kata-kata semangat buat anak.Anak pun macam kita juga, rasa janggal bila di tempat baru.Kita juga akan rasa takut jika berpisah dan begitu juga anak kita.

Konsisten dengan rutin baru.Bangun seperti biasa dan tetap ke sekolah seperti yang dijadualkan.Setiap anak ni berbeza penerimaan mereka.Ada yang cepat biasakan diri dan ada juga yang makan masa.So, kita sebagai ibubapa kena banyak bersabar.

SENTIASA BERKOMUNIKASI DENGAN GURU

Jika anak menangis, berkongsilah perasaan kita  dengan guru anak kita.Guru yang profesional dan berpengalaman akan senitasa menenangkan dan memberi jaminan bahawa anak kita dalam keadaan ok.

Tidak salah jika kita nak bertanya tentang keadaananak dan guru akan jawab dengan baik.Cuma kita kenalah besabar jika guru mengambil masa untuk menjawab soalan di Whattsap.Jika telefon, gunakan masa selepas waktu belajar.Anak adalah keutamaan guru pada waktu pembelajaran, bukan menjawab telefon dan mesej melainkan perkara penting.

PERLU KE TUNGGU ANAK DEPAN KELAS?

Kata Puan AShiki Hashim, cukup berikan pelukan,ciuman dan lambaian.Kemudian berikan tanggungjawab itu pada guru.Kita pun kenalah beri sepenuh kepercayaan kepada guru semasa anak kita berada di dalam tangan pendidik yang berpengalaman.Nak tunggu sekejap pun takpelah.

JIKA ANAK MENGAMUK BERGULING

Seharusnya kita cuba pujuk dulu.Biasanya guru akan bantu.Sekali lagi berikan kepercayaan kepada guru untuk mengendalikan anak kita.Insyallah, lama-lama anak akan terbiasa.

PERANAN SELEPAS SEKOLAH

Tugas kita ketika selepas sekolah adalah sangat penting.Bila di rumah, berbuallah dengan anak tentang sekolahnya atau bercerita tentang pengalaman kita sewaktu sekolah dulu.Katakan bahawa esok kita akan ke sekolah lagi.Dapat jumpa kawan-kawan.Dapat main dengan kawan.Tidurkan anak seawal mungkin supaya mood bangun pagi anak-anak dalam keadaan baik

Cuma apa yang pasti, sebagai ibubapa kita kena beritahu dekat cikgu jika anak-anak kita ada masalah seperti ASD/ADHD dan sebagainya.

Yang penting umi dah tak sabar nak tengok Naura ke Sekolah.Bercerita pasal sekolah dia tu nanti..

 

(Visited 9 times, 1 visits today)

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.