Mee Goreng Keriting Telur Asin Indomie

Mee Goreng Keriting Telur Asin Indomie | Dah lama tengok kat pasaraya, tapi tak terbeli pun sebab risau pulak tak sempat nak makan.

Gara-gara tengok SISLIN update pasal Mee Goreng Indomie perasa Telur Asin ni, nak jugaklah mencuba.Hari sabtu lepas, masa ke pasaraya untuk beli barang, ternampak pulak Mee goreng Indomie ni.Actually memang jarang beli Maggi goreng jenama ni, kecuali kalau nak makan maggi goreng.memang wajib beli produk Indomie ni.

So, beli satu untuk rasa.Nak beli banyak risau yang lain tak makan.Harga pulak lupa sebab bukan umi yang bayar..hahaha.Sampai je rumah adik di Bandar Dato Onn, terus buat sebab nak sangat terasa.Mengalahkan orang mengidam ek.

Nak buat pun senang je maggi  goreng ni.Kalau orang yang malas nak memasak, dan satu lagi boring dah nak masak apa, boleh la cuba.

APA PANDANGA UMI PULAK DENGAN MEE GORENG KERITING TELUR ASIN INDOMIE NI?

Bagi umi biasa-biasa je.Boleh la telan.Kalau jenis yang kaki pedas, hiris je lada masuk dalam ni.Rasa lemak dan masin telur asin tu kurang sikit.aduii..tetiba pulak teringin nak makan telur asin weh.Nikmat kalau makan dengan Fucuk air.Ada pulak sambal belacan, memang dah terangkat habis tu.

Rasa nak repeat lagi tak beli?

Selalunya kalau sedap orang akan repeat kan.So, lepas ni umi takkan repeat lagi membeli.Cukup sekali je mencuba mee goreng telur asin ni.

Korang pulak macam mana?

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

3 thoughts on “Mee Goreng Keriting Telur Asin Indomie

  • February 26, 2019 at 10:23 am
    Permalink

    tak pernah rasa lagi yang ni…biasa beli indomie yang perisa special je…fevrett

    Reply
  • February 26, 2019 at 2:02 pm
    Permalink

    Rasa melekat dia aku tak boleh nak tahan tu. Rasa asin pun kurang…tapi bolehlah sekali nak cuba..
    Then sikit beno sebungkus hahahaha…makan-makan tau-tau habis hahahhaa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *