Mee Udang Tanjung Langsat

Mee Bandung Udang Selera Tanjung Langsat

Bila korang berada di Pasir Gudang, memang rugi kalau tak cari tempat makan best di pasir gudang ni.Korang wajib cuba Mee Bandung Udang selera Tanjung LangsatĀ 

Mee Bandung Udang Selera Tanjung Langsat |Mee Udang Tanjung Langsat ni dah lama dok viral kat sosial Media.Mee Bandung Udang yang orang kata sedap sangat tu di Pasir Gudang.

Walaupun jarak rumah umi dengan Kampung Tanjung Langsat tu taklah berapa jauh sangat, ini kali pertama umi menjejakkan kaki ke sana.Sebelum tu, umi cuma lalu je kat situ.Selalunya kalau umi nak makan seafood dan teringin nak menghadap lautan, umi makan di Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat.Memang bersebelahan dengan Mee Udang Selera Tanjung ni.

Hari sabtu lepas balik kerja, umi dan babah ke sana sebab tetiba rasa teringin nak makan mee bandung udang.So, ajaklah si babah dan si Naura makan tengahari tu.Jadi kuali umi tergantung sepi untuk hari sabtu tu šŸ˜†Ā 

TEMPAT MAKAN BEST DI PASIR GUDANG

tempat makan sedap di johor

Nak ke sini, korang kena perhati sikit jalannya, sebab kalau korang terus ikut hati, nanti binasa, so korang kena ikut laluan šŸ˜€ Bila masuk ke Kampung Tanjung Langsat ni, korang kena terus je tau sampai korang nampak simpang tiga, kat simpang tiga tu korang terus melencong ke kanan.Kalau korang terus, haruslah kena patah balik sebab takde laluan lain nak ke sini melainkan korang ke kanan. šŸ˜®Ā 

Dah sampai tu, kiranya kedai ni kedai kedua selepas korang nampak kedai yang ada di darat.Korang akan nampak signboard ni hah!! Ni antara tempat makan sedap di Johor juga tau.

Ramai yang bila datang ke Pasir Gudang akan cari tempat makan best di pasir gudang.Dan salah satu tempat yang menjadi perhatian mereka yang datamg ke mari.

So, masuk je kedai ni, umi terus pilih meja.Masa ni tak ramai lagi.Adalah 2-3 kumpulan yang tengah makan.Bila tengok menu, rasa macam nak makan asam pedas, tapi bila fikir tekak nak sangat makan mee udang, so batalkan niat nak makan nasi.And tengok apa yang umi order di bawah ni ye.

Mee Bandung Udang Selera Tanjung Langsat

Air babah dan air umi..Dak Naura minum air masak yang umi bawak je šŸ˜›Ā 

Air kedondong dan juga Fresh Oren.Umi as usual akan kongsi dengan dak Naura la.Memang umi amalkan perkongsian dengan dia supaya umi tak minum air manis banyak dan tak makan nasi banyak..pandai tak umi..Tapi bukan kedekut ye šŸ™„Ā 

Mee Bandung Udang Selera Tanjung Langsat

Dua mee udang untuk babah dan juga umi.Apa yang bezanya babah punya mee udang dengan umi adalah….Babah order Mee Udang Seafood dan umi order Mee Udang biasa je.Ngada nau babah nak seafood bagai.Dia tak hengat yang dia tu tengah kuarantin makan seafood sebab gout :mrgreen:Ā 

Apa-apalah babah…Bak kata babah..Ubat kan ada.!!haishh…

Mee Bandung Udang Selera Tanjung Langsat

Close up sikit udang yang ada dalam mangkuk tu.Ada dua ketui udang je dalam tu.Itu Harga biasa untuk semangkuk Mee Udang RM10.50 kalau tak silap umi.Ke harga untuk babah..Umi lupa..Boleh je korang nak udang keliling mangkuk tu, Tapi kenalah bayar lebih.hahaha…Yelah..udang sebesar tu pun dekat Market dah dekat 30 juga oitt..So, padanlah dengan harga nya.Bayangkan kalau korang request nak udang keliling mangkuk tu..

Makanlah seadanya.Nak puas hati masak sendiri…Ada sebelum ni yang komplen kata diorang dapat udang dah berbau dan sebagainya.Tapi mungkin luck umi, alhamdulillah..dapat udang yang sedap dan segar.Tu biasa weh kalau kedai-kedai macam ni.Kadang ada hari terkena kat kita, padahal pada orang lain ok je. Biasalah kan.So, yang terkena tu mybe korang kena repeat lagi dan mana yang terkena tu, kena cepat-cepat komplain supaya tak berlaku lagi pada korang..kan…kan…

Habis tu untuk dak Naura menu apa pulak yang umi pilih? Biasalah dak Naura tu, kalau nampak merah ke kuning ke lauk tu, confirm dia tolak mentahĀ².Walaupun tanpa rasakan dahulu kuah tu.Haishhhh!!!

Umi orderkan dia udang jugak sebab taknak dia ngecek udang umi.Tapi sebaliknya umi dengan babah dah ngecek udang dia dulu šŸ˜†Ā 

Mee Udang Tanjung Langsat

Baru nak snap cantik-cantik, babah dah curi dulu udang sekor.Jadi nampak dah rompong kejadiannya.Pasghah jelah nak oii…Nanti doa banyak lagi umi babah diperluaskan rezeki..Tetiba teringat kat Kakak fiyah.Dia memang suka dengan udang ni.Selalu cakap kat dia, dah doa untuk umi dengan babah ke belum?Ā 

Udang tu umi order dengan nasi putih.Itu je yang dia request.So, umi pun ON jelah sambil dok suapkan dia.Itu pun tak reti dok diam sebab dia sibuk nak bagi makan fish kat situ.Uih..tenang beb kalau dapat duduk hadap laut tu.Ambil masa jugaklah umi dengan babah duduk situ.Saja kan mengisi masa lapang kami anak beranak.

Dah ler..Nak cerita pasal makan sambil melalut membebel je kerjanya.Memang entry ni dah lebih 500 patah perkataan agaknya,So far untuk menu ni tak habis RM50 la..

Korang yang nak cuba boleh la terjah ke restoran Selera Tanjung ni di Kampung Tanjung Langsat Pasir Gudang Johor.Ni kat bawah umi bagikan maps dan juga alamat serta no phone untuk korang yang nak booking makan besar kan…heheheh

Dibuka dari pukul 11 pagi hingga 11 malam

Contact no : 019 737 9617 / 012 761 4058

Maps untuk keĀ  Mee Bandung Udang Restoran Tanjung langsatĀ 

Habis menikmati keindahan kat situ, moh ler balik.Ingat nak ke Taman buaya, tapi panas litlit dengan jerebu ni, risau kat dak naura tu demam pulak..AH…jom balik..Bantal pun dah memanggil-manggil tu…

Korang juga boleh baca blog saji yang menyenaraikan 7 tempat makan best di pasir gudang ni.Mana tau kot korang ke Pasir gudang dan nak cari tempat makan sedap di pasir gudang ni kan.Bolehlah terjah

Loading

12 Comments

  1. assalamualaikum eda….aduhhhh sedapnya tengok mee udang tu…

  2. Dah pernah cuba dah, tapi kalau dah makan mee bandung udang galah Sg Rambah, pasti akan kata tak boleh lawan dengannya hehehe..tapi yang ini bolehlah buat geli-geli..

  3. Author

    haduii..entah bila nak ke sana..Teringin gak nak makan mee bandung udang Sg.Rambah tu

  4. Author

    waalaikumsalam mama,,,aduii..kita tengok pun rasa nak makan lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *