EVENT

MBH Flagship Boutique di buka di BBU Johor

MBH Flagship Boutique di buka di BBU Johor | Buat followers MBH SPA , ada berita baik untuk korang tau.Baca sehingga habis entry ni ye.

Baru-baru ni, umi dan beberapa rakan blogger telah menghadiri GRAND OPENING MBH FLAGSHIP BOUTIQUE DI BANDAR BARU UDA JOHOR BAHRU.Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah cawangan terbaru mereka, cuma mereka telah BERPINDAH KE TEMPAT YANG BARU YANG LEBIH BESAR DAN SELESA.

Kalau dulu, orang selalu complaint susah nak parking bila mereka nak buat SPA kan.

Tetapi kini tidak lagi.

Kerana apa, kerana mereka telah memilih TEMPAT YANG STRATEGIK UNTUK PEMINAT SPA MEREKA.

Yang tak tau pasal MBH Flagship Boutique  ni, meh umi nak cerita sikit

TENTANG MBH FLAGSHIP MEDISPA BOUTIQUE

Kepada korang yang belum mengenali MBH GROUP, mereka telah membuka banyak cawangan dan MBH FLAGSHIP BOUTIQUE di Johor Bahru ini adalah CAWANGAN KE-6  yang telah beroperasi selama hampir 5 tahun sejak tahun 2015 lagi.
 
MBH Medispa yang diasaskan oleh Puan Yaya Mohamad merupakan sebuah syarikat perniagaan yang menumpukan rawatan kecantikan dan kesihatan.  MBH telah melebarkan sayap perniagaan dengan membuka premis spa kecantikan yang menawarkan perkhidmatan untuk kecantikan wajah dan badan yang berlokasi di Kajang.
 
 
 Antara rawatan yang disediakan di MBH Medispa adalah rawatan wajah dan rawatan estetik yang umi telah sebutkan di atas tadi.
 
MBH Medispa menggunakan produk yang berkualiti yang dihasilkan mengikut prosedure.So, jangan risau kerana produk mereka bukan produk timbang kilo ye.
 
Ini kerana mereka mempunyai kilang sendiri untuk menghasilkan produk mereka dan pernah memenangi awards untuk BEST BRANCH 2017  dan BEST THERAPIST SOUTH REGION 2017
MBH Flagship Boutique di buka di BBU Johor
 
Mereka kemudiannya telah berpindah ke bangunan yang lain yang berdekatan dengan MBH MEDISPA lama.Butik mereka yang baru ini jelas lebih luas, selesa dan para pelanggan setia MBH akan lebih senang mencari ruang parking apabila mereka membuat rawatan disini.Yang bestnya, Rawatan yang diberikan lebih banyak hanya di bawah satu bumbung,
 

APA YANG UMI KATAKAN LEBIH BANYAK TU

MBH FLAGSHIP BOUTIQUE menawarkan pelbagai jenis rawatan antaranya rawatan untuk kecantikkan, rambut serta rawatan kuku.

Mesti korang sukakan bila ada pemilik butik yang menyediakan rawatan menyeluruh ni.

And of course umi nak bagitahu yang MBH FLAGSHIP BOUTIQUE ni memang Muslim Friendly.Ia lebih kepada menjaga batas antara pelanggan lelaki dan wanita.Bilik rawatan juga diasingkan bagi pelanggan lelaki dan wanita tau..

And yes..itu yang umi suka.Umi pun bercadang nak dapatkan rawatan kat sana nanti..Mana tau lepas tu muka cantik licin ploles macam artis…hehehe

MBH Flagship Boutique di buka di BBU Johor

Perasmian MBH FLAGSHIP BOUTIQUE Bandar Baru Uda ini telah dirasmikan oleh Bekas Adun Johor Bahru iaitu Dato IR Hasni Mohamad.

MBH Flagship Boutique di buka di BBU Johor

Sesi pemotongan reben dan pengasas kepada MBH iaitu Puan Yaya Mohamad .

Sebelum itu, Puan Yaya telah pun memberi ucapan kepada mereka yang hadir dengan memberitahu tentang kewujudan MBH FLAGSHIP BOUTIQUE dan antara pakej yang menarik di butik itu.

MBH Flagship Boutique di buka di BBU Johor

Tahniah MBH untuk Grand Opening MBH FLAGSHIP BOUTIQUE terbaru ni.So, kepada korang yang ingin mendapatkan rawatan-rawatan muka dan rambut, boleh dapatkan di MBH Flagship di Bandar Baru Uda.

Boleh juga lihat facebook dan instagram mereka untuk info lebih lanjut di bawah

Boleh lihat Video semasa pelancaran MBH FLAGSHIP BOUTIQUE di bawah

facebook

Instagram

Website

MAPS

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *