MBH BODY THEORY JOHOR untuk mereka yang nak langsing

MBH BODY THEORY JOHOR untuk mereka yang nak langsing | Baru -baru ni umi dan rakan blogger lain berkesempatan untuk datang ke perasmian MBH BODY THEORY JOHOR yang baru di buka di Bandar Baru Uda

Alhamdulillah..mereka maju lagi setapak dengan pembukaan MBH BODY THEORY ni khas kepada wanita-wanita di luar sana yang ingin kelihatan langsing dan mendapatkan body yang cantik.

MBH BODY THEORY JB ini adalah Slimming centre di mana korang boleh dapatkan konsultasi bagi mengenalpasti masalah kegemukkan yang wanita di luar sana alami.

 

konsultasi bersama pelanggan

Sebelum korang memilih untuk menjalankan treatment yang disediakan, terdapat konsultasi dari pakar mereka.Disitu korang akan diterangkan apa masalah yang terdapat di dalam badan korang, maksudnya adakah lemak yang terdapat di dalam badan lemak air atau lemak lain.Dan mereka akan tentukan rawatan apa yang sesuai untuk korang mengikut pada apa yang telah mereka lihat masalah korang tu.

pengambilan berat badan pelanggan di ambil semasa konsultasi

Yes, umi suka cara mereka yang melayan pelanggan dengan berhemah ni.Apa yang perlu dan tidak perlu, mereka akan bagitahu.Dan yang paling penting adalah, korang kena ikut saranan mereka, kalau tak maka takkan menjadilah rawatan korang tu.Contohnya apa yang umi dengar dari mereka adalah, ada sesetengah pelanggan yang merungut tidak mendapat berat badan yang ideal apabila membuat rawatan.setelah dikaji pelanggan itu sendiri tidak mendisiplinkan diri dalam membuat rawatan.Of course bila buat rawatan perlangsingan mahupun rawatan muka, korang wajib kawal pemakanan dan juga minum air secukupnya seperti yang disarankan.Itu yang penting supaya rawatan yang korang dah buat tu menjadi.

TREATMENT YANG TERDAPAT DI MBH BODY THEORY JB

Meh umi perkenalkan antara treatment yang ada di sini dan bagaimana treatment ini membantu mereka yang mengalami masalah kegemukkan ye.

MBH FAT BRACKER

MBH FAT BRACKER

Siapa yang sesuai untuk rawatan ni?

  • Mereka yang mempunyai masalah kulit menggelebeh
  • Mempunyai masalah selulit selepas bersalin

KELEBIHAN RAWATAN MENGGUNAKAN FAT BRACKER

  • Membakar lemak di bawah kulit dan lemak
  • Membentuk badan
  • Mengurangkan selulit di permukaan kulit

Untuk pengetahuan korang, rawatan ini tidak sesuai untuk MEREKA YANG HAMIL,LEMAH JANTUNG,TEKANAN DARAH TINGGI/RENDAH.

 

MBH  FALT MELT AWAY

MBH MELT AWAY adalah rawatan  yang menggunakan teknologi terbaru iaitu cavitation dan ultrasound

TREATMENT YANG TERDAPAT DI MBH BODY THEORY JB

KELEBIHAN RAWATAN MENGGUNAKAN MBH MELT AWAY

  • Mengegangkan kulit
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Membetnuk semula badan
  • Mengurangkan kesan Orange Peel

Untuk pengetahuan korang Rawatan ini tidak sesuai untuk wanita hamil, lemah jantung, tekanan darah tinggi/rendah,Hyperthyroid,yang menggunakan perentak jantung,luka terbuka dan diabetes.

 

MBH STRAIGHT LOSS SHELL

MBH STRAIGT LOSS SHELL  ni adalah rawatan untuk mencairkan lemak luaran dan dalaman menggunakan  kaedah ala capsule.

Sebelum pelanggan masuk ke dalam Loss Shell ni, mereka akan diurut dan diwrapping.Kemudian barulah mereka dimasukkan kedalam peralatan ni.macam gambo kat bawah ni

kredit gambar : huda

KELEBIHAN RAWATAN MENGGUNAKAN MBH STRAIGHT LOSS SHELL

  • Membakar lemak di bawah kulit dan lemak visceral
  • Membentuk badan
  • Mengurangkan selulit di permukaan kulit
 Ingin umi tekankan disini rawatan ini tidak sesuai sama sekali kepada wanita hamil dan mengalami masalah kesihatan yang kritikal

MBH FLAB U-LESS

Rawatan ini membantu mengurangkan selulit dan menegangkan kulit.Selain itu, ianya juga membantu memanaskan dan membaik pulih tisu-tisu yang bertujuan melancarkan aliran darah dan sekaligus
membantu memecahkan lemak dengan menggunakan alat RF.
 

KELEBIHAN RAWATAN MENGGUNAKAN MBH FLAB U-LESS

  • Mengurangkan benjolan lemak
  • Mengurangkan selulit
  • Mencantikkan kulit
  • Menegangkan kulit kendur
  • Membentuk badan yang menarik

MBH FROZE FAT FAST

Rawatan Froze fat fast ini menggunakan teknologi BTI, dimana ianya adalah proses membekukan lemak pada kawasan tertentu.
 

KELEBIHAN RAWATAN MENGGUNAKAN MBH FROZE FAT FAST

TREATMENT YANG TERDAPAT DI MBH BODY THEORY JB

  • Mengurangkan benjolan lemak
  • Mengurangkan selulit
  • Mencantikkan kulit
  • Menegangkan kulit kendur
  • Membentuk badan yang menarik

Untuk rawatan ini, terdapat dua jenis berlainan mesin yang digunakan untuk membuang lemak di dagu dan jugak perut dan di tempat yang lain.Pelanggan tak perlu berasa panas kerana alat yang digunakan sangat sejuk di permukaannya.Kalau nak tahu lebih lanjut, kena cubalah rawatan ini ye.Umi pulak tak sabar rasanya nak mencuba tau.

 

PENJAGAAN SELEPAS RAWATAN

  • Sangat-sangat disarankan mereka yang menggunakan treatment ini menggunakan  slimming lotion (MBH Burn it Fast) bagi tujuan membantu mengekalkan bentuk badan.
  • Pengambilan makanan seimbang amat diperlukan
  • Tiada pengambilan kafein
  • Pengambilan air putih mengikut berat badan ideal

Ada beberapa lagi rawatan lagi yang mungkin umi tak sebut di dalam entry ni.Tapi yang penting, umi tak sabar nak buang segala lemak yang ada kat perut ni.

 

Untuk korang yang nak details tentang rawatan yang umi sebutkan di atas, boleh la terus ke MBH BODY THEORY yang bertempat di Bandar Baru Uda.Boleh jugak lihat page mereka di bawah ni ye.

MBH BODY THEORY

Facebook : MBH Body Theory – Johor Bahru

Instagram : mbh_bodytheoryjb

Website : http://mbhbodytheory.com

Alamat : 12 – 02, Jalan Padi Emas 1/4, UDA Business Center, 81200 Johor Bahru, Johor.

No phone :018 – 203 7019

 

 

 

 

Loading

21 Comments

  1. Seronoknya dapat treatment mcm nih…fat counter tu kalau oleh beli..syoknyer laaaahai leh hari2 monitor hahahaha

  2. Macam seram pulak nak masuk dalam capsule tu. tapi kalau ada cara mudah untuk kurus, saya pun nak join hehehe. nak nak lagi lepas bersalin ni kan

  3. Aduhai..ini yang jeles ni..macam anak dara la nanti kan..ini la dia rawatan yang Aida bg tau tu ye..macam best je Aida…kat KL takde ke? sure mahal kan rawatan ni…

  4. Kenapa dia taknak jadikan testimoni kan..amiklah jadi testimoni semua rawatan hehehehe
    Tapi Sis ko nak pergi nanti..nak buat treatment rambut…

  5. Author

    dialu-alukan kalau nak..hahaha..tapi i kenot ler buat semua treatment tu..

  6. Wahh bestnya kalau akak pon dapat buat rawatan macam ni..almaklum laa lelemak tepu dah ada banyak..tu laa sapa suruh ternak lemak selalu..hmmmnak juga buat rawatan mcm ni

  7. Loss Shell tu macam scary sikit kalau masuk dalam tu pastu sorang2 je dalam bilik. But I’m sure it works well in burning fats la kan. Kat JB je ke, takde outlet lain yea?

  8. nak betul betul langsing, kenalah labur sedikit wang kan. Boleh guna servis di sini. Jangan cakap nak langsing tapi takde usaha apa-apa pun hehe

  9. Uitt bestnya rawatan ni..siap masuk dalam capsule tu..macam best je..hehehe. Kalau dekat gan KL harus sis cuba, dah lah badan ni bertambah besar..sampai doc suh kuruskan badan..tp tak gak kurus-kurus..huhuhu

  10. biasa jugak dengar pasal MBH ni tapi tak pernah try…nampak best rawatan dia , bagi yang nak kurus pastu nak result cepat mungkin boleh cuba rawatan dari MBH ni …untung orang johor sebab MBH dah ada kat sana

  11. Aduh tak boleh tengok betul ada rawatan-rawatan macam ni. Nak langsing. Perut ni berlemak-lemak dah. Nk slim yang tak buncit. Nampak mcm bagus. Boleh la try nanti kan.hehehe

  12. Wah menarik. Tapi sayang jauh. Kita kat kelantan ni. Kalau x leh la kuruskan badan kan. Nak jugak lansing hehe

  13. Waa.. Bestnya sesekali layan diri macam ni.
    Kita kena juga buat treatment mcm ni untuk dapatkan bentuk badan yang diingini kan.
    Mahal tak kak harga treatment mereka?

  14. Eh kita belum ada keberanian nak buat treatment macam ni, hehe. Yang kena duk sorang2 dalam bilik kecik tu, eh scary la hahah

  15. Moga istiqamah ye. Apapun yang kita lakukan (especially untuk kelangsingan), kena istiqamah agar kesannya kekal kan. Macam Rawlins, bila seminggu stop ke gym, mula la nak bertambah berat badan

  16. Macam menarik treatment ni. Suka tengok yang boleh menghilangkan benjelon lemak. Dah lama x buat rawatan badan macam ni

  17. Wahhh pasni mesti langsing macam ratu kebaya ni. jeles la. Kita nak kurus gak, tapi makan x nak diet langsung. Hahaha

  18. Menarik! Kita nak kecutkan lemak kat perut ni, stress jugak rasa…. Badan kurus tapi perut berlemak… hahaha…adeh la… Happy tengok awak buat rawatan MBH Froze Fat Fast tu, seronok dan puas hati je rasa 😀

  19. Best yer kalau dapat buat treatment kat sini, reward diri sendiri lepas penat bekerja. Semua peralatan guna canggih2 semua

  20. Its my first time get to know about this machine and its can be used for double chin as well. I pun nak melt away my stubborn fats on my perut and peha.

  21. Menariknya. Dia siap consult tu bagus. Yelah kadang kita ambil info dari google je. Tapi badan org lain2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *