Marrybrown Playland Pertama di Buka di Hospital Sultan Ismail

Marrybrown Playland Pertama di Buka di Hospital Sultan Ismail

Marrybrown Playland Pertama di Buka di Hospital Sultan Ismail

Marrybrown Playland Pertama di Buka di Hospital Sultan Ismail | Rasanya ramai reader umi yang suka dengan makanan Marrybrown kan? Of courselah umi pun tak terkecuali.

Korang dah cuba ke Menu terbaru dari Marrybrown ni.Nak² Marrybrown Rendang Ayam Asli mereka.Memang sedap.Hari tu umi berkesempatan untuk mencuba tau menu terbaru Marrybrown.Memang sedap.

Marrybrown Playland Pertama di Buka di Hospital Sultan Ismail

Oh Ya, hari tu Marrybrown untuk pertama kalinya merasmikan MB Playland yang pertama berkolaborasi dengan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.MB Playland ini telah di sumbang dan  diserahkan kepada Hospital Sultan Ismail (HSIJB) untuk diletakkan di sudut permainan kanak-kanak di sana.Jadi ibu-bapa yang membawa anak mereka untuk rawatan, sementara menunggu masa untuk berjumpa dengan doktor, boleh la bermain di MB Playland ni.

 

Marrybrown Charities Association berhasrat untuk memulakan usaha CSR  dengan meletakkan MB Playland di Hospital-hospital yang terpilih di seluruh Negara.

Kata Pengurusi Marrybrown Charities Association iaitu Dato’ Lawrence Liew, mereka sangat berbangga untuk bekerjasama dengan HSIJB dengan membuka MB Playland pertama di situ.Marrybrown telah mensasarkan untuk meningkatkan pemikiran positif dan keyakinan anak-anak melalui MB Playland yang berfungsi untuk memberikan kegembiraan di kalangan kanak-kanak samada yang datang hanya untuk rawatan atau yang menemani keluarga.Dengan ini ia meningkatkan kesan positif kepada kanak-kanak disamping mewujudkan suasana persekitaran hospital yang lebih harmoni lagi.

Pelancaran dan penyerahan MB Playland telah diserahkan oleh Dato Lawrence Liew dan juga Datin Nancy Liew kepada Timbalan Pengarah Hospital Sultan Ismail iaitu Dr. khairul Rizal.

Selepas pembukaan MB Playland, Marrybrown Charities Association akan lebih fokus untuk kumpul dana bagi melakukan aktiviti-aktiviti CSR seperti ini yang melibatkan orang ramai.Tambahan lagi, Marrybrown akan meletakkan DONATION BOX  disetiap outlet dimana pelanggan yang datang dapat memberikan sedikit sumbangan untuk kerja-kerja amal ini.

Umi berharap orang ramai di luar sana dapat memberikan kerjasama terbaik bagi membantu mereka yang di dalam kesusahan dan kesakitan memberikan sedikit senyuman walau keadaan mereka yang sedang sakit.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown korang boleh terus kunjungi :

Facebook : MarrybrownMalaysia

Instagram : Marrybrownmy

Yotube:MarrybrownTV

 

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Marrybrown Playland Pertama di Buka di Hospital Sultan Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *