Manfaat lampu garam

Lampu Garam untuk Hilangkan Resdung? Betul ke?

Lampu Garam untuk Hilangkan Resdung? Betul ke? | Banyak betul kelebihan lampu garam ni kan.Selain digunakan untuk menerangi bilik tidur, ia dipercayai boleh mendatangkan pelbagai kebaikan kepada penyimpannya.

Objek yang berupa seakan sebuah batu dan mengeluarkan cahaya ini boleh merawat pelbagai masalah berkaitan sistem pernafasan seperti resdung, semput atau asma.

Selain itu, ada juga yang percaya lampu ini menjadi pelindung daripada sebarang gangguan aneh dan mistik.

Adakah ia benar atau sekadar mitos semata-mata? Hah!! itu korang kena baca dengan lebih lanjut lagi pada artikel ni ye.

APA ITU LAMPU GARAM

Lampu garam adalah sejenis lampu yang diperbuat daripada garam bukit dan berbentuk seperti sebuah batu yang mengeluarkan cahaya berwarna terang.

Asalnya ia diperbuat daripada campuran garam bukit Himalaya yang terletak di Pakistan.Inilah sebab ia sering kali dikenali dengan nama lampu garam bukit Himalaya di seluruh dunia.

Kini lampu garam telah mula popular di Malaysia.Persoalannya adakah lampu garam ini benar-benar mempunyai manfaat seperti yang digembar-gemburkan?

Jom kita lihat apa manfaat utama lampu garam yang sering diperkatakan ni

1.Menambah baik Kualiti Udara

Ini adalah “Selling Point penjual lampu garam yang paling utama.Ia dikatakan mampu menambah baik kualiti udara dan bagus untuk digunakan oleh penderita masalah berkaitan pernafasan seperti resdung, semput atu asma.

Bukan itu sahaja, ia juga dipercayai boleh merawat individu yang mempunyai masalah alahan debunga atau penyakit fungsi pernafasan seperti fibrosis sista.Sehingga kini masih belum wujud sebarang kajian yang mengatakan ia mampu membuang patogen sekali gus menambah baik kualiti udara.

Ia cuma berkemungkinan boleh menambah baik sistem pernafasan manusia ekoran fungsi haloterapi yang boleh diperoleh melalui kehadiran garam di udara.Namun ia bukan alternatid untuk rawatan penyakit resdung, semput, asma dan lain-lain.

2.Meningkatkan Emosi dan Mood

Selain dari menambah baik kualiti udara,  lampu garam ini juga dikatakan sangat bagus untuk aspek mental kita.

Menurut kajian yang melihat kepada pendedahan ion negatif terhadap haiwan, ia akan membantu peningkatan serotonik- bahan kimia yang berkaitan dengan regulasi mood.

Pun begitu, kajian terhadap manusai tidak menunjukkan sebarang kesan positif kecuali jika mereka sedang berada dalam keadaan kemurungan.

Di dalam erti kata lin yang lebih mudah, ia mungkin boleh membantu korang untuk mereleskan diri dari tekanan namun keberkesanannya sangat rendah.

3. Membantu mereka yang sukar tidur

Lampu garam ni juga dipercayai boleh jadi penawar buat mereka yang sukar tidur.

Ya, mungkin benar bahawa ia mampu memberikan pencahayaan dan suasana yang tenang serta aman namun tiada kajian yang mengesahkannya.

Sekiranya korang mempunyai masalah berkaitan kualiti dan kuantiti waktu tidur, segera berjumpa dengan doktor untuk konsultasi dan rawatan lanjut.

LAMPU GARAM DIJADIKAN SEKADAR PERHIASAN

Sekarang kita dah tahu bahawa belum wujud sebarang kajian saintifik mengenai manfaat lampu garam bukit Himalaya ini terhadap kesihatan kita.

Oleh itu, ternyata kenyataan bahawa ia mampu merawat masalah resdung, semput atau asma adalah mitos atau sekadar plasebo semata-mata.

Namun ia masih mempunyai beberapa manfaat yang lain sekiranya disimpan dalam rumah atau pejabat termasuklah

  • Ia cantik untuk dijadikan perhiasan
  • Ia membantu korang menjimatkan elektrik
  • Ia memberi efek untuk meningkatkan suasana.

Lampu garam ini mungkin tidak akan memberi apa-apa impak positif namun ia juga tidak akan memberi kesan negatif terhadap tahap kesihatan kita.

Sumber: Hellodoktor

 

APA PENDAPAT UMI TENTANG LAMPU GARAM NI?

Umi dah setahun lebih menggunakan lampu garam di dalam bilik tidur.Beli disebabkan umi ada masalah sukar tidur di waktu malam.Kadang-kadang sampai tak boleh tidur.

Ada rakan yang sarankan untuk menggunakan lampu garam ni, and lepas guna alhamdulillah, umi takde masalah untuk sukar tidur.

Lagi satu bilik tak terlalu gelap kerana cahaya lampu garam ni dah cukup memberikan ketenangan pada umi.

 

CARA PENJAGAAN LAMPU GARAM

Lampu garam bukit bersifat HYGROSCOPIC iaitu berkeupayaan menyerap lembapan di udara.

Lampu hendaklah dipasang sepanjang masa bagi mengaktifkannya dan mengelakkanya daripada cair.

Anda juga boleh meletakkan piring di bawah lampu garam bukit anda sebagai pelapik jika anda tidak menggunakan lampu anda dalam tempoh yang lama, garam anda tidaklah mencair di merata tempat, hanya di piring sahaja.

Bagi mengelakkan garam cair, anda hendaklah kerap memasang lampu ataupun jika anda tidak mahu guna. Simpan lampu anda di tempat yang bersuhu bilik. Bungkus di dalam plastik atau letakkan dalam kotak agar ia sentiasa kering.

Bagaimana jika kotor atau berhabuk?

Anda boleh lap permukaan lampu anda dengan menggunakan kain lembab.

Bagaimana jika lampu kelihatan basah dan melekit?

Anda boleh lap permukaan lampu anda dengan menggunakan tisu atau kain kering.

Senang bukan?

 

Loading

2 Comments

  1. ciktom dah lama aim nak beli lampu garam ni..tapi tak terbeli2..suak tgok kolor dia macam hometherapy gitu…harga pun okay tak mahal mana setakat ciktom survey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *