Manfaat 10 ribu langkah Sehari

Manfaat 10 ribu langkah Sehari | Umi ni bukanlah pakar kesihatan dan beria pasal nak bagi manfaat ni dekat korang.Cuma perkara yang baik, ataupun perkara yang rasa kita perlu kongsikan.Why not kan.At least ia berguna bukan sahaja pada semua, tetapi untuk diri sendiri jugak.

Dan umi bukanlah salah seorang yang mampu buat 10 ribu langkah sehari ni.Untuk tahun 2019 ni, umi cuba untuk buat.Walaupun bukan sehari, at least dalam sebulan tu, umi nak jugak capai kepada target 10 ribu langkah sehari.Kalau waktu bekerja tu memang tak mungkinlah kan.Yelah..Dari pagi dok menghadap pc sampailah pukul 5 petang.Walking pun area office je.Takde pun sampai keluar.Kalau keluar pun time makan.Tapi jarang sangat umi makan kat luar tu.

Tapi disebabkan peristiwa sabtu tu, baru umi tahu, macam mana orang nak habiskan 10 ribu langkah sehari tau.Kan umi ada cerita pasal plan aktiviti umi di Entry PLAN AKTVITI DI HARI MINGGU .Mesti korang tau umi kemana.Walaupun korang taknak amik tau, xpe..umi faham..So ni umi nak cerita sikit kepada yang sudi membaca tu.Thanks singgah blog umi yang tak seberapa ni.Umi nak cerita pasal FootGolf ni di lain entry.Tapi untuk entry ni umi nak cerita yang umi berjaya lakukan step sebanyak 8 ribu sehari.Itu pun ada yang umi tak kira tau.Kalau kira, rasanya cukup kot 10 ribu tu..hehehehe..Itu pun umi dah berjalan keliling padang golf tau.Lepas tu tambah lagi lepas balik dari event ke Aeon Bandar Dato Onn. Ni pun rasa sakit lagi kaki dek kerana main FootGolf ni.

Actually, banyak manfaat yang kita boleh dapat dari berjalan 10 ribu langkah sehari untuk kehidupan yang lebih sihat ni.Cuma tulah, nak buat dengan tidak je untuk jadi sihat.Meh ikut umi baca Manfaat Berjalan 10 ribu langkah sehari

MANFAAT 10 RIBU LANGKAH SEHARI

Korang pun sedia maklum kan, berjalan kaki 10 ribu langkah sehari memberikan banyak manfaat untuk kita termasuklah bebas dari risiko penyakit jantung.Berjalan adalah perkara terbaik yang kita boleh buat untuk kesihatan diri.Ini boleh bantu kita untuk mengurangkan masa duduk yang boleh meningkatkan risiko mati.

Melangkah kaki adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk kesihatan anda. Ini membantu anda mengurangkan masa duduk atau tinggal, yang boleh meningkatkan risiko penyakit maut.

 

1.KEKALKAN HATI YANG SIHAT

Apabila kita boleh lakukan 10 ribu langkah sehari ni, kita akan dapat hati yang lebih sihat.Kerana berjalan dengan cepat membuatkan kita bernafas lebih cepat.Bila kita berjalan, kita lebih banyak menggnakan oksigen dan ketika jantung kita laku, oksigen dapat mencapai jantung kita dengan lebih cepat lagi.

 

2.KURANG RISIKO PENYAKIT

Gaya hidup yang aktif membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, strok, kencing manis, kolon dan kanser payudara.Ia juga boleh mengurangkan risiko kita selalu sakit.

 

3.KAWAL BERAT BADAN

Aktiviti ini juga bukan sahaja boleh mengurangkan berat badan, malah mengekalkan berat badan yang sihat.Berjalan dengan kerap membantu kita mengekalkan berat badan yang ideal.

 

4.BAIKI MOOD 

Apabila kita berjalan secara teratur, ia memodifikasikan sistem saraf kita dan dapat menurunkan kadar kemarahan kita sekaligus, mood marah kita menjadi lebih baik

5.TINGKAT KREATIVITI

Kajian di dalam Journal Experimental Psychology, Learning, Memory dan Cognition, menemukan bahawa berjalan kaki dapat meningkatkan kreativiti seseorang.Oleh sebab itu, bila kita mempunyai masalah dalam pekerjaan, berjalan kaki dapat membantu mencari cara menyelesaikan masalah yang dihadapi

6.CEGAH RISIKO URAT VARIKOS

Ketika kita meningkat umur, risiko Varises akan meningkat.Korang boleh cuba search apa itu Varikos.Berjalan adalah cara yang terbukti mengelakkan penyakit itu dari muncul.10 ribu langkah sehari dapat membantu menguatkan sistem peredaran darah sekunder dengan melegakan otot kaki dan meningkatkan aliraan darah yang sihat.

Hah..itulah manfaat yang kita dapat dari 10 ribu langkah sehari.Sehingga ke jam ini, umi cuma ada berjalan beberapa langkah je..Belum pun sampai 500 langkah..acane tu..Takpelah umi dah cuba yang terbaik..Yang penting kita buat dari tak buat langsung kan.Biasalah, umi ni umur makin meningkat..Banyak yang perlu dijaga.Lagilah tahap kesihatan umi tak berapa nak baik walaupun umi sentiasa nak baik..Moga Allah swt permudahkan urusan umi.

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 thoughts on “Manfaat 10 ribu langkah Sehari

  • January 22, 2019 at 10:28 am
    Permalink

    Baguskannn..
    Aku dah start dah tiap malam ni, jalan jalan dengan kawan jiran kat sini..
    Tapi ikut juga, ada kawan ON takde kawan OFF, takut weii hahahaha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *