Mamasado_Official membekalkan makanan kesihatan

Mamasado_Official membekalkan makanan kesihatan |Hari tu entah macam mana, kawan blogger aku ada cerita pasal Healthy food yang dia beli dari satu kedai ni di Taman Bukit Dahlia.So, teringin pulak nak mencuba healthy food yang dibekalkan oleh Mamasado_Official ni di kedai Meloyhealthy.

Disebabkan aku sekarang ni kira dalam proses eat clean.So, aku pun pi jengah ke kedai Meloyhealthy ni untuk mendapatkan pelbagai produk Mamasado di sana.Oh ya..Kedai Meloyhealthy ni merupakan kedai yang menjual produk makanan Frozen dan Healthy Food.Ada juga Protein supplement dan groceries lain yang ada di dalam kedai ni.Memang best masuk kedai ni.Rasa macam-macam aku nak angkut tau.Stock pun banyak.

Meloy Healthy Taman Bukit Dahlia
Meloy Healthy Frozen Food – credit picture to Meloy Healthy

Di dalam kedai ni lah stock healthy food dari Mamasado_official yang aku beli tu.Jom tengok apa makanan untuk program eatclean aku ni.

mamasado_official

Tak sempat aku nak snap cecantik…hahaha..ada lagi sebenarnya yang aku beli dari kedai Meloyhealthy ni..tapi semua tak sempat nak snap.So aku just snap mana yang ada je.Aku beli Chicken Cajun marinated dan Chicken Honey Mustard with Pasta

Untuk Chicken Cajun tu aku just bakar dan makan dengan nasi je.Ataupun aku makan dengan salad.Hah..macam tulah.Kalau untuk makanan macam Chicken Honey Mustard with Pasta ni, dah siap- siap untuk korang panaskan je.Lepas tu dah boleh makan.Lagi cepat.

 

Yang tu aku bawa pi Opis untuk makan tengahari.So masuk microwave dalam 3 minit macam tu..siap!! Dah boleh makan.Aku tengok ramai je abang-abang sado yang masuk ke kedai tu untuk beli healthy food.Complete yang ada dalam tu.Cuma aku tak sure samada diorang ada sediakan segala dressing makanan untuk yang mengambil healthy food ni.Nanti aku masuk lagi kalau dah habis stock yang kat rumah tu ye.

 

mamasado_Official healthy food
Chicken Honey Mustard with Pasta

Packaging yang simple dan senang sangat nak sediakan.Just bukak plastik tu,masukkan dalam microwave.Tak perlu nak tanggalkan bekas hitam tu.

 

makanan ready to eat
Chicken Honey Mustard with Pasta

Kepada korang yang nak jugak rasa dan amalkan healthy food ni boleh tengok IG Mamasado_official ni sebab dia banyak agent tau.Mana tau kat tempat korang pun ada.Bukan itu sahaja, diorang pun ada buat penghantaran kat tempat korang.Tapi tengok tempatlah kan.Tak kata semua yang diorang akan hantar.

 

Untuk yang duduk di Johor Bahru, khususnya orang pasr gudang, nak dapatkan makanan frozen dan healthy food boleh terus ke kedai Meloy Healthy ni.Nanti aku berikan alamat di bawah ye.Jangan lupa follow mereka.. Hah,…ni review ikhlas dari aku tau..Kot lah nanti mamasado berkenan dengan post aku ni,boleh la belanja stock sebulan..hahahaha

 

 

MAMASADO_OFFICIAL

Nak dapatkan produk Mamasado di Pasir Gudang : Meloy Healthy

Alamat Meloy Healthy

No.8 Jalan Sejambak 14

Taman Bukit Dahlia

Pasir Gudang

 

Loading

1 Comment

  1. Senangkan…hartu beli sampai 3, dah habis dah..
    Ingat harini nak pi lagi..Nak beli yang lain pulak, jadilah tak hari-hari eat clean, at least dalam seminggu tu ado juga..kann kannn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *