Makan Malam di The Street Kitchen Melaka - Kisahsidairy.com

Makan Malam di The Street Kitchen Melaka

Makan Malam di The Street Kitchen Melaka

Makan Malam di The Street Kitchen Melaka | Tempat makan yang dikatakan popular juga sekitar Bandar Melaka ni.Juga tempat makan malam pertama umi ke Melaka tempohari.

Seperti dalam cerita umi tentang percutian pendek umi ke Melaka hari tu.Walhal, bukanlah tak selalu ke Melaka.Babah pun orang Melaka kan,Tapi dah alang-alang hantar nenek hari tu.Jadi destinasi cumalah di sekitar bandar Melaka.Cumanya kali ni kami menginap di Hotel Hallmark Inn di bandar Melaka.

Baca sini –  [ Percutian pendek umi ke Melaka ]

Nanti umi cerita pulak ye suasana semasa umi menginap di Hallmark Inn. So, malam pertama kami hari tu, umi dok survey nak makan area Sungai Melaka tu tapi salah pilih pulak.. Dah dalam grab, tengok jalan baru tau dia bukan area rivercruise..haduiii..Dengan redhanya babah mengikut je.Oh ya.Dari Hallmark Inn ke The Street Kitchen Melaka menaiki grab hanya RM6 sahaja ye.

Sampai di situ, umi sedikit teruja sebab suasananya not bad la..Memang tepi jalan.Nak parking pun senang jugaklah.Kira macam cafe hispter jugaklah kat sini.Kalau kami lama sikit boleh tengok jamming..seronok oooo..Umi tak sure samada The Street Kitchen ni sama jugak dengan The Street Kitchen Kontena.Sebab kalau tengok page mereka sama je.So, kalau korang nak cari yang berdekatan dengan Sungai Melaka, korang carilah The Street Kitchen Melaka di Sungai Melaka.Umi tak sure tentang tu ye..Sebab tu terpilih di Street Kitchen sini..hahahha

 

Makan Malam di The Street Kitchen Melaka

Kakak suka jadi photobomb umi tau.Pintu masuk The Street Kitchen Melaka.Tak sabar umi nak tengok menu-menu kat dalam ni.Tapi tulah, umi malam tu tak berapa nak selera pulak makan.

Jom tengok apa yang kami order malam tu.

Untuk babah, order nasi lemak dengan ayam butter.Not bad jugak rasa nasi lemak ni..Memang cukup lah rasanya.Sambal pun sedap.

Kakak pulak as usual dia akan order Aglio Olio.Cuma sedikit pedas.Jadi dia tak habiskan pun makanan tu.

Adik pulak nak kek red velvet ni.Rasa dia biasa-biasa je bagi umi.Tak begitu lembut macam kedai kek tuttttt…heheheh..tekak umi la kot.

Ini pulak meatball yang umi order.Tapi mybe The Street Kitchen kena alert sikit la sebelum menyediakan segala jenis makanan sebab rasa meatball tu dah tak sedap dah bagi umi.

 

Untuk minuman kami order juice je macam biasa.

Actually umi ada order satu lagi menu.Tapi tak sampai-sampai kesudahannya.Jadi umi biarkan jelah begitu sahaja tanpa panggil pun diorang tu.Nasib baiklah jugak kan sebab umi rasa kenyang pulak dengan makanan yang ada tu.

Umi suka presentation kat sini.Suasana pun ok…meriah la kot kalau ada live band kat situ.. Lepas makan-makan tu ingatkan nak jalan-jalan di Sungai Melaka tu, tapi disebabkan dah malam, so terus balik hotel.

So, korang yang nak try makan kat sini, meh umi share location untuk memudahkan korang ke sana.

The Street Kitchen Melaka

Lot 21553, Bandar Bukit Baru

Seksyen 5, 75400 Melaka

Korang boleh jengah Page mereka: https://www.facebook.com/thestreetkitchenmlk/

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 thoughts on “Makan Malam di The Street Kitchen Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *