Makan Makan Di Makan Klimaks Chop & Grill

Assalamualaikum
Entry ni dah lama kot aku pendam.So,pepagi ni aku saja nak bukak selera korang.Bermula dengan hanya melihat menu-menu yang membuka selera mata pandangan aku ni,sehinggalah rasa keinginan tu meluap-luap untuk cuba makan di Makan Klimaks Chop & Grill.
Akhirnya,En.husband menunaikan impian ibu mengandung ni supaya baby keluar nanti taklah meleleh air liur..hehehe…
Petang Ahad yang lepas,aku and family merealisasikan impian untuk makan disitu.Menu yang dihidangkan memang la menepati citarasa tekak aku ni.So tak salah kalau aku war-warkan tempat makanan yang sedap kan.
Warga Johor,atau yang berdekatan boleh la menyinggah ke Restauran ni.Menu kami pada hari itu adalah :-

Nasi Lemak Hijau Klimaks Beef Steak

Ini adalah pilihan  my husband la…Disebabkan dia lapar nasi,so dia memilih set ni.Untuk aku pulak,yang ni memang aku dah aim kat page MK ni
Cheese Burger Meatball Set

Yang ni memang kena dengan tekak aku..Aku kongsi dengan Nur awfiyah..Dia makan kentang goreng tu je..
Untuk MIL pulak,aku orderkan Chicken chop je..Risau pulak dia tak boleh nak terima makanan yang lain.
Chicken Chop

Memang sedap…Puas hati..Untuk minuman pulak aku order ni
Orange Float + Cola Float
My MIL just order milo je..hehehe..tak payah la nak snap kan. Yang bestnya restoran ni,ada menyediakan khidmat delivery di kawasan yang terdekat di area pasir gudang.So kalau malas nak keluar ke sini,boleh terus call untuk perkhidmatan delivery.Yang penting order mestilah rm30 ke atas ye..
Oklah..Takmo cakap panjang-panjang..Aku bagi alamat untuk korang terjah
Makan Klimaks Chop N Grill
34,Jalan Helang 2,Taman Scientex
Pasir Gudang 
Johor
Korang boleh jugak terjah Facebook mereka untuk meninjau juga lain-lain menu yang lazat 

Waktu beroperasi adalah 4.30 petang sehingga 11.30 malam dan tutup pada hari Isnin

Loading

21 Comments

  1. sedapnya..hilang dah la mengidam si ibu mengandung…kan??heheh

  2. sedap tu nasik lemak ijaw..wangiiiii bau pandan..

  3. Assalammualaikum… KSD,

    oooo.. kat Pasir Gudang.. boleh lah jejalan kat sana nanti.

    mselim3

  4. sedap nye… jgn kata ibu ngandung nak, ibu xmengandung ni pon teringin jd nye haha.. btw jemput bg support segmen org baru ni ye..

  5. wah! sedap tu. nanti abe kie akan bawa isteri makan2 kat luar sbb dia pun tgh mengandung gak..

  6. perghhh….mengancam mengancam! mujur jauh kak oiiii hehehe 😀

  7. hoi la kakak…Sally puasa neh…hahahaha…

    tapi nmpak sedap dan nmpk kelainannya 🙂

  8. Salam. Hee nntila sy terjah kt tmn scientex kann ..
    kedai sate wak radol bukit dahlia tu mak dh pergi try blom? kihkih2

  9. Tahu kawasan tu.. boleh sgt singgah klu ada ke sana nanti. Menyelerakan.. thanks sharing Aida.. 🙂

  10. oh kak. chicken chop tu tak boleh nak cakap apa. memang kena cari lunch time ni 😀

  11. ala, jauhnya kak. sobs T__T

    hehehe. betul ke kalau mengidam tapi x dapat apa yang kita nak, anak keluar air liur meleleh?

  12. Waahh sedapnya menu western tapi nasi lemak hijau tu best gak try kan..cuma nasi dia warna hijau je kan kak..rasa still sama ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *