FOOD REVIEW

Makan di Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat

Pening nak cari tempat makan best di Pasir Gudang.Tempat yang boleh membawa seisi keluarga untuk makan sedap.Korang boleh cuba makan di Seafood Seri Bahagia Tanjung Langsat.

Umi nak bawa korang semua makan seafood sambil menikmati pemandangan laut dan sekitarnya.Kalau malam lagilah nampak cantik dengan suasana malam dan lampu-lampu yang ada disini kan.

Actually umi dah beberapa hari bercuti untuk blogging.Masih lagi sedih atas pemergian abang ipar umi yang kedua yang baru sahaja meninggal dunia pada 30 ogos hari tu.Jadi adik beradik masih lagi di rumah umi untuk beberapa hari.

 

Jadi hari seterusnya sebelum mereka balik ke rumah masing-masing umi bawa mereka untuk makan tengahari di Kedai Seafood Seri Bahagia.

Kedai makan yang juga popular di kalangan mereka yang suka menikmati makanan segar dari laut.Kedai makan di pasir gudang yang sentiasa di cari mereka yang suka makan di tepian pantai macam ni.

seafood seri bahagia Tanjung Langsat.Actually umi dah lama jugak tak ke sini.Dekat setahun jugaklah kan.Walaupun jarak dari rumah taklah begitu jauh,takdelah selalu sangat ke sini.Kalau ramai adik beradik datang,nak cari kelainan makan di tepi laut,boleh lah bawa ke sini.Di Tanjung Langsat ni,memag terkenal dengan makanan Seafoodnya tau.Makanan seafood yang disajikan juga Fresh dari laut.So,tak risau kalau berbelanja besar disini.

 

Kami ke sini untuk makan tengahari.Dekat sini semua yang disediakan akan dimasak apabila di order sahaja.So,makanan masih lagi panas sewaktu kami merasai kenikmatan seafood tu.Jom tengok apa yang kami order untuk makan tengahari di Seafood Seri Bahagia ni.Tempat makan di Johor ni memang ramai yang masih tidak tahu lagi.Kalau yang rajin surf di internet pasti tahu tentang kedai ni.

Ni antara menu yang umi order untuk makan tengahari kami pada hari tu.

 

tempat makan sedap di johor

Kami order siakap goreng ni 3 ekor dan ambil yang 1/2 kilo seekor.Seekor lagi masak tiga rasa.Lepas tu order pulak Sotong goreng tepung,Ketam masak lada hitam,sayur capcai dan udang masak sambal.Air pulak kami order 3 jug air Fresh Oren.Senang nak order kalau satu jenis air tu je.

 

tempat makan sedap di johor

 

tempat makan sedap di johor

 

         UDANG MASAK SAMBAL

 

                    SAYUR CAPCAI

 

               KETAM MASAK LADA HITAM

Total damage untuk makanan ni adalah RM308 untuk 9 orang makan.Memang berbaloi,walau mahal tapi sedap dan puashati.Takde tinggal sebarang lebihan makanan pun tau..hahaha..Nampak tak kami lapar .

 

Selepas makan,kami duduk bersantai di sini untuk melihat persekitaran Kampung Tanjung Langsat ni.Bolehlah tengok orang menebar jala,menangkap ikan.Naura seronoklah dapat tengok ikan melompat-lompat kat dalam laut tu.Jom tengok gambar disekeliling kedai ni

 

tempat makan sedap di johor

 

Kalau korang berhajat untuk makan disini,boleh la lihat maps yang Umi sertakan di bawah ni.

Restoran Sri Bahagia Tanjung Langsat

Sebenarnya banyak je lagi tempat makan menarik di Johor ni yang korang boleh terjah.Korang boleh refer blog maisinggah ni untuk melihat tempat makan menarik di sekitar Johor ni.

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(13) Comments

  1. Okayyy okayyyy takkkk hajakkkkkkkkk

  2. ala…ingat dah dating ngan parijal tak ingat kat akak..hahahaha

    1. Hahahahaha. PARZIVAL laaaa hoi. Elehhhh manaada datingggg.

    2. parijal..parijal.. Parzival lah hahahaha

  3. Kalau datang sini memang semata2 nak makan ketam, tak order benda lain dah kecuali sayur ngan sotong goreng tepung

  4. mee udang la akk baru betul-betul kaw..hehe

  5. saya pun dah lama tak ke sini. dulu zaman asben kerja area tanjung langsung selalu juga pergi makan kat sini. sekarang..tunggu la mengidam kang..hehe

  6. Azhafizah says:

    Bestnya dapat makan seafood fresh. Tak pernah fiza sampai sini lagi. nanti kalau tersinggah tu boleh cuba datang sini

  7. Sedapnya nampakkk! Kalau makan tepi laut, ada angin sepoi-sepoi..lagi menyelerakan saya..ngeeehehee~ Boleh singgah ni, tak jauh dari tempat saya…

  8. nampak sedap ketam tu…. best makan dengan nasi panas…

  9. Bila nampak ikan Siakap tu kan kak, kita teringat yang dekat angsana tu tau. sedap juga kak ikan siakap dengan sambal kicap. makan pun bertambah tu…

  10. […] Makan makanan laut yang sedap sambil tengok pemandangan sungai yang indah. Kalau datang malam-malam, lagilah bahagia tengok lampu berkerlipan menghiasi tebing sungai itu. Restoren ini dibuka untuk makan tengahari dan makan malam. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang menu dan rasa makanannya, kena baca di blog Kisah Si Dairy. […]

  11. […] #2 – SEAFOOD SERI BAHAGIA TANJUNG LANGSAT […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *