Majlis Perasmian UTC JOHOR

Assalamualaikum
Semalam husband ada menghadiri Majlis Perasmian UTC yang terletak di Galleria Kotaraya.
utc johor

utc johor
UTC atau dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar merupakan inisiatif di bawah strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) yang bertujuan membawa perkhidmatan kepada rakyat dan memastikan kecekapan pemyampaian perkhidmatan kerajaan.
UTC adalah Pusat Sehenti(One Stop Centre) yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat dan beroperasi di luar waktu pejabat dan juga pada hujung minggu(kecuali cuti umum)
Matlamat UTC adalah memberikan perkhidmatan “Cradle to Grave” di bawah satu bumbung(daripada mendapat sijil lahir anak dan perkhidmatan kesihatan kepada penamatan syarikat,perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan lain-lain.
Perlaksanaan UTC turut memberikan penekanan kepada pelaksanaan pantas.Pengubahsuaian dan kerja menaik taraf yang berkaitan UTC hanya mengambil masa dalam lingkungan 6 hingga 12 minggu sahaja untuk disiapkan
Pertimbangan utama dalam melaksanakan projek ini termasuklah lokasi yang strategik yang mempunyai akses kepada pelbagai pengangkutan awam.Bagi memastikan projek ini berkos rendah,tiada bangunan baharu yang dibina tetapi sebaliknya bangunan kerajaan yang uzur atau tidak digunakan sepenuhnya diubahsuai untuk dijadikan UTC

Kluster Perkhidmatan UTC
  • Perkhidmatan Gunasama Kerajaan
  • Perkhidmatan Kesihatan
  • Perkhidmatan Keselamatan
  • Perkhidmatan Pendidikan Latihan & pekerjaan
  • Perkhidmatan Perbankan
  • Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan & Keusahawanan
  • Perkhidmatan Utiliti
  • Perkhidmatan Pembangunan Belia
  • Perkhidmatan Kebajikan Pembangunan & Masyarakat
Waktu Operasi UTC Galleria Kotaraya adalah dari
8.30 pagi -10.00 malam dan dibuka setiap hari kecuali cuti umum
Sekarang dah senang..Nak buat kad pengenalan ke,PTPTN ke semua boleh ke UTC pada hari minggu..So,xpayah la nak bazirkan waktu bekerja tu.Satu lagi jimat sikit penggunaan AL tu kan..
Dah dibuka lama pun UTC Kotaraya ni,cuma baru dirasmikan semalam..
Dapatlah en.husband goodies bag..APa yang ada di dalam goodies bag ni?Jom terjah
utc johor

Jangan tak percaya,NENAS ni pun ada dalam goodies bag tau..Ini adalah Nenas pontian yang mempunyai gred tinggi..Berapa tinggi tu aku tak pasti pulak..hehehehe

Loading

7 Comments

  1. Ok baru tau kat situ dah ada UTC.. dulu waktu zaman2 di JB, kotaraya tu antara lokasi melepak tu hehee… thanks sharing Aida… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *