Mainan yang Wajib ada di dalam rumah

MAINAN YANG WAJIB ADA DI RUMAH DAN PARA| Mainan dan kanak-kanak ni memang tak boleh dipisahkan, tak semua mainan boleh dimain mengikut peringkat umur anak-anak ni.

Nak bagi permainan kat anak-anak pun, ibu bapa kena tau, samada permainan tu bagus untuk anak atau tidak.Itu pun mengikut peringkat umur mereka.

Umi masih lagi belajar tentang ilmu parenting, yelah, walau anak seketul je, tapi masih bertanggungjawab atas apa yang diberikan pada anak.

And yes, sejak kenal dengan ibu-ibu hebat dalam group mommyhappy, umi banyak lagi belajar dan cuba adaptasi kan pada anak.Ibu-ibu hebat tu memberi inspirasi pada umi untuk umi mengajar anak dengan lebih bagus lagi.

And, bercerita tentang permainan yang wajib ada dalam rumah, yang perlu kita ketahui apa peranan sesebuah mainan tu untuk anak.Maknanya, adakah mainan tu boleh memberikan atau mengembangkan otak anak-anak kita? 

Umi ada baca dari page Aishah Kassim tentang permainan yang wajib ada di dalam rumah.Umi jugak setuju dengan kata puan Aishah ni, bagilah macam mana pun jenis mainan kat anak, tapi kalau kita biar je dia main sorang-sorang takde gunanya.Ibu bapa juga kena mainkan peranan dengan bermain bersama-sama dan pantau aktiviti yang mereka buat dengan permainan yang diberikan.

Dalam pada bermain tu, boleh je kita bertanya atau memberi idea pada anak-anak supaya otak mereka berfikir.Kalau sebut bab parenting ni, umi bukanlah orang yang perfect, tapi umi suka berkongsi bab ni sebab bila kita kongsi, dalam pada masa yang sama, kita juga belajar kan?So? apa mainan yang patut dan wajib ada di rumah dan para korang? Jom baca 

 

MAINAN YANG WAJIB ADA DI RUMAH DAN PARA 

MAINAN CAUSE & EFFECT

MAINAN YANG WAJIB ADA DI RUMAH DAN PARA

Mainan macam ni sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 2 tahun kerana mainan sebegini banyak memberikan input sensori pada kanak-kanak.Mainan sebegini biasanya perlu ditekan, dipusing,dipicit, digoncang dulu untuk menghasilkan effect.Memahami cause & effect adalah kemahiran kognitif(berfikir) yang biasanya terbentuk pada 3-6 bulan lagi.Kemahiran paling awal adalah bayi dan kesannya, ibu datang memberi susu, menukar lampin dan lain lain lagi respon yang diperolehi hasil dari tangisan tadi.Apabila usia mereka meningkat, mereka akan belajar kemahiran cause & effect yang lebih kompleks seperti menggoncang rattles, menekan butang, dan lain-lain lagi.Sebab tu kalau kita tengok, kanak-kanak suka main suis lampu, sebab bila ditekan, lampu menyala.Bagi kanak-kanak ianya adalah mainan cause & effect.

Jadi, apa kaitan mainan cause & effect dengan pembelajaran kanak-kanak?

Kaitannya, permainan cause & effect akan meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak iaitu kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.Bila kanak-kanak bolh berfikir dengan baik, sudah semestinya boleh belajar dengan baik, lebih fokus dan lebih kritikal pemikiran mereka.Mudah untuk memahami apa yang terjadi di sekeliling mereka

 

MAINAN KONSTRUKTIF(boleh bina dan susun)

MAINAN YANG WAJIB ADA DI RUMAH DAN PARA

Apabila mencecah usia 18 bulam, kanak-kanak suka pada sesuatu yang membina dan menyusun.Jadi pada ketika ini anda boleh dedahkan kanak-kanak dengan permainan² yang membolehkan kanak² meningkatkan kemahiran motor halus mereka.

Pada peringkat awal, mungkin anda boleh membina sesuatu yang mudah dahulu, tapi makin meningkat usia kanak-kanak, anda boleh tingkatkan kesukaran untuk menyusun dan membina sesuatu yang lebih kompleks.Dengan cara ini, boleh tingkatkan imaginasi kanak-kanak juga.

MAINAN UNTUK PERGERAKAN FIZIKAL

MAINAN YANG WAJIB ADA DI RUMAH DAN PARA

Biasa tak dengar orang-orang tua cakap, “budak aktif tu budak yang cerdik dan saya memang setuju.Aktif dan bukan hyperaktif.

Kanak-kanak aktif sebenarnya mereka tengah explore, try and error, alami macam-macam experience dan sudah semestinya mereka belajar banyak perkara dari experience tersebut.

Tambah pula, aktiviti fizikal akan meningkatkan banyak skill pada baan seperti body awareness & control, pergerakan bilateral badan, koordinasi badan, menguatkan otot dan menyihatkan badan juga.jadi aktiviti ini bukan sahaja untuk badn, malah ia juga untuk perkembangan otak kanak-kanak.Makin sihat otak, makin cerdiklah mereka dan makin mudahlah mereka belajar.

Jadi kalau anak suka main, explore sana sini, dan buat macam-macam permainan, tak perlu rasa pelik dan risau.Kalau yang anak-anak duduk dia tak bergerak,asyik tengok tv dan main gajet, itu yang perlu kita risaukan.

 

MAINAN MESSY

MAINAN YANG WAJIB ADA DI RUMAH DAN PARA

Mainan Messy ni adalah mainan yang melibatkan sesuatu yang comot.Mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang, tetapi bagi kanak-kanak permainan sebegini adalah menyeronokkan.Tapi ada juga kanka-kanak yang sukar untuk tolerate dengan mainan messy ni.

Mainan messy ni sebenarnya memberi manfaat kepada kanak-kanak.Bukan sahaja boleh enjoy, malah ianya memberi banyak rangsangan bergantung kepada jenis messy play.Antaranya dalah dapat tingkatkan deria (sensory), meningkat kemahiran motor halus dan kasar, manipulasi tangan dan anggota badan, belajar berfikir dan menyelesaikan masalah dan macam-macam lagi.

Dengan adanya kepekaan deria yang baik dan stabil, kanak-kanak akan lebih fokus  untuk belajar.Jadi pembelajaran akan terjadi dengan lebih cepat dan berkesan.Jadi banyak-banyaklah messi play di rumah..hehee

Pelbagai stage umur boleh main mainan sebegini.Untuk kanak-kanak yang kecil seperti 1 tahun ke atas anda mungkin boleh main menggunakan bahan-bahan simple seperti buih sabun, makanan melekit,

 

MAINAN UNTUK  BERPURA-PURA/ BERLAKON

MAINAN YANG WAJIB ADA DI RUMAH DAN PARA

Sebenarnya setiap peringkat dan cara kanak-kanak bermain menggambarkan tahap perkembangan mental(kognitif) mereka.Antaranya adalah permainan pura-pura atau pretend play.Melalui permainan sebegini, kanak-kanak banyak belajar berimaginasi, mencipta idea dan kreativiti  mereka tersendiri dan sudah semestinya mereka belajar berfikir semasa bermain.Dan biasanya pretend play ni dimainkan bersama orang lain.Jadi skill sosial akan ditingkatkan seperti adab berkawan, berkongsi, memberi dan menerima arahan, mentapkan gol untuk dicapai semasa bermain, handle conflict, gaduh, baik balik.

Gaduh dan baik balik tu memang dah jadi lumrah budak-budak kan.Sebab tu kita kena pantau apa yang mereka buat.

Contoh pretend play ni macam masak-masak, makan-makan, kemudian bagi orang lain makan dan sebagainya lah.

 

And bab ni kalau dak Naura nak main, diangkutnya umi dan babah dalam lakonan dia.Jadi umi dan babah kenalah layankan dia. Macam mana kita main masa kecil dulu, macam tulah anak-anak kita kan.Paling best main kawen-kawen… 😆  😆  😆 

PENSIL DAN KERTAS

MAINAN YANG WAJIB ADA DI RUMAH DAN PARA

Ini adalah mainan yang paling mudah untuk di bawa kemana-mana sahaja.Macam-macam boleh dibuat dengan kertas, pensil, warna dan lain-lain.Main lukis², main conteng² dan main teka².Boleh buat anak leka masa dalam kereta, masa makan, masa korang nak buat kerja dan dalam macam-macam situasi.Bukan sahaja boleh mengajar anak memanipulasi tangan, meningkatkan imaginasi dan kreativiti, boleh juga belajar mengenal objek, gambar dan macam-macam lagi.Jangan ktia tak tau yang menconteng adalah latihan awal tangan kanak-kanak untuk mereka belajar menulis nanti.

 
Kita ingatkan diri kita sekali lagi, luangkan masa bersama anak-anak untuk pelbagai aktiviti yang mereka buat.Kalau kita buat tak kisah, anak akan rasa terasing.Rasa diri mereka tak dihargai.So, risau anak memberontak, kita kena ada masa untuk mereka.
Moga kita jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita.
Insyallah
 
https://www.facebook.com/SLPaishahkassim/
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Loading

1 Comment

  1. TQ kak eda sharing info yg bagus ni.. kadang dah beli mainan utk anak tp tak sempat pulak nak buat aktiviti sama2 kan.. Allahu.. kesian anak2 tau2 dah membesar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *