manfaat bermain play doh

Mainan Play Doh Beri Manfaat Pada Kanak-kanak

Mainan Play Doh Beri Manfaat Pada Kanak-kanak | Siapa je kan tak suka dengan permainan Play Doh ni.Khususnya kanak-kanak la kan.

Nak pulak ada dengan set mainan acuan Play doh yang best-best.Kalau zaman umi dulu, takde permainan Play doh ni.Yang ada pun tanah liat.Play doh dan tanah liat ni berbeza sikit walaupun cara mainannya sama.

Kat rumah ada dua jenis ni, memang umi beli untuk Dak Naura bermain.Walaupun habis melekit satu meja, tapi umi redha jelah demi memberikan pengalaman dan manfaat yang ada bila dia bermain play doh.

Dulu, masa umi rajin lah kan, umi buat sendiri play doh tu.Hah..Nak buat play doh sendiri pun boleh ,Caranya senang je.Boleh rujuk Entry Buat Play doh guna Tepung Gandum . 

Tapi hari tu, masa jalan-jalan ke Aeon Tebrau, nampak pulak Play doh ni tengah buat sales.Tunjuk kat Dak Naura, terus angguk je nak beli.Satu point untuk babah sebab dia yang kena bayau 😆  😆 

 

Tapi, betul ke dengan bermain play doh ni boleh membantu meningkatkan sensori anak-anak.Dari dia pegang phone, baik bagi diorang pegang play doh atau tanah liat.Lagi bagus.

Cuma bila anak bermain play doh ni, kita kena pantau supaya mereka tidak memasukkannya ke dalam mulut.Sebab ada certain play doh yang mempunyai bahan kimia.Dan jangan tak tau, play doh sekarang ni pun ada yang ciplak.So, kita kena berhati-hati lah kalau nak beri diorang tu main.

Dan apa pulak manfaat bermain play doh ni.Bukan suka-suka nak bagi kalau ianya bermanfaat kan.So, kita kena tau jugak manfaat memberikan permainan ini pada anak-anak kita kan.

MANFAAT BERMAIN PLAY DOH

1.Meningkatkan Kreativiti pada peringkat awal kanak-kanak.

Usia 3 tahun kita dah boleh bagi anak bermain play doh.Umur 3 tahun anak-anak dah pandai untuk berimaginasi.So, masa nilah kita beri dia bermain playdoh.Rangsangkan minda mereka untuk membuat aneka bentuk supaya  mereka mahir untuk melakukan sesuatu.

 

Selain dari mencipta pelbagai jenis bentuk, umi jadikan satu aktiviti untuk dia dengan kad imbas dari mommyhappy ni.Umi suruh dia buat mengikut apa yang tertera pada kad imbas yang umi bagi kat dia.

2. Membina Imaginasi Kreatif anak-anak

Imaginasi anak-anak ni tinggi.Play doh tu walau diorang buat bentuk burger, tapi rupa macam tak seperti burger, jangan complain tak cantik bila mereka buat tu memang tak cantik.Mau kena marah kang.hahaha…Umi layankan jelah kan.Contoh dia buat breakfast menggunakan busy book Islamic yang umi belikan untuk dia hari tu.Sebelum tu dia dah tengok video busy book Islamic untuk penyediaan sarapan.

Tengok lah..Telur putih dah jadi merah.Umi tanya dia, apa benda yang hijau-hijau tu.Dia kata sayur dan yang coklat tu, hot dog.Hah..betullah tu.kan.Tu belum lagi bentuk dia buat kuda…hahaha…

3.Tingkatkan Sensori Motor kanak-kanak.

Dengan bermain play doh, ia boleh meningkatkan Sensori Motor anak-anak dengan sentuhan.Di samping tu, boleh kuatkan otot anak-anak ni bila dia menekan, menerap acuan ke play doh dan sebagainya.

4. Bentuk keyakinan anak-anak

Bila dia membuat sesuatu objek, kita pastikan dia percaya yang objek yang dia buat tu adalah betul.Jadi takdelah dia ragu-ragu dan timbul pertanyaan ” umi, macam ni eh buat burger” ” Umi, burger warna apa” tu ayat contoh la yang umi bagi…hahaha…Tapi selalunya bila dia tak faham atau confuse dengan apa yang dia buat, dia akan tanya.So, tugas kita bukan kondem, tapi betulkan..Kadang -kadang kena sabar jelah kan dengan soalan-soalan dia tu..haishhh

5.Meningkatkan kemahiran sosial anak-anak

Kalau Naura, selalunya dia bermain dengan umi jelah.Bila ke Taska, umi memang tak bagi dia bawa permainan macam ni.Risau kalau-kalau ada anak-anak yang bawah umur nak bermain sama.Umi selalu bawakan poney dia tu jelah.Janji permainan yang besar.Bila dia bermain dengan kawan-kawannya, maka menggalakkan lagi kemahiran sosial dia.

Dalam entry umi yang lepas umi ada cerita tentang perkongsian Mainan yang wajib ada di dalam rumah. Mungkin entry ni juga boleh membantu umi dan parents lain untuk wujudkan permainan ni bagi memberikan manfaat yang besar pada anak-anak untuk perkembangan diri mereka.

 

Tak cuba tak tau kan….

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *