FOOD REVIEW

Maggi Pedas Giler Seafood Berapi,Pedas ke?

Maggi Pedas Giler Seafood Berapi,Pedas ke? | Entah apa angin si husband dok bawak sebungkus Maggi pedas giler ni ke rumah.

Sebelum ni takde pun dia teringin sangat nak makan maggi pedas ni.Padahal dia bini dia pernah warning yang Maggi pedas giler ni memang pedas.Dah tau bini dia pernah rasa Maggi Pedas Giler Mi goreng ni dulu.

Eh, pelik bila dia kata dia teringin nak makan.Sebab teringin nak makan, bila dia tengok youtube Mukbang tu je..Seriously?? buang tebiat? hahahaha…

Patut ler dua tiga hari sebelum tu dok menanya pasal samyang ler bagai..Rupanya ada hati nak mencuba.

Umi apa lagi, gian gak nak cuba maggi pedas giler Seafood ni.Kita tengok macam mana pegi dia.

Maggi Pedas Giler Seafood Berapi

Maggi Pedas Giler Seafood Berapi,Pedas ke?

So, umi buatkan dua bungkus, satu umi dan satu babah.Umi pun teringin gak walaupun tau memang maggi tu pedas.

Hah!! bila pertama kali rasa, baru dia tau maggi tu pedas ya amat.Tapi masih boleh telan dek umi sebab umi rasa Maggi samyang lagi pedas dari ni.Nasib baik dia tak beli Maggi Ghost paper.Kalau tak, mau mati tercekik makan pedas macam hanat tu…hahahah….

So, bila di tanya nak cuba lagi ke tidak, jawapannya tidak,tapi umi tetap ok je walaupun pedas, tapi tak berapa nak menyengat sampai bibir bak angelina Jolie.

Maggi Pedas Giler Seafood Berapi,Pedas ke?

Eh..tetiba teringin nak makan maggi samyang cheese tu.Hah..yang tu umi suka walaupun pedas, tapi disebabkan ada cheese, ok lagi la…Lagi banyak cheese lagi sedap kot..

Disebabkan tak sabar nak mencuba, umi takde letak pape pun tambahan seperti udang dan sotong.Yelah…kata seafood kan, at least kalau ada udang , sotong ke dalam tu baru nampak seafood nya.Kalau kosong, rasa macam biasa je…

Ada dua bungkus lagi kat rumah tu. tak taulah bila nak habiskan.Nak makan depan dak Naura kang dia mintak pulak maggi lain.Jenuh ler umi nak buatkan untuk dia pulak edisi tak pedas..

 

Kalau korang kata tak pedas, memang terror ler lidah korang.Tanpa aksi minum air, makan buah dan sebagainya, memang terror.

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *