Madu Kelulut Untuk Kesihatan dan Kecantikkan

Assalamualaikum

MADU KELULUT UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKKAN| Ramai yang dah tau kan tentang kebaikkan madu kelulut ni.Cuma di pasaran sekarang ni,kita kena betul-betul pastikan yang dibeli adalah madu kelulut asli dan tiada tambahan gula.Madu kelulut ni tak sama dengan madu lebah kerana madu kelulut rasanya sedikit masam dan berwarna cerah.Kelulut ni berasal dari keluarga lebah juga cumanya ia lebih kecil dan tiada sengat.Kelulut menghasilkan propolis dan madu yang kaya dengan antioksidannya.

PROPOLIS berfungsi sebagai antikulat,antifungus,antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebgai bahan aktif dalam kosmetik,krim dan tablet.

So,bila aku terima Madu ni dari kawan aku,aku cuba untuk rasa sebab ramai yang kata madu yang dijual memang asli.Aku tak berapa sure macam mana nak tentukan madu tu asli atau tidak.Tapi bila letak lama dalam peti ais,madu tu takdelah keras dan terdapat gelangan propolis  di atas madu tu.Itu jelah yang aku nampak.Madu kelulut ni banyak manfaatnya.Jom kita tengok apa manfaat madu ni


MANFAAT MADU KELULUT

  • mencegah serangan strok
  • Meningkatkan daya tahan tubuh
  • Melancarkan Peredaran darah
  • Memperkuatkan fungsi otak dan jantung
  • Meningkatkan pengeluaran hormon
  • Mengendurkan urat-urat yang tegang
  • Memperbaiki sel tubuh yang rosak
  • Menghilangkan rasa letih,meningkatkan metabolisme badan.
  • Boleh dinikmati oleh pesakit diabetes
  • Meningkatkan kecerdasan anak
  • Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan
  • Membantu penyembuhan luka diabetes
  • Mengurangkan Resdung
  • Merawat batuk,selsema dan sakit kerongkong
  • Mengurangkan lelah/asma
  • Melancarkan pernafasan
  • Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah
  • Membantu menurunkan tahap tekanan darah
  • Mencegah pembentukan batu karang.

KEBAIKAN MADU KELULUT UNTUK KECANTIKAN

MELEMBUTKAN KULIT

Madu ialah bahan pelembut kulit yang berkesan .Ia perlu di sapu di bahagian kering seperti siku,tangan dan dibiarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan.Nak cantik kenalah buatkan

PELEMBUT RAMBUT

Madu adalah pelembut rambut yang asli.Cara untuk menggunakannya adalah mencampurkan  1 sudu teh ke dalam syampu yang kita gunakan.Ia amat sesuai untuk merawat rambut yang kusut dan rosak.

BAHAN UNTUK MANDI BUNGA

Caranya dengan membancuh 2 sudu makan madu bersama dengan 1 cawan air suam.Selepas 10 minit,apabila madu sudah larut sepenuhnya,tuangkan ia ke dalam air mandian bersama dengan beberapa titik minyak pati lavender.

MENGHILANGKAN JERAWAT

Lumur sedikit madu pada jerawat dan tutup dengan Band Aid.Tanggalkan selepas 30 minit

SEBAGAI PEMBERSIH MUKA

Lumurkan campuran 2 sudu makan dan 2 sudu makan susu ke muka.Biarkan dan bersihkan selepas 10 minit

KEBAIKAN MADU KELULUT UNTUK KESIHATAN

MENYEGARKAN BADAN DI WAKTU PAGI

Ambil beberapa sudu madu(difahamkan ia kaya dengan fruktos) di waktu pagi

PENYEMBUH LUKA

Luka dan kesan terbakar.Sapu di tempat ang terkena.Ini kerana madu bertindak sebagai bahan antiseptik yang amat mujarab.

SAKIT TEKAK DAN BATUK

Ambil campuran air limau nipis/lemon dan madu adalah sangat berkesan untuk merawat sakit tekak dan batuk.

MEMBASMI PARASIT

Ambil campuran madu,cuka dan air pada kadar yang sama.Ia sesuai untuk membunuh parasit dalam sistem perkumuhan

Hah..korang sendiri dah baca kan tentang kebaikkan Madu kelulut ni.So,kalau korang nak dapatkan Madu Kelulut yang asli tanpa campuran apa-apa ni,korang boleh dapati Madu Kelulut Asli keluaran JANNAHTUL AINI AGROFARM

 

 

Untuk pembelian korang boleh terus ke tekan link whatssap ni  http://www.wasap.my/+60127550769/Madukelulutasli 

 

atau pembelian di Shopee

https://shopee.com.my/puanzieyan

 

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

30 thoughts on “Madu Kelulut Untuk Kesihatan dan Kecantikkan

  • August 3, 2018 at 3:08 am
    Permalink

    Agak sukar juga nak dapat madu kelulut atau madu lebah asli..sebab itu juga mungkin khasiatnya sukar dirasai.Sesekali PC makan madu sama ada makan terus atau campur dengan air suam..

    Reply
  • August 3, 2018 at 6:12 am
    Permalink

    Tak sabar nak mencubanya.. Suami aku pun suka ko bila aku kata ada madu ni..kalau bagus da nak beli lagi nanti..

    Reply
  • August 5, 2018 at 7:21 am
    Permalink

    hari tu sempat tengok kat tv3 cara2 diorang dapatkan madu kelulut ni..memang susah rupanya nak dapatkan, dan berisiko tinggi…

    Reply
  • August 6, 2018 at 1:01 am
    Permalink

    selalunya orang kata,kalau madu lebah,kena campur air sebab panas.Tapi lain pulak dengan madu kelulut.Tak perlu tambah air..

    Reply
  • August 10, 2018 at 9:05 am
    Permalink

    Dulu dekat kampung ada jiran yang ternak kelulut ni sebab nak dapatkan madu dia. Waktu tu tak faham kenapa diaorang bela kelulut. 2 3 tahun lepas bila orang mula bercakap pasal madu kelulut ni baru faham kenapa

    Reply
  • August 10, 2018 at 12:40 pm
    Permalink

    Banyak betul khasiat madu ni kan. Syira dulu rajin jugak minum madu sebab syira migrain. Kadang buat ubat batuk. Kalau tak buat ubat, guna utk masak hehe

    Reply
  • August 10, 2018 at 1:07 pm
    Permalink

    seriously, aida ada sebotol kecil kat dapur.
    madu kelulut jugak, tapi brand lain la.
    abah beli kan. utk cucu2 nyer.
    bukan setakat aida kasik cucu2 abah 🙂 kalau perap ayam,instead of tabur gula, aida letak madu ni.
    nice sgt.

    Reply
  • August 10, 2018 at 11:32 pm
    Permalink

    amik madu sesudu, letak dlm air, perah lemon sket..fuh segar selepas minum..cuma nak cari madu yg btol2 ori tu yg mencabar, kebanyakan campur gula..nnt boleh try madu kelulut yg ni pula.

    Reply
  • August 11, 2018 at 2:18 am
    Permalink

    Banyak yer khasiat madu kelulut ni. Huda biasa makan yang bapa mertua kutip sendiri direct dari sarang madu kelulut ni kat rumah dia. Minum time sakit tekak, Alhamdulillah memang cepat sembuh

    Reply
  • August 11, 2018 at 2:21 am
    Permalink

    Fatin anak sy suka madu stik.. dekat asrama saya bekalkan dia madu stik tu.. madu kelulut ni tak pernah cuba, nampak menarik nanti bolehlah beli,

    Reply
  • August 11, 2018 at 4:59 am
    Permalink

    Memang bukan senang nak cari madu kelulut ni nak nak yang betul betul asli. Madu memang banyak khasiatnya dari segi kesihatan mahupun kecantikan.betul tak?

    Reply
  • August 12, 2018 at 4:02 am
    Permalink

    madu kelulut ni rasanya agak masam sikit kan…tapi klu beli yang asli mmg agak mahal sebab ianya agak rare..saya kebetulan jiran rumah mil mmg dia bela lebah kelulut ni untuk dapatkan madu selalu beli direct dengan dia

    Reply
  • August 12, 2018 at 4:26 pm
    Permalink

    Apa pun kelebihan dan kebaikan sesuatu produk sangat penting untuk kita ambil secara betul dan tidak berlebihan. Insyaallah hasilnya akan lebih baik

    Reply
  • August 12, 2018 at 9:05 am
    Permalink

    Saya suka banget minim.madu. ternyata manfaatx luar biasa banyaknya. Selain menyehatkan tubuh, juga bagus untuk meremajakan dan merawat kulit ua

    Reply
  • August 12, 2018 at 5:19 pm
    Permalink

    Madu kelulut ni memang susah nak dapat kann.. betul2.. madu jugak untuk kecantikkan. adik saya pakai pencuci muka yang berasaskan madu.. sesuai untuk jenis muka yang berjerawat jugakk

    Reply
  • August 12, 2018 at 2:28 pm
    Permalink

    Tak tahu pula apa beza madu lebah biasa dan lebah kelulut. Yang pasti madu memang banyak khasiatnya untuk kesihatan kita kan.

    Reply
  • August 12, 2018 at 4:01 pm
    Permalink

    Baguslah dapat makan madu setiap hari kan. Madu ni ada enzim yang membantu memelihara kesihatan kita dan di amalkan sendiri oleh ramai manusia di seluruh dunia

    Reply
  • August 12, 2018 at 6:41 pm
    Permalink

    Madu ni mmg bagus kalau di amalkan..tapi kena yg asli..byk madu di pasaran dh tak asli byk campuran. Cuma yg asli ni mahal le sikit..hehehe

    Reply
  • August 13, 2018 at 3:49 am
    Permalink

    Dekat kampung sy ada yang mengusahakan industri ni secara kecil-kecilan. Kelulut memang baik untuk kesihatan. Kalau nak original kena beli dari pengusaha tu secara langsung, sebab biasanya kelulut yg dijual dipasar-pasa banyak yg tiruan.

    Reply
  • August 13, 2018 at 11:55 pm
    Permalink

    Banyak manfaat Madu kelulut ni. Cuma kita la tak tau jenis Madu dan apa beza rasa dengan Madu lain kan? Dulu beli Madu main beli je. Sekarang bapa mertua pengusaha Madu kelulut, baru ruby tau apa beza rasa dengan Madu lain. Malah boleh tahu sama ada ia ditambah gula atau tidak. Tu yang kena tengok bebetul. Madu ni mahal tau.

    Reply
  • August 14, 2018 at 10:27 am
    Permalink

    Madu kelulut dah mula mendapat tempat dalam masyarakat kita kan.Lagipun lebah kelulut tak menyengat macam kawannya. Mudah lagi nak bela

    Reply
  • Pingback:Cara Simpan Madu Kelulut ~ Kisah si Dairy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *