Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2020

Tidak lama lagi kita akan menyambut hari Kemerdekaan yang ke 63 tahun.Pastinya setiap tahun kita akan menyambutnya dengan logo dan tema yang berlainan.Untuk tahun ini apa pula logo dan tema hari kebangsaan 2020.

Walaupun dengan kehadiran wabak  Covid-19 yang banyak mengancam nyawa rakyat Malaysia, kita seharusnya lebih berwaspada dan sentiasa mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan untuk sama-sama membendung gejala Pendemik Covid-19 ini.Pun begitu hari kemerdekaan tetap disambut dengan norma yang baharu.Jom ketahui apa logo dan tema hari kebangsaan 2020 tahun ini.

 

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN 2020

Malaysia Prihatin dipilih menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2020  ini membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

Gabungan perkataan ‘Malaysia’ dan ‘Prihatin’ menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak itu serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelangsungan hidup rakyat.Apa pun selamat hari kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia.Terima kasih kepada Frontliner yang tak henti-henti bertugas bagi memastikan semuanya dalam keadaan yang baik

MALAYSIA

Perkataan Malaysia membawa pengertian bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi Covid-19 samada penjawat awam, sektor swasta, sukarelwan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan.

PRIHATIN

Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif Prihatin yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

tema dan logo malaysia prihatin

 

 

Untuk sambutan kali ini, logo berbentuk hati menjadi pilihan dengan warna bendera Jalur Gemilang menjadi latarnya, melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Tujuh jalur merah putih yang membentuk hati, membawa maksud terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan

Sementara warna biru tua pula memberi erti kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum yang hidup dengan aman dan harmoni.

Stigma bunga raya yang digabungkan bersama logo berbentuk hati itu pula menzahirkan bahawa negara menuju kejayaan, manakala lima titik merah adalah simbolik kepada lima kelopak bunga raya menggambarkan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan di negara ini.

Bulan sabit dan bintang pecah 14 pula menggambarkan Islam sebagai agama Persekutuan dan perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan.

 

Logo dan tema Hari Kebangsaan 2020 itu diperkenalkan dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari itu.

Baca juga : Tema dan Logo hari kemerdekaan tahun 2019

Semoga Merdeka tahun ini kita bebas dari pendemik covid-19.Aamin

 

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *