JDT BLOGGER

Lepak with JDT Blogger di SF Coffee Capital City

Lepak with JDT Blogger di SF Coffee Capital City |Paling best bila dapat ME TIME dengan kawan-kawan blogger.Apa kata korang?

Actually,bukanlah setiap masa dapat ber Me time dengan kawan-kawan.Jarang mak² ni dapat Me time bersama tau.Tapi disebabkan satu hari ada event yang memerlukan masa kami di event hanya beberapa Jam, lepas tu dapatlah lepak dengan kawan-kawan blogger.

Hari tu, umi dan rakan blogger Johor ada buat cover Event di MBH Flagship Medispa di Bandar baru Uda.So, kami selesaikan tugas sampai pukul 1.30 tengahari.Pagi tu pun macam dah plan nak lepas SF Coffee lepas pada event tu.Tujuan asal nak lepak dengan makyong kat seoul Garden, tapi mak yong ada keje pulak that day.So, kami lepak jelah kat SF Coffee..Tempat ni memang best tau lepak-lepas sambil minum Kopi.

Yang join Event pada hari tu adalah Huda, Didi, Mak Lin, Uyul dan Juju.Ada seorang lagi rakan blogger lelaki kami iaitu Faez Ramly.Dia datang bukan untuk cover event, tapi saja nak lepak dengan kitorang sambil COD Sambal ikan Bakar Maknah keluaran ibu dia..Hah..Bab ni nanti umi cerita di entry lain ye.Serius sedap.

Disebabkan juju ada lagi Voucher buy 1 free 1, dapatlah kami merasai minum lagi disitu.Umi dah bagi link blog diorang tu, kalau rajin follow la diorang

Dari kiri,owner blog kisahsidairy.. Juju,huda,didi dan maklin

Sempatlah umi bedal Cheesecake.Yang lain diorang punya.Cheese cake tu umi tak makan sorang tau, umi makan berlima.Yang lain tu umi pinjam gambar je..hahaha

Ni Coffee yang kami order..Tapi orang tu order Vanilla..Yang umi order tu Mocha.Umi suka minum Mocha tu.sedap.Tak taulah kalau tekak umi lain dengan tekak korang.

Tu pun kami lepak sampai pukul 4 petang kot.Kalau tak umi nak tunggu lagi sebab masa kami plan nak balik tu, tetiba ada sebahagian Blogger lain yang nak join kami.Sunah, sislin dan jugak ain.Tapi disebabkan kami dah lama kat situ, jadi terpaksalah undur diri.Kalau tak, mau sampai ke petang kami berborak.Seronok tau kalau dapat kumpul ramai-ramai ni.emmm..Doakanlah kami dapat bergathering lagi..

Korang nak tau tak, kami bukan sembang kosong je tau.Dalam pada yang sama kami minum kat situ, dapatlah join contest dari SF Coffee.Kalau dulu berbelanja RM30 dengan menggunakan debit Paywave, korang boleh sertai peraduan mereka dengan hadiah bernilai RM225,000 okeh.Tapi sekarang ni korang berbelanja RM20 ke atas dah boleh sertai tau.Best kan.Korang boleh tengok entry umi pasal Contest ni di entry San Francisco Coffee Wave2win contest ni .

San Francisco Coffee Wave2Win Contest

Jangan lupa join tau…ada masa nak lepak lagi dengan diorang ni..

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *