Lengkong Pandan Santan dengan Pandan Leaf Extract Bio Nutricia

Lengkong Pandan Santan dengan Pandan Leaf Extract Bio Nutricia | Nak buat Lengkong Pandan Santan tapi tetiba takde pulak daun pandan.Ko ghase!!

Hah!! kes Naya bila semua bahan dah cukup, sekali nak ambil daun pandan kat belakang rumah, dah kena tebang pulak.Haishhh…Sakit tau hati ni.Entah bila kena tebang pun umi tak tahu.Dah la nak buat persiapan untuk marhaban.Umi ada ceritakan pasal Marhaban lorong hari tu dan salah satu hidangan yang umi hidangkan adalah Lengkong pandan Santan.

Nasib baik umi ada simpan Ekstrak Natural Pandan Leaf dari Bionutricia Exract.Memang serius bau pandan walau warna kurang menarik.Bab warna tu umi tak kisah sangat pun.Kalau dapat letak pewarna hijau sikit, Dah nampak real dah guna daun pandan tau.

Oklah tu.Kalau guna daun pandan, nak kena blend bagai.Kalau guna Pandan Leaf Extract ni, dah tak payah nak mencari daun pandan dah.Bau memang betul² pandan wehh!!.. Yelah takkan bau limau pulak kan.

So, bahan ni penyelamat umi di saat umi tengah kalut nak cari daun pandan.Nak cari kat kedai sedang saat genting tu memang tak ler.Haduiii..

Jom tengok bahan-bahan yang cukup mudah untuk buat Lengkong Pandan Santan menggunakan Pandan Leaf Extract Bio Nutricia ni.

Lengkong Pandan Santan dengan Pandan Leaf Extract Bio Nutricia

Bahan-bahannya

Agar-agar tali

Santan

Gula

Pandan Leaf Extra Bio Nutricia

Telur

 

Caranya

Panaskan air di dalam periuk.Umi anggarkan dalam 1 liter.Bila air dah mendidih masukkan agar-agar tali.Pastikan agar-agar tu dah betul² tak wujud dalam periuk tu, baru masukkan Gula.Umi letak 2 senduk besar(ikut ler korang nak manis macam mana kan?) Kemudian gaul hingga gula tu betul² hancur.(tak tau nak guna ayat apa)Masukkan beberapa sudu Pandan Leaf Extract tu.

 

Dalam bekas yang lain, masukkan suku dari Santan( umi guna sekotak santan kara sahaja) dan masukkan sebiji telur dan kacau sehingga sebati dengan santan tu.Lebih dari santan kotak tu, terus masukkan ke dalam periuk tadi.Kacau sebentar dan last sekali masukkan santan yang dah di campur dengan telur. Bila dah rata ,tutup api dan masukkan dalam loyang.

 

Nampak cantik kejadiannya kan.Rasa pun best walau macam ada sedikit pelik.Umi pun tak tau kenapa..hahaha… Dah siap dihidangkan

 

Sila baca lagi sebab bukan itu je umi nak kongsi pasal produk dari Bionutricia ni tau.Bukan hanya ada Pandan Leaf Extract sahaja, malah ada pelbagai perisa lagi okeh!! Bukan sahaja boleh di campur dengan makanan, malahan untuk minuman tau.

Antara ekstrak lain yang boleh di dapati di dalam produk ni adalah

  • Natural Butterfly Pea Flower
  • Natural Roselle Hibiscus Extract
  • Natural Lemongrass Extract

 

Yang penting untuk korang tahu adalah produk ni 100% di buat secara semulajadi .So untuk maklumat lanjut tentang produk BioNutricia ni korang boleh dapatkan info di bawah ni ye

 Belian : https://bionutriciaextract.com/shop/
Website: bionutriciaextract.com
Facebook: facebook.com/pandanextract

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 thoughts on “Lengkong Pandan Santan dengan Pandan Leaf Extract Bio Nutricia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *