INFO

Larangan Merokok di Restoran dan Premis Makanan Mulai 1 Januari 2019

Larangan Merokok di Restoran dan Premis Makanan Mulai 1 Januari 2019 | Setuju atau tidak itu terpulang kepada mereka.Tetapi, apa pula pendapat umi terhadap isu ini.

Larangan merokok di Restoran dan premis makanan ni memang patut diwujudkan dari dahulu lagi. Umi ada sebab kenapa Umi bersetuju dengan Pihak Kementerian kesihatan.

Bukan apa, umi sebagai salah seorang pelanggan di restoran ada sebab berkata demikian.Actually, kadang kala tu rasa nak sumpah seranah je perokok yang tidak bertanggungjawab merokok tanpa melihat sekeliling mereka.Bila kedai makan tu bukan jenis terbuka, diorang sewenangnya merokok di dalam tu, bagaimana pula mereka yang mahu menikmati makanan tu, nak makan dengan aman.Dengan bawa anak kecil , terpaksa lah sama-sama menghidu asap rokok mereka.

kesudahannya, sama- sama dapat penyakit.Boleh nak merokok, bukan umi marah perokok ni nak merokok, tapi tengok-tengoklah juga sekeliling.Janganlah merokok di tempat makan.kesianlah orang kat sekeliling yang terpaksa menghidu bau asap rokok tu.

 

Lagi satu yang umi pandang adalah anak-anak di bawah 18 tahun yang kerap datang ke kedai makan dan tanpa segan silu, merokok juga.Ada kedai tu sampai jual rokok kepada budak yang masih sekolah.Namanya ada sticker tak boleh menjual rokok kepada 18 tahun ke bawah.Tapi itu semua sebagai hiasan semata-mata.Nak marah atau nak tegur budak-budak sekarang, mungkin diorang tak boleh terima.Yelah..di depan mak ayah nampak baik, tak merokok, tapi di belakang.Dah pandai menghisap rokok.Ini bukan rekaan cerita umi semata-mata ye.Ni umi dah lihat dengan mata kepala umi sendiri.

 

Kesian mak ayah ditipu hidup-hidup oleh mereka.Allahu..tak taulah umi nak tegur mereka tu macam mana.Pernah umi tengok dengan mata yang tajam tu pun, diorang buat tak endah.Maknanya, diorang tak pernah takut dengan teguran orang lain mungkin..Wallahualam.Moga anak-anak kita dijauhkan dari perkara sebegitu..

Larangan merokok akan dikuatkuasa oleh pihak Kementian Kesihatan bermula 1 Januari 2019.Umi sebagai rakyat , melihat sahaja bagaimana larangan ini dikuat kuasa.Ada sebabnya mereka buat begitu kan.mesti mereka dah analisa sebelum membuat keputusan utnuk mewujudkan akta ini.Jom kita lihat apa yang umi sebutkan larangan merokok tu.

 

LARANGAN MEROKOK DI RESTORAN DAN PREMIS MAKANAN

Kementerian kesihatan akan mengisytiharkan  SEMUA RESTORAN  termasuk gerai dan warung di tepi jalan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.

AKTA

Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 difgubal di bawah Seksyen 36 Akta makanan 1983.

JIKA GAGAL PATUHI LARANGAN MEROKOK

-1. Individu 

Denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.

-2.Pemilik Premis makanan

Denda RM2,500.

 

KAWASAN TERLIBAT

  • Restoran berhawa dingin atau tidak
  • Gerai
  • Warung makanan di tepi jalan.

LARANGAN MEROKOK DI RESTORAN DAN PREMIS MAKANAN AKAN DIKUATKUASA MULAI 1 JANUARI 2019

Apa pun, kita sebagai rakyat yang prihatin terhadap yang lain, sama-sama ambil inisiatif untuk menghentikan tabiat merokok di tempat seperti ini.Insyallah..kita boleh.Kalau kita tak cuba kita takkan tahu kan.Ada je tempat yang dibolehkan untuk merokok.Harap taklah dikecam bila umi menulis pendapat peribadi umi ni ye.Sebagai seorang ibu dan pengguna, umi ada hak untuk menyuarakan apa yang umi rasa.

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *