Laksa Sarawak? Pernah dengar tapi tak pernah rasa - Kisahsidairy.com

Laksa Sarawak? Pernah dengar tapi tak pernah rasa

Laksa Sarawak? Pernah dengar tapi tak pernah rasa

Laksa Sarawak? Pernah dengar tapi tak pernah rasa | Serius memang tak pernah rasa Laksa Sarawak.Korang dah cuba ke?

Pernah nampak orang jual, tapi belum berkesempatan untuk membeli.Nak buat apatah lagi kan.Bila tengok resepi laksa Sarawak je, nampak susah..Terus tak jadi nak buat..hahaha..Nampak sangat umi pemalas bab² ni.

And, hari tu umi berkesempatan untuk memasak Laksa Sarawak? Serius la umi masak Laksa Sarawak!!! ghajinnya…Halah² see the hand la…Kalau see the leg kang, pandangan ke mana pulak.Lagi satu bukan kaki yang masak, tangan yang memasak…hahahhaha. Oh ya..kalau korang perasan, umi ada buat Wordless Wednesday kat SINI.Ingatkan nak buat entry je hari tu, tetapi memandangkan hari rabu.So, kita tepek gambar jelah kan.

Actually bukan umi buat sepenuhnya pun.Ceritanya bila rakan jdtblogger umi si Sunah tu balik ke Sarawak baru-baru ni, dia offer untuk belikan PES LAKSA SARAWAK HJ MANAN ni.Jadi umi macam teruja pulak nak cuba.Pes je pun…Senang je nak buat kalau dah ada Pes ni.Takdelah cerewet mana dah.Kecuali kalau ko memang betul² malas.Makan maggi jelah jawabnya.

So, bila dah dapat Pes ni, tunggu lagi masa yang sesuai pulak nak buat.Maklum ler umi bekerja..(alasan yang sangat kukuh okeh!!)Tapi masa buat laksa tu hari bekerja ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜† 

Dengan adanya Pes laksa Sarawak ni, dapatlah umi mencuba jugak kan.

PES LAKSA SARAWAK HJ MANAN

Kalau dengar cerita laksa sarawak Haji Manan ni memang popular. Korang boleh search sendiri la tentang tu.

So, bagaimana nak sediakan Pes Laksa Sarawak Hj Manan ni.

Semua dah ditulis di belakang peket tu, Korang just ikut step yang diarahkan je. Confirm jadi.Tapi umi ni derhaka sikit,buat step dengan cara umi.Ajom tengok bagaimana umi hasilkan Laksa Sarawak menggunakan Pes Laksa Sarawak Hj Manan ni.

Untuk sediakan bahan-bahan pes dah tak perlu.Just sediakan bahan-bahan yang nak di tambah je dalam laksa tu okeh..

Beberapa ketul bahagian ayam(ambil yang banyak isi)

Daun ketumbar

Taugeh

Bihun atau Spaghetti halus(umi just guna bihun)

Kiub ayam

Udang

Limau Kasturi

Cara buatnya

Panaskan air di dalam periuk.Kalau ikutkan 1 liter je kot..Kalau pekat korang tambah la air..Umi dah lupa.Sambil tu celur bihun.Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan beberapa ketul ayam tadi.Bila agak² ayam tu dah masak, keluarkan ayam dan biarkan sejuk.

Untuk udang tu, korang boleh masakkan atau gorengkan dia seketika.Kemudian angkat dan biarkan sejuk.

Kemudian dalam periuk, masukkan kiub ayam dan terus masukkan pes Laksa Sarawak Hj Manan tu ye.Gaul sampai sebati dan perasakan dengan garam.Kalau dah rasa cukup masin dengang pes tu dah tak payah letak ye.

Ayam yang disejukkan tu, korang boleh carik² kan dia.Terus masuk dalam periuk tadi.Kalau rajin korang boleh hidangkan masa dengan mee.Tapi umi masuk je semua..senang.Kalau letak fishcake pun sedap jugak kan..Tapi umi terlupa..Takpelah..next time kot..

Taugeh tu celurkan sedikit ye.Bila kuah laksa tu dah cukup semua sekali.Dah boleh tutup api.

Boleh dah dihidangkan bersama mee, hirisan daun ketumbar, taugeh, udang dan juga limau.Boleh tengok yang umi sediakan dalam mangkuk tu..

Senang ke senang??

Itu jelah cara umi buat Laksa Sarawak kan..Mudah kan..Of courselah mudah dengan adanya PES LAKSA SARAWAK..

Ini bukan review berbayar ye..Tapi kalau pihak HJ Manan nak sponser umi Pes tu lagi, memang dialu-alukan….hehehehe

Kalau korang nak beli pes ni, boleh je cari kat Shopee atau di facebook.Ramai yang jual.Kot ada kawan yang selalu balik Sarawak boleh kirim dia sebab harga beli kat sana dengan kat sini sangat jauh bezanya.Kata Sunah la…Tapi memang pun

 

Sedap rupanya Laksa Sarawak ni kan.Laksa ni macam Mee kari pulak rasanya.Ianya seakan jelah kan…Tekak umi, tak taulah tekak orang lain macam mana…

Kalau rasa terliur pi beli kat shopee ek…

 

xoxo

Umi Naura โžก Fiyah

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Laksa Sarawak? Pernah dengar tapi tak pernah rasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *