Kuih Bulan dan Perayaan penting bagi masyarakat Cina

Kuih Bulan dan Perayaan penting bagi masyarakat Cina

Kuih Bulan dan Perayaan penting bagi masyarakat Cina | Kuih bulan memang sedap untuk di makan.Dan kuih bulan hanya boleh di dapati setahun sekali sahaja.

Dan begitulah pentingnya PERAYAAN KUIH BULAN  bagi masyarakat cina.Di Malaysia ni, kita hidup dengan pelbagai kaum dan kebudayaan. Sedikit sebanyak, kena ambil tahu juga bagi menghormati cara mereka meraikannya.

Setiap tahun, umi dapat kuih bulan ni.Dan hari tu masa hadir ke food review di Renaissance Hotel Johor Bahru baru-baru ni.Boleh refer entry INI ye.Thanks Mr Hazrin untuk kuih bulan tu.Sedap weh!! Dapat yang colorful tu lagi sedap gaknya….hehehe..

kuih bulan

Bercakap pasal kuih bulan ni kan, tau ke apa tu kuih bulan.Dan apa pulak kena mengenanya dengan perayaan tu.Umi nak share la sikit tentang Kuih Bulan dan perayaannya yang di adakan setahun sekali pada bulan 8 ni.

PERAYAAN KUIH BULAN

Perayaan ini disambut apabila bulan mempunyai cahaya terang serta mengambang pada 15 haribulan lapan mengikut kalendar Cina pada setiap tahun.

kuih bulan
Di sebalik kemeriahan perayaan ini, terdapat sejarah dan mitos yang mengisahkan asal usul dan kepercayaan masyarakat Cina mengenai Perayaan Kuih Bulan. Bagi masyarakat Cina, bulan penuh merupakan simbolik utama dalam Perayaan Kuih Bulan. Ia juga turut dikenali sebagai simbol perpaduan. Semangat perpaduan yang akan kita lihat dalam mitos dan sejarah Perayaan Kuih Bulan menunjukkan bahawa keharmonian adalah penting dalam masyarakat.


Perayaan Kuih Bulan dikatakan telah diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Dinasti Zhou (1066 SM – 221 SM) semasa Pesta Menuai. Pada ketika itu, Maharaja berdoa kepada bulan agar setiap keluarga bersatu padu dan negara berada dalam keadaan yang aman. Perayaan Kuih Bulan juga mempunyai kaitan rapat dengan pembebasan negara China daripada cengkaman kerajaan Mongol yang kejam. Kekejaman kerajaan Mongol telah menyebabkan pihak Dinasti Ming (1368 SM – 1644 SM) bersepakat untuk memberontak bagi memperjuangkan dinasti mereka.
Pemimpin Dinasti Ming yang dikenali sebagai Xhu Yuan Zhang serta pengikutnya telah menyelitkan kertas berupa nota langkah-langkah bagi menentang kerajaan Mongol di dalam kuih bulan untuk dibaca oleh rakyat China. Strategi tersebut telah berjaya menghasilkan pemberontakan terhadap kerajaan Mongol yang kejam. Sejak itu, kuih bulan telah menjadi makanan kebanggan masyarakat Cina serta dijadikan sebagai simbol perjuangan. 


Terdapat mitos mengenai Perayaan Kuih Bulan yang dikaitkan dengan Permaisuri Chang Er di bulan yang bertukar menjadi Dewi Bulan. Bayang-bayang Permaisuri Chang Er dikatakan dapat dilihat ketika bulan penuh.
Kisah ini bermula apabila suatu ketika dahulu, rakyat negara China percaya bahawa terdapat 10 matahari yang mengelilingi bumi sehingga menyebabkan cuaca menjadi sangat panas dan boleh menyebabkan kematian. Seorang raja ketika Zaman Dinasti Xia (2100 SM – 1600 SM) yang bernama Hou Yi iaitu Raja Negeri Youqiong telah memanah sembilan daripada 10 buah matahari dan menyelamatkan rakyatnya berada dalam penderitaan. Hou Yi disanjung tinggi dan dianggap mempunyai kuasa sakti. 


Permaisuri Langit yang bernama Wang Muniangniang telah menghadiahkan ubat panjang umur kepada Hou Yi kerana kehebatannya memanah sembilan matahari. Ubat tersebut mempunyai keistimewaan iaitu sesiapa yang menelan ubat tersebut, seseorang itu akan menjadi dewa atau dewi di kayangan. Walau bagaimanapun, Hou Yi tidak menelan ubat tersebut kerana terlalu sayang akan isterinya iaitu Permaisuri Chang Er dan tidak sanggup meninggalkannya. Oleh itu, Hou Yi telah meminta Permaisuri Chang Er untuk menyimpan ubat tersebut.


Pembantu Hou Yi yang bernama Peng Meng telah mendapat tahu tentang hal tersebut. Ketika Hou Yi tiada di istana, Peng Meng telah memaksa Permaisuri Chang Er untuk memberikan ubat panjang umur kepadanya. Namun, Permaisuri Chang Er berkeras untuk tidak memberikan ubat tersebut kepada Peng Meng. Beliau merasakan bahawa Peng Meng seorang yang tidak jujur dan akan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada rakyat jelata sekiranya dia menjadi dewa di kayangan. 


Namun, Permaisuri Chang Er tidak mampu melawan Peng Meng. Beliau terpaksa menelan ubat tersebut. Akhirnya, beliau terus terbang ke bulan dan menjadi Dewi Bulan. Dayang-dayang telah menceritakan perkara tersebut kepada Hou Yi setelah beliau tiba di istana. Namun, Hou Yi tidak mampu membuat apa-apa. Permaisuri Chang Er telah menjadi Dewi Bulan untuk selama-lamanya. 


Hou Yi berasa amat sedih dan merindui Permaisuri Chang Er. Hou Yi mendapati bulan pada ketika itu amat besar, terang dan bulat. Bayangan permaisuri juga dapat dilihat pada bulan tersebut. Sejak itu, Hou Yi sering berdoa kepada bulan dan meletakkan makanan yang disukai Permaisuri Chang Er. Rakyat jelata turut mendoakan kesejahteraan Permaisuri Chang Er di bulan kerana kesanggupan menelan ubat panjang umur. Doa tersebut telah menjadi tradisi masyarakat Cina pada 15 haribulan lapan mengikut kalendar Cina. 


Walaupun terdapat perbezaan antara sejarah dan mitos mengenai asal usul Perayaan Kuih Bulan, namun kita dapat lihat bahawa kisah-kisah tersebut mempunyai tujuan yang sama iaitu ke arah perpaduan dan keamanan. Oleh itu, kita hendaklah mengambil iktibar daripada kisah-kisah tersebut walaupun tidak pasti kesahihannya serta menghayati erti perpaduan dalam Perayaan Kuih Bulan.

KUIH BULAN

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.

Cara-cara Pengambilan Kuih Bulan dengan Sihat

Rupanya ada cara-cara pengambilan kuih bulan dengan sihat.Maknanya bukan dapat terus makan dengan banyak.Dan ini yang baru umi tahu cara pengambilannya

apa itu kuih bulan

Kuih bulan bersama teh 
Makan kuih bulan bersama-sama teh Cina untuk membantu penghadaman. Ini kerana teh Cina tidak mempunyai kalori. Teh seperti teh Oolong dan teh Hijau memberi kesan antioksida, oleh itu minuman teh dapat memberi dua kali ganda kebaikan.

Kuih bulan bersama bubur 
Pengambilan kuih bulan secara berlebihan yang mengandungi kandungan gula dan kalori yang tinggi akan menyebabkan sistem penghadaman tidak dapat berjalan secara lancar. Maka, bubur dapat membuang lemak yang berlebihan serta berfungsi untuk menjaga perut anda.

Kuih bulan bersama buah-buahan 
Limau bali (pomelo) merupakan buah-buahan yang paling digemari sempena Perayaan Kuih Bulan. Ianya kaya dengan Vitamin C, asid folik dan kalium. Buah belimbing, pisang kaki dan kiwi ialah buah-buahan yang turut popular. Elak makan kuih bulan bersama durian.

So, korang yang beragama islam, sekarang ni kebanyakkan kuih bulan yang dibuat sekarang ni, orang islam boleh makan.Jadi korang kena tengok la kan samada kedai tu mempunyai sijil halal ke tak.Umi perasan ada artikel , kedai cina di Penang dah pun mendapat sijil halal untuk menjual kuih bulan ni untuk dinikmati bersama orang² melayu.wallahualam

ada lagi 2 ketul kuih bulan kat rumah.malam ni nak perabihkan…

Kat mana nak beli Kuih Bulan yang sedap tu?

Still deciding what mooncakes to buy? Why don’t you drop by our Mooncake booth at the hotel’s lobby and try them all!

Enjoy the discounts for the purchase of the mooncake on a single receipt;
*15% discount for purchase above 25 boxes
*25% discount for purchase above 100 boxes
*15% discount for Standard Chartered Bank card holder
*20% discount for UOB Bank card holder
*Existing Club Marriott member gets 1 box complimentary for every purchase of 8 boxes
*Complimentary 1 box for every purchase of 9 boxes

Pre-order by calling Wan Li Chinese Restaurant at Renaissance Johor Bahru Hotel at +6073813388 from 11.30am to 10.00pm.

Loading

1 Comment

  1. Kesukaan Sis ko..lepas ni nak try kek bulan SDS pulak, dah keluar dah tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *