Kriteria memilih tadika untuk anak

Kriteria memilih tadika untuk anak | Umi masih confuse nak pilih tadika mana untuk si Naura.Ikut kan berangan umi ni nak sekolahkan dia di tadika yang umi dah aim selama ni..Tapi orang kata, Tadika yang mahal tak menjanjikan anak kita tu bijak.Betul ke tidak?

Dulu-dulu pun ada tadika kemas je.Elok je belajar keluar jadi cikgu, pensyarah,doktor dan sebagainya..kan…

 

Oh ya..Actually tahun hadapan,Naura dah pun menginjak ke umur 5 tahun.Dan pastinya kebanyakkan anak-anak yang berumur 5 tahun dah pun menjejakkan kaki ke sekolah.Dan ada diantaranya ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah sedari umur 4 tahun lagi.

Tapi untuk Naura, umi tak sekolahkan dia pada umur 4 tahun.Pada pendapat umi, ia terlalu awal untuk disekolahkan.Kalau ikut umi tahun depan pun masih taknak sekolahkan Naura.Umi nak je buat homeschooling .Tapi memandangkan umi bekerja. jadi kurang masa untuk buat homeschooling untuk dia.Kebanyakkannya sekarang ni, umi mengajar dia menggunakan peralatan Grolier yang umi pernah ceritakan di entry Grolier Fun Thinker Program Pembelajaran Di Rumah. Selain tu, umi ada buat jugak aktiviti lain dengan dia antaranya aktiviti mewarna, menggunting dan lain-lain..

Kalau korang nak baca tentang Homeschooling Naura boleh je klik kat atas tu.Ada je umi share sedikit sebanyak aktiviti dengan dia.

Tapi untuk tahun depan, nak tak nak umi terpaksa sekolah kan dia.At least banyak dia boleh belajar kat sekolah.Di rumah bolehlah umi sambung homeschooling kan.

Sekarang ni umi tengah fikir-fikirkan pulak tadika mana dan apa KRITERIA MEMILIH TADIKA  untuk dia.Banyak info yang umi cari untuk ini.Dan bila membaca info-info yang umi dapati di kebanyakkan blog parenting, nampaknya umi kena listkan apa kriteria-kriteria tersebut.

 

KRITERIA MEMILIH TADIKA  untuk Naura

JENIS TADIKA

Actually tadika ni, ada yang beroperasi sehingga petang.Maksudnya ibu bapa boleh pilih samada nak sesi pagi atau petang. Dan selainnya ada juga yang beroperasi siap sekali denga Day care.So, dekat situ, umi hanya hantar dia pagi dan petang di tempat yang sama.

Dan ada juga Tadika yang beroperasi sehingga tengahari dan tiada day care.So, belah petang umi kena hantar dia ke Taska which is umi kena fikir pulak siapa yang nak hantar dan ambil dia semasa dia di tadika dan taska.

BUDGET YURAN DAN BULANAN

Of courselah budget kan.Kena tau budget kami untuk sekolahkan anak dia.Nak hantar anak ke Tadika pun kena survey dulu tadika mana yang ok mengikut budget kita.Kalau tadika yang mahal kang , tak mampu pulak nak bayar bulan-bulan..Tak sekolah pulak kang anak,So, ada beberapa tadika yang masih dibawah budget kami.

Sekarang ni Yuran Tadika pun dah mencecah lebih 1k tau.Jarang-jarang dapat Tadika yang bawah RM500 di bandar ni.Memang ada, tapi kena fikir pulak transport dan sebagainya.Umi dah survey tentang tu.Ada tu dalam pertengahan tahun, mesti ada bayaran lain juga.Itu yang umi dengar dari parents lain la…

LOKASI TADIKA

Lokasi tadika dan tempat kita berada pun penting jugak.Kalau tak area taman, mestilah berdekatan dengan tempat kerja..So, yang mana satu? Sebab kalau ada transport, adakah mudah untuk umi pick up dia dan hantar ke taska nanti? Dan sudah tentu parents nak lokasi tadika dekat di tempat kerja atau di rumah kan.Umi ada jugak senaraikan beberapa tadika yang mudah untuk umi mengambil Naura.

Hati umi ni risau bila nak naikkan dia transport.Ikut hati umi ni nak je berhenti kerja dan jadi driver dia hari-hari.Tapi keadaan ekonomi sekarang ni, tak membolehkan umi berhenti lagi.

 

Moga Allah swt permudahkan urusan umi insyallah..

amin

 

PENERAPAN AGAMA KETIKA DI TADIKA

Paling best dapat tadika yang terus ajar mengaji.Jadi tak perlu lagi umi nak hantar dia mengaji belah petang.Dan juga tadika yang menerapkan ilmu-ilmu agama mengikut umur mereka.Yang penting ada diajari tentang iqra tu memadai bagi umi.

 

KEADAAN TADIKA

Itu sudah semestinya.Kalau nak tengok keadaan tadika, kita kenalah kan survey ke sana.Lihat sekeliling tadika tu, suasana belajar samada ia sesuai atau tak.Risau juga bila ada kes-kes tadika yang hanya ingin untung semata-mata tanpa mempunyai faktor-faktor keselamatan bila anak kita belajar disana.Yelah..dah bayar pun mahal kan, takkanlah kita nak menggadaikan nyawa anak pulak.

MODUL PENGAJARAN DAN KORIKULUM

Dari pembacaan umi, aspek ini juga penting bagi melihat anak kita berjaya.Dari pengalaman kakak ipar umi sendiri, pernah dia hantar anaknya ke satu Tadika ni, setahun anak tak tau apa² lagi.Tapi bila dipindahkan ke tadika lain,alhamdulillah..anak saudara umi tu lebih semangat dan juga faham apa yang diajari oleh cikgunya.

 

Sebab tu orang kata Modul pengajaran dan korikulum tu penting untuk kita ambil tahu, Kita perlu tahu perjalanan dan aturan pembelajaran mengikut umur anak kita.Ada Tadika yang mempunyai kurikulum dan ada juga yang tiada langsung.Kena take noted tentang ini.

Modul pembelajaran tadika mestilah yang dapat membantu meningkatkan pengetahuan anak-anak kita dengan latihan yang sepatutnyakan.So, taknalah nanti bila anak kita tak tau tentang sesuatu perkara, dibiarkan sahaja begitu sehingga dia ditinggalkan oleh rakannya yang lain.

TADIKA YANG BERDAFTAR DENGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI(JPN)

Dan lebih penting penting lagi, mestilah umi ambil tahu samada TADIKA ITU BERDAFTAR dengan Jabatan Pendidikan ke tidak.

Sangat penting sebab bila berdaftar dengan Kerajaan, at least kita tahu cikgu-cikgu yang mengajar mempunyai sijil untuk mengajar dan seharusnya mempunyai banyak latihan mengajar kepada anak-anak.Jadi jika terjadi apa² kes di sekolah, kita boleh buat aduan kepada Jabatan pendidikan.Dan seharusnya Tadika itu di bawah pemantauan Jabatan Pendidikan kan.

 

Itulah kriteria-kriteria yang mampu umi listkan apabila umi nak cari tadika untuk Naura.Umi kena ambil semua aspek diatas supaya tidak menimbulkan kesusahan di belakang hari.

 

Korang pulak, ada lagi tak kriteria yang kena ambil tahu..Kalau ada meh senaraikan di bawah.

 

 

 

 

gambar ihsan :google

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

3 thoughts on “Kriteria memilih tadika untuk anak

  • March 29, 2019 at 9:02 am
    Permalink

    Wah.. boleh dijadikan rujukan nanti bila tiba time harraz nak sekolah nanti.. walaupun lambat lagi harraz nak pi sekolah kan.. bila baca ni dah tau sikit gambaran2 apa yang perlu ..

    Reply
  • March 29, 2019 at 1:14 pm
    Permalink

    Semoga Ummi dapat membuat pilihan yg terbaik dan semoga Naura akan membesar sebagai anak yg bijak dan paling penting dewasanya nanti berjasa kpd kedua org tua, agama, bangsa & negara.

    Reply
  • March 29, 2019 at 5:08 pm
    Permalink

    perkongsian yg bagus kak eda..kena byk pkir utk kebaikan anak dan ibu bersama..adira baru setahun tp area rumah ciktom ni mcm xbyk lagi pilihan tadika yg ada..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *