Kongsi Hadis #7 | Jadi Sahabat dan Jiran Yang Paling Baik

Kongsi Hadis #7 | Jadi Sahabat dan Jiran Yang Paling Baik – Salam Jumaat semua,salam penghulu hari buat semua.

 

Rasa macam dah lama tak ada entry bagi muhasabah diri sendiri.So, hari ni umi nak kongsikan hadis berkenaan dengan menjadi sahabat dan jiran yang paling baik.

Hidup di dunia ni, mustahil kan tak ada jiran dan sahabat yang baik.Tapi nak mencari  jiran dan sahabat yang paling baik tu, kita tak tahu samada mereka boleh jadi insan yang paling baik atau sebaliknya.

 

Adat hidup berjiran, jika ada yang tak puas hati, samada terletak barang di sempadan rumah dia ke, atau sampah dari pokok kita berterbangan ke rumah dia ke.Yang boleh menimbulkan ketidakpuashati antara dia dan kita.Sebagai seorang manusia, yang mempunyai akal dan fikiran, kita juga perlu bertimbang rasa.Tak mungkin kalau sekali dua, jiran kita akan marah jika kita buat salah.Tapi kalau dah selalu, mestilah timbul kebencian pada diri jiran kita tu kan.

Sahabat pula, tak perlu umi nak menulis tentang sahabat.Sahabat ada bermacam jenis.Ada yang baik di depan dan di belakang…wallahualam.

 

Apa pun, muhasabah diri kita untuk jadi yang paling baik untuk jiran dan juga sahabat.Buang segala ego yang senantiasa ada di dalam diri.Walaupun kita tahu, Syaitan tu ada dimana-mana untuk menghasut kita.

Renungkan satu hadis ni 


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ الْأَصْحَابِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ وَخَيْرُ الْجِيرَانِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ

Dari Abdullah bin Amr RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap jirannya.” (HR Tirmizi No: 1867) Status: Hadis Hasan

 

Jom kita simpulkan pengajaran dari hadis ini

1.Setiap orang mengharapkan kehidupan yang baik dan sejahtera.

2. Antara kesejahteraan seseorang apabila memiliki sahabat dan jiran yang baik.

3. Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap temannya

4. Sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap tetangganya

 

Moga umi senantiasa merendahkan ego, menjadi seorang sahabat dan jiran paling baik untuk sekeliling umi.Di umur yang meningkat naik ni, umi senantiasa nak menjadi insan yang baik disisi Allah swt.

Insyallah…

terus bermuhasabah diri.

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 thoughts on “Kongsi Hadis #7 | Jadi Sahabat dan Jiran Yang Paling Baik

  • March 30, 2019 at 3:24 pm
    Permalink

    Semuanya adalah rezeki dan bahagian memasing..
    Dapat sahabat yang baik juga rezeki..Dapat jiran yang baik pun rezeki..
    Jika ‘tiada’ maka..bukan rezeki kita …

    Reply
  • April 1, 2019 at 3:13 pm
    Permalink

    insya’Allah…jom jadi sahabat yang baik…cari la teman dan bukan musuh di dunia ni…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *