Kongsi Hadis #6 | Malaikat mendoakan kepada pendoa

Kongsi Hadis #6 -Malaikat mendoakan kepada pendoa|Salam jumaat semua. Alhamdulillah, umi masih diberikan kesihatan yang baik.

Walaupun umi terpaksa keluar dari Pasir Gudang buat sementara waktu ni, umi masih lagi risau tentang keselamatan kawan-kawan umi dan penduduk disana.

Tak semua mereka di Pasir Gudang tu mampu untuk keluar kerana ada dikalangan mereka yang bekerja dan tak dapat nak cuti. Insyallah, semuanya akan baik-baik sahaja. Sama-samalah kita terus berdoa agar pencemaran udara di Pasir Gudang dan di tempat-tempat lain yang terkena, segera pulih. marilah kita sama-sama terus mendoakan agar mereka yang terlibat didalam kerja-kerja pembersihan bahan kimia dan mereka-mereka yang membantu orang awam menjaga keselamatan dan memeriksa serta bantuan lain diberikan kesihatan untuk meneruskan tugas mereka. Mereka adalah hero dan heroin. Semoga kebaikkan dan pertolongan mereka yang membantu tak kira waktu itu, Allah swt sahaja yang dapat membalasnya. Kepada mereka dan umi sendiri, sama-sama kita berdoa agar fasa kecemasan penduduk di tempat-tempat yang terlibat segera hilang. Jangan pernah putus untuk berdoa kerana Malaikat juga mendoakan kepada Pendoa supaya doa mereka dikabulkan.

Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Dari Abi Darda RA, Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula: ‘Dan bagimu kebaikan yang sama.’ (HR Muslim No: 4912) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.

2. Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.

3. Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:

دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ

“Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak” (HR Al-Bazzar: 500)

Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.

Please #prayforpasirgudang

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *