Kongsi Hadis #4 Akhlak Muslim |Salam jumaat semua. Suka untuk umi kongsikan perkara yang baik demi untuk renungan umi dan yang lain-lain.
Umi bukanlah ustazah yang boleh memberikan nasihat.Bukan insan yang baik untuk menasihati.Ustaz/Ustazah pun pernah cakap, untuk menasihati,kita tidak perlu jadi sempurna pun.Mungkin dari apa yang kita nasihatkan orang tu, ia menjadi satu teguran halus juga buat diri kita.
Dan ” Remind yourself that it’s ok not to be perfect” .Umi sentiasa tanamkan dalam diri umi nak jaga akhlak umi menjadi yang lebih baik.Insyallah..
Apa pengajaran dari ayat ini?
1. Islam melarang berakhlak buruk antaranya:
a. saling mendengki
b. saling memfitnah
c. saling membenci
d. saling memusuhi
e. membeli sesuatu yang telah dibeli atau janjikan kepada orang lain
2. Setiap Muslim saling bersaudara. Muslim dilarang berbuat zalim dengan Muslim yang lain antaranya dengan:
a. Menyakiti
b. Merendahkan
c. Menghina
3. Takwa itu di dada (rasa taat dan patuh kepada Allah itu terletak di dalam hati)
4. Seseorang Muslim dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim.
5. Penghinaan boleh berlaku apabila seseorang meremeh dan merendahkan orang lain sama ada dengan perkataan atau perbuatan. Penghinaan ini adalah bentuk sifat sombong dan bangga diri serta menganggap dirinya lebih mulia dari orang lain.
6. Muslim sesama Muslim dilarang:
a. Menumpahkan darah sesama Muslim
b. Menzalimi hartanya
c. Merendahkan kehormatannya
Moga kita sentiasa menjadi orang yang berakhlak mulia.Sentiasa tanamkan dalam diri untuk menjadi orang yang lebih baik dari semalam.
Insyallah…