HADIS

KONGSI HADIS #3 Surah Al-Ikhlas Menyamai Sepertiga Al-Quran

KONGSI HADIS #3 Surah Al-Ikhlas Menyamai Sepertiga Al-Quran | Untuk Perkongsian hadis pada hari jumaat yang mulia ni, umi nak cerita pasal Surah Al-Ikhlas.

Umi tau sesiapa je tahu akan kebesaran Surah Al-Ikhlas ni jika kita amalkan.Terdapat satu hadis yang mengatakan Surah Al-ikhlas ni menyamai sepertiga Al-Quran..Masyallah..Sungguh umi tak sangka kan..Surah yang pendek ni sahaja dah menyamai sepertiga Al-Quran?

 

Dari Abu Sa’id Al Khudri RA, ia berkata; Nabi SAW bersabda kepada para sahabatnya: “Apakah salah seorang dari kalian tidak mampu bila ia membaca sepertiga dari Al-Quran pada setiap malamnya?” dan ternyata para sahabat merasa kesulitan seraya berkata, “Siapakah di antara kami yang mampu melakukan hal itu wahai Rasulullah?” maka baginda pun bersabda: “ALLAHUL WAAHID ASH SHAMAD (maksudnya surat al-ikhlas) nilainya adalah sepertiga Al-Quran.” (HR Bukhari No: 4628) Status: Hadis Sahih

PENGAJARAN DARI HADIS NI YANG PERLU KITA AMBIL TAHU

1. Membaca al-Quran adalah dituntut kepada setiap Mukmin.

2. Membaca surah al-Ikhlas sekali nilainya menyamai sepertiga al-Quran.

3. Mengikut Ibnu Hajar, “Nilai sepertiga al-Quran” bermaksud surah al-Ikhlas nilainya sama dengan sepertiga apabila dilihat dari kandungan makna al-Quran. Kerana isi Quran terdiri daripada perkara yang berkaitan hukum, kisah, dan akidah. Surah al-Ikhlas mencakup pembahasan akidah, sehingga dinilai sepertiga berdasarkan tinjauan ini (Fathul Bari, 9/61).

4. Membaca surat al-Ikhlas mendapat nilai seperti membaca 1/3 al-Quran maknanya adalah senilai dalam pahala (al-Jaza’). Bukan senilai dalam amal (al-Ijza’). Jika seseorang membaca surat al-Ikhlas, dia mendapat pahala senilai pahala sepertiga al-Quran. Namun bukan bererti pahala yang diperolehi sepadan dengan bentuk pahala untuk ayat-ayat Quran yang lainnya. Bahkan boleh jadi dia memerlukan bentuk pahala dari memahami perintah, larangan, dan kisah al-Quran dimana surat al-Ikhlas tidak boleh menggantikan semua itu. (Majmu’ al-Fatawa, 17/138).

Jadi marilah kita usahakan untuk  membaca al-Quran paling kurang surah al-Ikhlas sebelum tidur.Insyallah

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *