Koleksi resepi Air Fryer yang mudah dibuat

Koleksi resepi Air Fryer yang mudah dibuat | Gadget yang paling mak-mak suka dan antara yang perlu ada di rumah.

Air Fryer Haier umi babah belikan masa ternampak iklan di Go Shop. Tu pun bila ternampak ada rakan yang tunjukkan pelbagai menu resepi air fryer yang mudah disediakan untuk anak-anak. Umi ada ceritakan di Entry Air Fryer dari Goshop sangat membantu

Dan 1st time umi buat Resepi ayam bakar air fryer ala Kenny rogers  sangat-sangat mudah dan sedap..eh..terpuji diri sendiri pulak.. 🙂 

So, sekaligus umi masuk group Resepi Air Fryer (Malaysia).kat dalam tu pelbagai jenis resepi yang dikongsikan oleh pengguna-pengguna air fryer di Malaysia ni.Jadi umi compile kan menjadi satu di dalam entry ni untuk memudahkan umi dan pembaca lain mencari koleksi resepi Air Fryer.

Jom tengok resepi-resepi air  fryer di bawah ni

 

KOLEKSI RESEPI AIR FRYER

Koleksi menu-menu yang kita boleh buat menggunakan Air Fyer boleh refer di bawah ni ye.

1.Kek Gula Hangus @ Sarang Semut

1 cawan gula perang
1 cawan air panas
3 sudu marjerin
4 biji telur
½ cawan susu pekat
1 sudu kecil essen vanilla
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat

• panaskan gula dengan api sederhana hingga bertukar warna brown
• tuang air panas sikit² kacau hingga gula betul² larut dan air mendidih
• masukkan marjerin kacau sebati dan tutup api..pastikan betul² sejuk dalam suhu bilik
• sediakan mangkuk pecahkan telur kacau manja..masuk susu dan essen vanilla
• masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang diayak
• tuang kan air gula hangus yang jadi karamel dan kacau sebati
• tapis dan tuang ke dalam loyang yang digris marjerin
• panaskan AF 10minit

Suhu : 160° 25minit

*Guna loyang kecik untuk ketebalan ideal
*potong selepas betul² sejuk atas redai
*Potong tengah tengok urat dan potong melintang untuk sarang yg cantik
(jangan sampai semut hurung pulak😅)
*tanpa perap

2.Resepi donut tanpa Yis 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu marjerin
  • secubit garam
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu susu tepung
  • 2 1/2 sudu baking powder

satukan semua bahan dan gaul dengan air suam sehingga menjadi doh.Rounding doh kecil-kecil dan tekan dengan belakang cawan dan buat bulat di tengah. Gorengkan dalam minyak masak seketika untuk bagi donut tu kembang.Kemudian masukkan ke dalam air fryer dengan suhu 120 5 minit.Dah siap keluarkan dan salut dengan gula.

3.Resepi Ayam Madu Air Fryer

Ayam bahagian tulang
Contoh kepak/peha/tight(potong kecil supaya cepat masak n senang perap)cuci dan toskan smpai tKde air dia ya

Bahan perapan:
-Kicap pekat/kicap manis
-Sos cili
-Sos tiram
-Serbuk Lada putih
-Serbuk lada hitam
-halia dan bawang putih tumbuk
-gula
-cukup rasa
-madu
-serbuk cili(ni kalau nak pedas boleh masukkan) 

Gaulkan semua dan perap semalaman.Gaul dab masukkan ke dalam air fryer 

Resepi Roti manis Air Fryer

resepi roti manis guna air fryer

3 1/2 Tepung Roti
2 sudu besar butter/majerin
1 biji telur
1 paket yis
1 cawan air suam
2 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula

Cara-caranya

Campurkan semua bahan dan gaul sebati.Kemudian boleh masukkan ke dalam paper  acuan roti dan masukkan dalam air fryer dengan suhu 160 10-15 minit
180 5 minit garingkan bahagian atas

 

4.Resepi kek Pisang Air Fryer

4 biji pisang berangan(lenyek)
Telur tiga biji
Minyak jagung 1 cawan(dlm pic x snap)
Gula 1 cawan(x nk mnis)(x ad dlm pic)

Gandum 1 cawan setengah
Baking powder 1sudukecil
Soda bikabonat 1 sudukecil
Di ayak dan dicampur sebati

Smua saya blend
Panas kn af 5 minit
Suhu 20 -25

5.Honey Biskut Texas Chicken

honye butter Biskut

Bahan-bahan :-
-2 1/2 cawan tepung self rising (tepung biase pun boleh)
-4 sudu kecil baking powder.
-Gula pasir 2 sudu besar (suke manis, lebihkan gula)
-Butter sejuk 115gram (dari peti sejuk biase terus potong-bukan dalam freezer beku tu)
-140gram susu segar
-50gram madu (untuk sapu pada adunan)
-50gram butter (untuk sapu pada adunan)

Cara-cara:-
*Gaul tepung, baking powder, gula pasir & butter sejuk ( gaul sampai sebati-jangan jadi doh)
*Lepas tu masukkan sedikit demi sedikit susu segar dan gaul sampai sebati.
*Masuk adunan ke dalam loyang atau aluminium foil dengan menggunakan sudu/scop-bentuk tak perlu nak bulat sangat.
*Cairkan madu & butter atas dapur dan sapukan dekat adunan & masukkan kedalam air fryer atau oven.
*Pakai suhu 180 selama 10 minit.
*Lepas masak, sapu balik madu & butter cair pada biscuit panas tu.

6.Peknga Nyoq / Lempeng kelapa

Bahan-bahan diperlukan:

Semangkuk nyok / kelapa parut jgn yg tua sgt x sedap
(Boleh ganti dgn pisang atau jagung, sayur2 ikuk ampa la, klu org utara kami boh nyoq
4 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Gula
Sedikit Garam
1 1/2 cawan Air
Secubit baking powder x dak pon x pa
1 sudu minyak

Cara menyediakannya

Masuk dlm chopper kesemua bahan di atas. Sukatan air bergantung kepada tepung, jangan terlalu keras dan jangan terlalu cair..

Tuangkan adunan 2 senduk untuk membentuk lempeng / pancake.

Makan bersama kari apa pon blh, sis buat kari sardin sedap baq ang.. Selamat mencuba..

180’c
10 min balikkan 10 min lg

7.Pizza maggi Air Fryer

Bahan-bahan

maggie 3 paket
hotdog
bawang
telur
carrot

cara2:
celur maggie dan tapiskan
tumiskan bawang..pastu masukkan hotdog..
masukan carrot n telur…masukkan maggie dan kacau sebati…

bakar pada suhu 180 selama 20 minit

8. Kek Brownies Milo

Bahan-bahan:

1 cawan serbuk Milo
2 sudu susu pekat
2 biji telur

Hiasan
Kacang badam/cip coklat

Kacau manja2 kesemua bahan2 tu, letak di dalam loyang yang disapu marjerin dan bakar dalam ‘air fryer’ suhu 180° 15minit.

9.Cara Berlauk Air Fryer

cara berlauk air fryer

Bahan-bahan
Tepung Gandum 2 cwn
Telur 2 biji
Air 2 cwn
Minyak 1 sb
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Blend dan tapis

Bahan untuk inti
daging potong cincang
Bawang Besar sebijik (blenda)
Bawang putih 1 ulas (blenda)
Bawang holland potong dadu (masukkan lepas dh tumis)
Rempah kari daging (agak3)
Garam,
Perasa (secukupnya)

Cara buat 
Panaskan minyak sedikit sahaja..
Tumis bawang besar, bawang putih (yang diblenda) hingga naik bau..
Masukan rempah..kacau rata..dan hingga sedikit garing..
Masukkan daging tadi..gaul.rata
Perasakan secukupnya
Masak hingga kering sedikit
Angkat dan toskan

Hiasan
daun sup
Cili merah secukupnya

Masukkan bancuhan tepung
Masak 5 minit angkat sekejap
Kemudian letakkan inti daging
Daun sup..cili..
Tutup semula..
Masak hingga kekuningan dan garing sedikit sebelah bawah
Dah siap..

Suhu 180° /20minit

10. Kuih Bakar /Bingka/ Kuih Kemboja

bahan-bahan yang digunakan:

4 helai daun pandan + 1 cawan air ( blender, tapis dan ambil airnya saja)
1 biji telur
7 sudu besar minyak masak
1 kotak kecil santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
bijan ikut suka 

Cara-caranya:

Blender semua bahan di atas kecuali bijan.
Oleskan loyang dengan marjerin.
Masukkan bahan yang di blend tadi.
Tabur bijan diatas (tapi bijan takde sebab kena berkurung 😁)
Masak dalam air fryer dengan suhu 180° 45 minit + 160 20 minit (fatin suka garing atas macam tu, rangup di atas lembut di dalam)

Tunggu sejuk dan sedia untuk dihidang

11.Portuguese Egg Tart

Bahan-bahan:

250ml full cream milk/fresh milk,

4 biji telur,

150 ml air,

100gm gula kastor,

esen vanila, 1 ts tepung jagung,

puff pastry

Cara-cara:

Campur semua bahan dlm 1 bekas & kacau-kacau sampai gula tu larut & semua bahan sebati, lepas tu tapis.  Puff pastry tu letak dlm acuan lepas tu curahkan adunan td tu, jgn penuh sgt sbb nnt melimpah masa bakar. Bakar guna air fryer suhu 180 selama 15-20 minit.

12.Pizza Air Fryer

Resepi :
2 gelas tepung gandum
1 bungkus mauripan
2 sudu marjerin

Gaul rata semua jd mcm serbuk roti…then bancuh n uli dgn air suam, agak2 je..sikit2 msukkn airnya hingga jd doh..

Bahagikan  doh menjadi 4 untuk  dijadikn 4 keping piza.sapu mentegadi pan bagi memudahkan pizza dikeluarkan.

Leperkan terus doh dlm pan kecil.. Tunggu  dalam 6 ke 7 minit. Doh tu naik sikit..

Then cucuk2 dgn garpu..pastu sapukan sos tomato/sos cili atasnya.

Boleh letak hirisan bawang, sosej nipis dan taburan mozarella cheese.

13.Chicken Pie Air Fryer

Bahan-bahan:

minced chicken/dada ayam potong kecik2, bawang holland, carrot potong dadu, kentang potong dadu, mushroom dlm tin potong dadu, campbell mushroom soup, cheese, black pepper coarse, butter, pastry puff, kuning telur.

Cara-cara:

panaskan 1 sudu butter/mentega, masukkan bawang holland, dah layu sikit masukkan ayam, kentang, carrot. Letak air sikit bg carrot & kentang tu cepat masak. Masukkan mushroom soup, mushroom, black pepper coarse, klu pekat sgt tambah air sikit. Klu xde mushroom soup yg dlm tin tu, guna yg serbuk tu pun boleh, .

Bila kentang & carrot dh lembut, letak cheese 2-3 keping, klu xrasa masin lg boleh tambah garam/serbuk perasa. Dah siap, sejukkan inti. Nk buat pie tu boleh buat bentuk apa pun yg korang suka, mcm sy dah ada bekas aluminium tu beli zaman jaapar tonggek lg, so sy letak pastry puff dlm bekas tu, letak inti tp jgn penuh sgt sbb nnt puff kembang, lepas tu tutup & kelim bahagian tepi tu dgn garfu mcm kt gmbr ke 2 dan 3 tu. Atas tu cucuk dgn garfu bg ada ruang udara, sapu kuning telur pastu tabur oregano sikit & bakar dlm airfryer suhu 180 dlm 20 mins. Smlm tu nk cepat buatkan utk anak bentuk segitiga, tepi tu sy kelim mcm kelim karipap,

14. Resepi Kuih Bakar Pandan Gebu

Bahan-bahan

-Daun pandai 4 helai (blender dengan 1 cawan air, pastu tapis keluar hampas dia)
-Tepung gandum 1 cawan
 -Gula 3/4 cawan
-Telur 1 biji
-Minyak 7 sudu bsr
-Santan 1 cawan

Cara-caranya

Blender semua sebati sambil membaca Selawat.
Letak baking paper kat loyang.
Masukkan adunan dalam loyang sambil tapis buih.
Preheat AF 180° 5 min.
Bakar adunan 180° 40 min.
Pergi main dengan anak jap sambil tunggu siap.
Boleh check cucuk guna lidi tengok dah masak belum.

credit to : Resepi Air Fryer Malaysia

 

so, nanti senanglah umi nak rujuk bila tak tau menu minum petang untuk ahli keluarga.

Semoga bermanfaat untuk semua

 

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top