Koleksi 10 Resepi berasaskan telur mudah dibuat| Telur menu paling mudah disediakan bila takde idea nak masak apa

Bila tekak ni dah mula jemu dengan ikan dan ayam, sesekali makan dengan telur pun sedap.Tak kiralah apa jua resepi telur yang mudah, pastinya akan menambah selera sewaktu makan.

Jom umi kongsi Koleksi 10 Resepi berasaskan telur mudah dibuat apabila korang dah muak dengan menu-menu lain.

Koleksi 10 Resepi berasaskan telur mudah dibuat

Jom tengok koleksi 10 resepi yang umi dah senarai pendekkan di bawah ni.Kot umi kang takde idea nak masak apa bolehlah cedok resepi di bawah ni.

 

1# TELUR REBUS AIR ASAM

telur rebus air asam

Bahan Utama

  1. 3 Biji Telur yang siap direbus

Bahan Air Asam

  • Cili api – ikut suka nak letak banyak mana
  • Bawang Besar – di hiris halus
  • Tomato – di potong dadu
  • Garam secukup rasa
  • Air suam

Cara-caranya

  1. Telur yang direbus di belah dua dan masukkan ke dalam pinggan/ mangkuk yang sesuai
  2. Di dalam bekas lain, satukan semua bahan dan kacau sehingga semua sebati.Bila dah cukup rasa, bolehlah masukkan ke dalam bekas yang berisi telur.
  3. Biarkan dulu dalam 15 minit supaya bahan air asam tadi serap pada telur.Kemudian bolehlah dimakan dengan enaknya

Kredit gambar : Puan Norul Haisyu

2# TELUR MASAK KURMA

telur masak kurma

Bahan-bahan

  • Telur yang siap di rebus( ikutlah korang nak berapa bijik)
  • 2 ulas bawang putih**
  • 1 biji bawang besar**
  • Sedikit Halia**
  • 1/2 biji bawang besar dihiris halus
  • sedikit rempah sekawan
  • garam secukup rasa
  • 1/2 kotak santan kara
  • Rempah kurma
  • Kentang( siap rebus senang sikit)

 

** Blend

Cara memasak

  1. Panaskan minyak, dan masukkan bawang yang dihiris.Dah naik bau masukkan bahan blend.Kemudian baru masukkan rempah sekawan tu.buat wangi² ler..
  2. Baru masukkan rempah kurma dan nampak macam garing dan pecah minyak, baru masukkan santan.Nak letak boleh, taknak letak pun takpe jugak santan tu.
  3. Masukkan telur dan kentang dan perasakan dengan garam.Lepas tu nampak semua dan ok, rasa pun dah cun, sedia untuk dihidang.

     

3# PAJERI TELUR

pajeri telur

kredit gambar : Sharizen Kitchen

Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 biji telur (Direbus) 
  • ½ inci halia (Dihiris)
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 3 sudu makan rempah kari ikan (Dibancuh dengan air) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 2 sudu makan kerisik 
  • 2 sudu makan gula  
  • 4 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan yang dihiris, 
    kulit kayu manis, dan rempah kari sehingga pecah minyak. 
  2. Masukkan santan, telur, kerisik, gula dan garam. 
  3. Masakkan sehingga mendidih dan pekat. 
  4. Sedia dihidangkan.

4# SUP TELUR

kredit : Kartel Dakwah

 

Resepi yang umi rasa mudah disediakan.Lagi-lagi untuk dimakan oleh anak-anak

Bahan-Bahan

 

  • 4 Biji Telur
  • Minyak masak untuk menumis
  • 2 biji bawang merah – dihiris
  • 2 Ulas bawang Putih – dihiris
  • I inci Halia – dihiris
  • Batang Saderi – kalau takde pun takpe
  • 2 biji ubi kentang – dipotong kecil
  • Suhun dan tauhu kering
  • Daun Sup – takde pun takpe

Cara Membuatnya

  1. Tumis bahan hiris.Kemudian masukkan air ikut banyak mana kuah diperlukan
  2. Masukkan ubi kentang.
  3. Masukkan suhun dan tahu kering yang dah direndam seketika.
  4. Masukkan garam dan pecahkan telur satu persatu.Jangan dikacau kalau taknak telur tu pecah.
  5. Biarkan mendidih.
  6. Tabur daun sup jika ada…
  7. Siap dihidangkan

5# RESEPI TELUR BISTIK SIMPLE

telur goreng bistik

kredit resepi dan photo : buatoranglapo.com

 

Bahan-bahan 

  • 3 biji telur
  • Ayam/daging – dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang merah besar- dihiris halus
  • 1 biji bawang merah kecil – cincang halus
  • 2 biji bawang putih – cincang halus
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sayur campuran( @lobak merah dan kacang panjang – potong dadu)
  • Gula dan garam secukupnya

Cara-caranya

  1. Pukul telur besar bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam(tinggalkan sedikit untuk masak kuah).Tambahkan sedikit garam.
  2. Goreng telur sehingga garing.Angkat dan letak di dalam pinggan besar.
  3. Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
  4. Masukkan isi ayam.Gaul sebentar sehingga ayam separuh mask.
  5. Masukkan pula kesemua sos.Tambah sedikit ari kalau nak lebih kuah.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Masukkan sayur campuran.Kacau sebentar, sayur jangan terlalu layu.
  8. Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang digoreng tadi.Siap dan boleh dihidangkan

 

6# SAMBAL TELUR HANCUR

Bahan-Bahan

  • 4 biji telur
  • 5 biji bawang merah- dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 5 sudu makan cili kisar
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit asam jawa

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.Kacau perlahan.
  3. Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu,
  4. Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

7# TELUR SAMBAL CILIPADI

Bahan-Bahannya

  • 15-20 biji cili padi ( boleh nak tambah atau kurangkan)
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji telur ayam
  • Gula sedikit

Cara menyediakannya

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili sehingga lumat kasar.Tak perlu terlalu lumat
  2. Tumiskan dan biarkan ia sedikit garing.Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Pecahkan telur.( telur kena pecah dalam bekas lain sebab takut telutr tu busuk.kang tak memasal kena buang semua)
  4. Pecahkan telur dan masak sehingga telur tu masak ikut citarasa.Nak berkuah boleh, tambahkan sahaja air.
  5. Siap untuk dihidangkan

kredit resepi : makanapaaje

8# TELUR MASAK KICAP

credit gambar: resepicitarasawan

Bahan-bahan

  • 5 biji telur
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 biji cili hijau dihiris
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 cawan air
  • 4 sudu kicap lemak manis

Cara Memasak

  1. Masak telur menjadi telur mata kerbau.Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap dan kacau.Masukkan pula telur mata kerbau dan kacau perlahan.
  4. Masak dengan api yang kecil
  5. Tutup api dan hidangkan telur masak kicap bersama nasi panas ataupun bubur.

 

9# TELUR DADAR ALA THAI

 

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung( boleh juga guna tepung gandum atau tepung beras)
  • 4 sudu air sejuk atau 2 ketul ais
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya

  1. Kacau telur sehingga sebati dann masukkan air sejuk
  2. Panaskan minyak sampai betul-betul panas ( minyak guna banyak)
  3. Tuang telur daripada jarak yang tinggi
  4. Setiap bancuhan telur untuk 3-4 kali goreng sebab tak boleh goreng sekaligus.Nanti tak cukup gebu

#10 Kari Telur

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan:
  • Telur 4-6 biji (yg telah direbus)
  • Ubi kentang – 2 biji (dibelah 4 atau 6)
  • Serbuk kari daging – 4-5 sudu besar
  • (Serbuk kari dibancuh dengan sedikit air sehingga agak cair)
  • Santan – lebih kurang 1/2 – 1 cawan
  • Halba campur – lebih kurang separuh sudu kecil
  • Daun kari – 1 batang
  • Bahan-bahan untuk ditumbuk/dihiris :
    • Bawang kecil – 2 biji
    • Bawang putih – 2-3 ulas
    • Halia lebih kurang 2cm

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan kuali dengan lebih kurang secawan minyak dan goreng telur yang telah direbus tadi. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Kemudian masukkan kari tadi. Tunggu sehingga pecah minyak. Ubi kentang boleh dimasukkan sekali untuk cepatkan ubi empuk dan lembut.
  4. Apabila kari sudah pecah minyak bolehlah masukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan boleh ditambah sedikit serbuk perasa.
  6. Setelah mendidih bolehlah masukkan telur dan siap.

 

Tips:

 

  • Cara mudah untuk kupas telur rebus ialah dengan rendamkan telur yg baru mendidih di dalam sejuk (air paip) dan kemudian kupas seperti biasa.

kredit : Che Nom

 

Hah.. itulah dia senarai resepi untuk telur.

Baca juga : 20 resepi kuih muih sedap dan mudah disediakan

 

 

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

One thought on “Koleksi 10 Resepi berasaskan telur mudah dibuat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *