Kisah Ranking Alexa & Pageviews

Assalamualaikum
Lama rasanya tak update pasal Ranking Alexa kat blog nie kan..Maklum la..ranking alexa jatuh menjunam junam dek kerana kurangnya update entry di blog nie.
Dari pernah mencapai tahap 600 ranking Malaysia kini telah jatuh sehingga ke 1262..Teruk sungguh kan.
Kalau korang tak tau apa itu Ranking Alexa,meh aku kongsikan sedikit tentang nya.
alexa ranking
Apa itu Alexa
Alexa Rank ini adalah satu analisis jumlah trafik atau pengunjung setiap hari pada sesuatu blog atau website, yang dibuat oleh Alexa.com bagi menentukan ranking atau kedudukan blog atau laman web tersebut. Ranking ini boleh dibandingkan dalam sesesuah negara atau mengikut kategori laman web masing-masing.
Bagaimana Alexa Rank berfungsi?
Trafik Alexa rank ini adalah berdasarkan data trafik atau data pengunjung yang dikumpulkan selama 3 bulan dari semua pengguna internet yang menggunakan Alexa Toolbar dan juga trafik dari sumber yang lain .Trafik dari sumber lain ni, aku pun tak berapa pasti. Sebabnya, masa mula-mula perkhidmatan Alexa Rank ini dibuat, data yang diperolehi adalah sepenuhnya dari Alexa Toolbar sahaja.
Kenapa Alexa rank ini Penting?
Sebenarnya Alexa ini tak penting kalau kita buat blog untuk kita sendiri je yang baca. Tapi kalau kita nak buat duit dengan blog macam  nak menawarkan ruang iklan di blog, maka Alexa rank menjadi penting. Sebab kalau Alexa rank kita tinggi maka orang tahu blog kita ini banyak pelawat atau trafik. So mereka pun rasa berbaloi untuk beriklan disini. Sebabnya Alexa rank ini dipengaruhi sepenuhnya oleh trafik yang tiba ke blog kita. So Alexa rank ini macam first impression pelawat yang datang ke blog kita.
Sumber: sini
ranking alexa
Tapi yang bestnya,bila Pageviews makin konsisten dengan 1k setiap hari..Alhamdulillah…Berazam untuk mempertingkatkan lagi ranking Alexa dan juga Pageviews untuk blog nie..
pageviews
Kalau dulu amat payah untuk mencapai ke tahap nie,tapi alhamdulillah sekarang nie dah semakin baik..
harap berkekalan dan makin meningkat..Insyallah

Loading

18 Comments

  1. Assalammualaikum…KSD,

    rajin… dan ranking alexa pun baik..

    mselim3

  2. Tahniah ;D

  3. alhamdulillah, ada pihak pengiklan sudi beriklan di blog yumida
    diorg lihat pd page rank n alexa
    mula2 agak pelik, mengapa diukur dr sudut pagerank
    rupanya pagerank ni ada kelebihan dri segi seo n kualiti blog

  4. All the best..semoga lebih maju

  5. keep it up kak, moga dapat maintan dan tingkatkan lagi pencapaian sekarang :))

  6. wah tahniah…. saya tak pernah cek pun… sebab tau nombornya dah tentu2 jauh ke bawah… heheheh

  7. syukur.. husna pon masih berusaha lg..:)

  8. Saya semenjak tukar domain baru nie alexa pun tak pasang lagi sebab alexa tak boleh track url yang baru nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

  9. Fiza pun lama tak update rank alexa ni..sedikit jatuh rasanya rank fiza..Apepun congrats kak!

  10. Alhamdulillah Aida.. Tahniah. Semoga terus berjaya… aamiin. All the best ye.. 🙂

  11. Tahniah dan slmt berblogging. Bukan senang nak senang kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *