INFO,  RESEPI

Khasiat kacang botol yang perlu kita ketahui

Khasiat kacang botol yang perlu kita ketahui |Rasa dah tak perlulah kan umi bagitahu korang macam mana bentuk Kacang Botol ni.

Ada orang panggil kacang botol, ada jugak yang panggil kacang botor..Ikutlah ayat korang nak panggil apa.

Kalau zaman mak-mak kita dulu, kacang botol dijadikan ulam mereka.Sebab tu kalau kita lihat orang dulu-dulu hidupnya lebih lama berbanding zaman kita.Zaman kita sekarang ni ramai yang tak jadikan ulam sebagai makanan yang masuk dalam list makanan tengahari atau malam.Ulam tu pun sebenarnya sangat bagus tau untuk kita amalkan.Nak jadikan amalan gaya sihat, pastikan makan banyak ulam-ulaman ye.

Haishhh..pandai je umi berbicara kan

Entah umi ambil ke tak ulam-ulaman ni..

Actually semakin umur meningkat ni, sepatutnya umi dah lama buat, tapi baru tersedar dari tidur selepas menginjak ke usia veteran ni.

 

hahahahaha…Sila ketawa sekali dengan umi ek.Umi banyaklah amalkan pengambilan sayuran dan juga ulaman mentah.Salah satunya adalah Kacang botol.Kalau yang muda-muda tu memang sedaplah meratah.Nak cari kacang botol yang muda-muda je sedap.

 

Kalau kacang botol yang tua ni, tak berapa sedap..

takde krak kruk bunyi dia tau..Rasa pun tak berapa sedap.Better tanam sendiri

Kalau ada tanah la……

Kalau tanah sekangkang kera macam rumah umi ni memang ler payah kan.So beli je..

So..Apa khasiat kacang botol yang umi dok canang di atas ni.Baca lagi ek

 

Khasiat kacang botol yang perlu kita ketahui

Ada beberapa khasiat kacang botol yang umi nak kongsikan dengan korang dan umi pasti lepas ni korang akan rajin membeli dan makan kacang botol ni.

Antaranya adalah :-

  • Kalau korang nak tau,Kacang botol muda untuk berat 100 gram,ia hanya mengandungi 49 kalori sahaja berbanding kacang botol tua yang mengandungi 409 Kalori.Banyakkan beza.Sebab tu orang akan cari kacang botol yang muda.
  • Kacang botol tua mengandungi khasiat Thiamin, B1, riboflavin, B6, B3,Folate, B9 dan asid pantothenic serta Vitamin B kompleks penting.
  • Kacang botol juga mengandungi magnesium, manganese, fosforus,zink dan potasium.
  • Kacang botol juga dikatakan mengandungi protein yang lebih tinggi berbanding kacang tropika sekaligus sangat bagus untuk mereka yang mengamalkan diet.Ianya sesuai untuk pembentukan tubuh tanpa perlu kerap mengambil protein shake.
  • Jika anda berpantang kacang soya kerana bimbang tentang kandungan estrogen dan pelbagai isu mengenai kacang soya,  anda boleh menggantikan kacang soya dengan kacang botol kerana kacang botol dikatakan mempunyai kandungan asid amino yang sama dengan kacang soya.
  • Kacang botol mengandungi  protein,  kaya dengan zat galian,  zat besi,  kalsium,  vitamin C,  vitamin A dan pelbagai kandungan nutrien lain.  Dikatakan kandungan khasiat dan nutrien berbeza antara kacang botol muda dan kacang botol yang sedikit matang atau tua.
  • Kacang botol dikatakan boleh meredakan demam campak dengan cara merebus kacang botol ke dalam air dan jadikan air rebusan kacang botol sebagai sapuan ke atas kulit yang terkena demam campak.So,bolehla korang cuba kan.

Selain itu Kacang botol ni kalau digoreng pun sedap.Pebret umi kalau goreng letak ikan bilis yang ditumbuk tak berapa nak hancur macam yang umi sediakan hari tu.

KACANG BOTOL GORENG IKAN BILIS

Mengancam tak menu umi.Pebret umi bukan pebret babah.Disebabkan umi terlebih rajin, maka terhasillah gambar ni.

sesambil tu boleh la asah cara ambil gambar umi ni.

Umi tak pandai nak ambil gambar.

Banyak angle(betul tak umi eja) yang umi ambil tau.

 

Penuh ler dengan gambar masakkan yang umi masak.Tu masa umi tengah rajin la..Masa umi tengah kelam kelibut nak melayan anak dara sorang tu, memang bo layan ler semua tu

RESEPI KACANG BOTOL GORENG IKAN BILIS

mudah je awak-awak semua…Naura pun boleh masak..heheh..umi tipu je

Korang kena ada bawang besar 1/2 ulas, bawang putih seulas, sedikit belacan,lada besar dan yang penting ikan bilis

Tumbuk ke semua bahan dan pastikan ikan bilis tu yang last ok.Tumbuk ikan bilis tu tak payah ler terlalu lumat.

Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.Lepas tu tumis sehingga naik bau dan yang penting ikan bilis tu nampak garing.

Barulah masukkan kacang botol yang korang dah racik sedikit halus..

baru sedap korang kunyah..dah settle

 

selamat mencuba ye

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *