KFC Zinger Cheezilla & Zinger Stacker is on!

KFC Zinger Cheezilla & Zinger Stacker is on!

KFC Zinger Cheezilla & Zinger Stacker is on!So, dah on ke tak ON untuk menu keluaran KFC ni?

Umi memang peminat setia KFC, korang pulak, rata-rata orang kat Malaysia ni kan, memang suka pergi ke KFC.Dari umi kecil sampai ler ke besau ni, KFC ni memang port kegemaran umi samada dengan kawan-kawan atau family.Dak Naura pun sekarang dah sibuk je sebut pasal kepci.

Kenapa orang Malaysia ni minat sangat dengan KFC termasuk umi ni? Bagi umi KFC menyediakan menu yang simple dan affordable untuk bawak satu family makan.Kalau dulu masa umi kecik-kecik, dapat menu dinner plate dah suka tau.Lagi pulak sekarang dah bertambah menu burger.Kalau burger of course umi suka Zinger burger.Well, menurun pulak dengan si Naura.Mesti nak ayam kepci.Sampai kat rumah pun nak mintak ayam kepci.Demand tau anak dara ni sorang.

Umi tak kisah je setakat masuk KFC.Tapi kalau dok beratur ramai tu yang malas sikit nak menunggu.Selalu umi order online je.Itu lagi senang.Sebab KFC Malaysia pun boleh hantar makanan sampai depan rumah dengan servis Foodpanda tau.Sangat ler memudahkan umi ni.Jimat masa nak ke sana.Korang selalu order online ke atau terus ke cawangan KFC?

Umi rasa tak payah la umi nak ajar korang macam mana nak order secara online kan.Sekarang ni semua dihujung jari.Tak perlu bersesak pun dekat kedai.Yang penting korang bayar je perkhidmatan yang mereka dah sediakan.Uih..mudah betulkan sekarang ni.

Yang order online ni bukan diorang malas tau sebenarnya,tapi kekangan masa nak menghadap jammed dan juga jimat masa tu lah yang menyebabkan mereka order online.Yelah, dalam masa korang menunggu makanan tiba tu kan, banyak lagi kerja lain yang korang boleh buat di rumah atau di office sementara menunggu order korang sampai kan?

Tak payah orang lain lah.Umi pun memang selalu sangat order secara online ni.Kadang tu memang tak sempat nak keluar beratur untuk dapatkan makanan pun.Sebab tu umi suka order secara online je.

Eh..Dengarnya ada menu terbaru dari KFC.Actually bukan menu terbaru tetapi menu yang dikembalikan semula seingat umi lama dah jugak menyepi menu ni.Tu yang buat umi ternanti-nanti tu.

Cuba korang tengok kalau ada menu terbaru je, mesti penuh KFC tu.Dan katanya KFC ZINGER CHEEZILLA & ZINGER STACKER dah keluar?Finally, inilah menu yang umi tunggu-tunggu untuk dapatkannya.Umi kan peminat setia cheese..Haishh..bila entah nak dietnya.Kita lupakan pasal diet ni dulu untuk buka ruang umi mencuba menu Zinger Cheezilla dan juga Zinger Stacker ni.

Wah..umi betul-betul tak sabar nak mencuba dua menu terbaru dari KFC ni.Mana taknya kalau korang tengok KFC Zinger Cheezilla tu, dengan cheese dan ayam tebal.Memang menggugat diet umi tau.

KFC ZINGER CHEEZILLA & ZINGER STACKER

KFC Zinger Cheezilla ni mempunyai patty keju Mozarella yang dibungkus dengan Fillet Hot & Spicy dengan Cheezy Mayo mereka yang unik memang betul-betul menggiurkan kan?

 

Tengok gambar dengan cheese mozarella tu buat umi tak sabar nak mencuba.Itu baru satu menu tau.Ada satu lagi menu iaitu KFC ZINGER STACKER

Dua-dua menu ni umi tak sempat nak mencuba masa keluar dua tahun lepas.Seingat umi lah dua tahun lepas.Kot umi salah sila betulkan ye.So sekarang ni KFC Comeback semula dengan dua menu yang awesome ni.Kenapa umi tak sabar sangat menunggu menu terbaru dari KFC ni.Seperti yang korang tengok la kan dalam gambar tu.Cheese yang ditarik tu…uih…memang memikat selera umi betul.Umi dengan cheese memang tak dapat nak dipisahkan.Suka gila..Aduii…suka pun gila kan?

Umi dah dapat bayangkan dah kerangupan ayam dan lelehan cheese mozarella masa makan tu.Mesti sedap kan?

Boleh la nanti bawa dak Naura dan babah pergi ke KFC.Kalau tak sempat kita order online jelah nak ye.

Kita lupakan pasal diet ni dulu untuk buka ruang umi mencuba menu Zinger Cheezilla dan juga Zinger Stacker ni.

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *