Kenapa Tak Boleh Minum Sambil Berdiri

Kenapa Tak Boleh Minum Sambil Berdiri | Pertanyaan ni pernah di tanya oleh kakak Fiyah sewaktu umi marah dia minum sambil berdiri.

 

Mungkin dah banyak kali umi tegur kakak fiyah dan adik Naura jangan minum berdiri, menyebabkan kakak bertanya semula pada umi sebab kenapa tak boleh minum berdiri.Yelah kan, bila nak menjawab dengan soalan anak-anak ni kekadang boleh buat umi jadi Hijo!!

Tapi jawapan tu mereka akan ingat sampai bila-bila.Jawapan yang mudah nak bagi diorang ni takut kekadang umi cakap je nanti kalau minum berdiri kita senang dapat sakit 😆 😆 ..So, dia takkan buat lagi..

Tapi sebenarnya ada sebab kenapa kita tak boleh minum air sambil berdiri dan ini bukan mitos semata-mata tau.Dalam Islam sekalipun tak digalakkan untuk minum berdiri.Korang boleh search kenapa kita tak boleh minum sambil berdiri menurut agama islam.Daripada pembacaan umi di sini, ada 8 sebab kenapa kita dilarang untuk minum sambil berdiri.

Kenapa Tak Boleh Minum Sambil Berdiri

 

8 SEBAB KENAPA TAK BOLEH MINUM AIR SAMBIL BERDIRI

Sebab tu orang-orang tua kita dahulu kata, kalau nak minum air kena duduk.Dan itu merupakan amalan syaitan.Selain itu perbuatan minum air sambil berdiri ni ada efek yang negatif terhadap badan seseorang.

1.RISIKO PENYAKIT SENDI

Kalau korang nak tahu, Minum sambil berdiri boleh menggalakkan kemunculan arthritis atau penyakit radang otot. Minum secara berdiri secara tidak langsung akan menggangu kestabilan kandungan ceceair dalam badan seterusnya menjejaskan kawasan sekitar sendi dan akan menakung lebihan bendalir -menjadi punca kepada kesakitan sendi arthritis.Perbuatan ini sangat tak elok ye..So, make sure korang minum air sambil duduk.

2.KEROSAKKAN BUAH PINGGANG

Bila kita minum sambil berdiri, air tersebut akan terus mengalirkan air ke bahagian buah pinggang di mana proses itu sebenarnya membuatkan air yang kita minum tadi tidak dapat ditapis secara teratur.Dan selepas itu akan menyebabkan sisa kotoran di dalam air tadi terkumpul pada bahagian pundi atau dalam darah.

 

3.MENGANGGU PENGHADAMAN

Ia juga menganggu proses penghadaman bila air yang kita minum disalurkan terus ke dapm perut seterusnya memercik ke dinding perut.Keadaan ini menyebabkan kerosakkan terhadap sistem penghadaman seseorang.

4.TERASA TERUS HAUS

Bila kita minum sambil berdiri, rasa haus itu tidak akan hilang dan cara terbaik untuk hilangkan haus adalah dengan minum sambil duduk.Teguklah air sedikit demi sedikit secara perlahan.

 

5.KEMBUNG PERUT

Antara sebab kembung perut adalah minum sambil berdiri.Kenapa perlu minum duduk adalah kerana dalam keadaan itu, otot perut akan lebih rileks dan dalam masa yang sama membuatkan saraf pada bahagian perut untuk lekas hadam segala makanan dan minuman yang diambil.

6.TIDAK DAPAT MENCAIRKN ASID DALAM TUBUH

Manusia diggalakan untuk minum sambil duduk dan meneguk air sikit demi sikit secara perlahan agar ia dapat bantu memecahkan kadar asid dalam tubuh yang kemudiannya akan bergabung dengan air yang diminum tadi sebelum dikeluarkan melalui proses perkumuhan.

7. MENYEBABKAN ULSER DAN PEDIH ULU HATI

Apabila seseorang minum secara berdiri, air yang diteguk itu akan jatuh terus ke suku bahagian esofagus (seolah-olah memukul dasar esofagus dengan kuat). Hasil ini menyebabkan sambungan dari perut dan esofagus terasa ‘terbakar’ disebabkan oleh asid di dalam perut yang bergerak secara ‘berpatah arah’.

8. SARAF MENJADI TEGANG

Minum sambil berdiri sebenarnya akan menyebabkan saraf-saraf dalam tubuh menjadi terkejut. Sila minum dalam keadaan duduk dan meneguk air secara perlahan. Cara ini kemudian akan bantu menenangkan saraf seterusnya melancarkan penghadaman

Jadi korang golongan yang mana satu, samada minum sambil berdiri atau minum sambil duduk.Kekadang tu umi pun terlajak jugak minum sambil berdiri.Itu pun time nak cepat atau di luar.Kalau taknak tergolong dari 8 sebab kenapa tak boleh minum air sambil berdiri tu, elakkan ye..Sama-sama nasihat menasihati… 

 

Insyallah


 

 

 

 

 

Loading

4 Comments

  1. Yang paling Sis tau, kalau minum berdiri, perut akan buncit hehehehe…dari atuk, nenek Sis memang marah beno kalau minum berdiri huhuhu

  2. Sama la klu nk cpt atau nak keluar, mmg x dan nk duduk.. Minum sambil berdiri je.. Tapi mmg tak elok pun minum smbil berdiri.. Boleh buat perut muncet gak, kalau x silap..

  3. cik nor slalu gak minum berdiri. biasalh kan ambik air kt coway trus minum kat cni. Akibatnya nak membuang yg besar kmain ssh..haha

  4. Tulah kadang nak cepat especially time kerja minum berdiri tu selalu. hahaha nak kena ubah ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *