Kenapa Perlu Tidur Pakai Stokin

Kenapa Perlu Tidur Pakai Stokin

Kenapa Perlu Tidur Pakai Stokin | Pakai stokin waktu tidur tu pelik ke? Bagi umi takde la peliknya sebab kekadang umi pun pakai stokin jugak.Sebelum tu abaikan gambar memakai stokin umi di opis..hahaha

Selalunya umi pakai stokin sewaktu umi tak sihat je.Duduk dalam air cond dalam bilik tu, sejuk dia boleh buat bisa-bisa badan.Bila pakai stokin, rasa hangat-hangat kat kaki tu boleh bawak satu badan tau.

Tapi artikel yang umi kongsikan di bawah ni ada betulnya tau.Memang berbeza rasa pakai stokin dengan tak pakai.Kalau kat opis rajin pulak pakai kan? Kalau tidur teruskan memakai stokin lagilah bagus.

Kalau kat luar of courselah kan..TUTUP AURAT bagi yang wanita.heheheh..Kenapa kita kena tidur pakai stokin? Jom baca sebabnya.

Pemakaian stokin semasa tidur boleh mengawal suhu dalaman tubuh. Menurut kajian pada tahun 2007, orang dewasa yang memakai stokin jenis normal atau panas akan tidur lebih cepat. Ini kerana, suhu badan teras seseorang berlaku pada waktu malam dan ia akan mencapai suhu terendah pada sekitar jam 4 pagi.

Jadi suhu purata adalah 98.6 darjah Fahernheit, tetapi ia berbezalah dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.

Sebenarnya kan, suhu badan teras seseorang boleh terjejas disebabkan oleh jam biologi yang dikenali sebagai ritma sirkadian(circadian rhytm).Ritma sirkadian ni akan mengawal masa tidur, membuatkan seseorang itu berasa ngantuk pada waktu malam dan terjaga pada waktu pagi.

Jadi suhu badan akan meningkat secara beransur-ansur pada waktu siang dan memuncak pada waktu petang.Kemudiannya, ia akan menurun pada waktu malam yang menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk.

Jika kita hanya menggunakan selimut sebagai menutup kaki, terdapat kebarangkalian yang besar yang selimut itu akan terselak ketika kita sedang tidur, tetapi dengan memakai stoking, kaki kita akan tetap tertutup rapi hingga ke pagi.

KEBAIKKAN MEMAKAI STOKIN WAKTU TIDUR

  • Stokin membuatkan suhu pada tapak kaki terasa hangat da nsecara tidak langsung akan memberikan isyarat ke minda separa sedar bahawa cuaca sedang panas.Hasilnya otak akan memberi arahan pada tubuh badan supaya merendagkan suhu badan.So ianya akan bantu kita untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
  • Pemakaian stokin ketika tidur juga di dapati dapat mengelakkan tumit dan tapak kaki menjadi rekah.Jika diamalkan berterusan, inysallah kita akan dapati rekahan di tapak kaki akan mula pulih sedikit demi sedikit.
  • Pemakaian stokin ketika tidur juga  dapat mengatasi msalah tilam dan cadar berbau akibat hiperhidrosis tapak kaki.Di mana segala peluh tapak kaki akan diserap oleh stokin yang ktia pakai.Dan ini dapat mengelakkan tilam dan cadar daripada berbau.
  • Pemakaian stokin juga dapat menghindarkan dari gigitan nyamuk .Jadi kita rasa selamat dan selesa ketika tidur.
  • Bahagian tapak kaki adalah bahagian yang paling awal mengesan dan menangkap kesejukan yang mana dingin tapak kaki yang berlebihan akan mebawa kepada perkara-peraka seperti lenguh-lenguh,bisa-bisa di betis,dan lain-lain lagi.Maka dengan memakai stokin ketika tidur, dapat dijadikan ikhtiar bagi mengelakkan perkara ini berlaku

manfaat tidur pakai stokin

CARA PEMAKAIAN STOKIN SEWAKTU TIDUR

Memakai stokin ketika tidur hendaklah menggunakan stokin yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.

Bila dah pakai stokin sewaktu tidur, jangan pulak kita ulang memakai stokin yang sama setiap hari.Wajib basuh atau gunakan stokin yang baru setiap malam kerana jika kita menggunakan stokin yang sama, ia boleh membuatkan bakteria dan kuman dari peperluhan terkumpul.Dan kita akan mendapat gangguan kulit seperti fungus dan lain-lain lagi.

Baca juga : khasiat air kelapa

Jika mampu, dapatkan beberapa pasang stoking khas sebagai koleksi stoking tidur anda. Jangan gunakan stoking untuk tidur untuk kegunaan lain seperti kepejabat atau bersukan.

Sebaiknya, sebelum menyarungkan stoking, sapukan sedikit losyen kulit pada kaki anda dengan rata hingga kering sebelum menyarungkan sarung kaki anda. Jadikan ia sebagai last thing on bed bagi mengelakkan anda berjalan kesana kemari didalam rumah setelah memakai stoking, agar kotoran dan lain-lain yang berada dilantai rumah kita tidak melekat pada stoking anda.

C&P : FB Fedri Yahya

So, lepas ni rasanya-rasanya akan teruskan pemakaian stokin ke tidak? Mula-mula tu memang korang akan rasa janggal dan tak selesa.Tapi lama kelamaan mesti korang suka… Kalau umi kan, sebelum pakai stokin tu, sapukan minyak panas sikit kat tapak kaki.

 

Jom cuba 

Loading

5 Comments

  1. Tiba-tiba teringat tengok kartun Doraemon, Nobita sentiasa berstokin kat rumah.

    Kalau bilik sejuk seronoklah tidur pakai stokin.

  2. Kalau tidur dalam hujan Sis kena pakai stokin, sebab nanti kena simpul biawak huhuhu

  3. Betul tu kak..Orang tua tua kata perempuan tidur kena pakai stokin untuk elak badan tu masuk angin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *