Kembali Bekerja Selepas Kes Pencemaran Udara di Pasir Gudang

Kembali Bekerja Selepas Kes Pencemaran Udara di Pasir Gudang | Actually umi bercuti dari hari khamis minggu lepas sehingga Ahad.

Umi ada cerita pasal Pencemaran di Pasir Gudang akibat Bahan Kimia yang di buang di Sungai Kim Kim . Usaha untuk membersihkan sisa-sisa bahan kimia yang dah tersebar luas tu semakin hari semakin baik.Dan umi pun dah kembali ke Pasir Gudang.Ikut hati memang taknak tinggalkan rumah, tapi disebabkan rabu malam khamis tu umi rasa sesak nafas, mata pedih, terus babah ajak balik kampung.Sampai di sana, ibu pulak suruh dapatkan rawatan.So, dapatlah umi MC selama dua hari.

back to work

Dalam pada bercuti, tu umi banyak minum air masak dan air susu kerana ada yang mengatakan Air susu bagus untuk meneutralkan kembali bahan yang kita dah hidu tu.wallahualam.Berkotak jugaklah umi habiskan.

So, sampai hari Ahad, umi terpaksalah balik semula ke Pasir Gudang memandangkan umi bekerja keesokkan harinya.Tetapi anak-anak umi, umi letak di rumah adik di Bandar Dato Onn.Sebab Taska masih lagi bercuti sehingga selasa.Dan satu lagi umi masih risaukan tahap keselamatan dia bila duduk di sini.Tinggallah umi dan babah je kat sini tanpa anak-anak.

Mungkin itu yang terbaik untuk sementara waktu ni.Umi taknak tanggung risiko sebab umi terpaksa letak dia di Taska.Keluar masuk rumah tu yang merisaukan.Sebab bila di rumah gejala-gejala bila terhidu bahan kimia ni dah ada di rumah.sebab tu umi risau nak tinggalkan dia disini.Nak tau gejala lain bila terhidu bahan kimia?

ANTARA GEJALA BILA TERHIDU BAHAN KIMIA METANA?

  • Tekak Pedih
  • Pedih Mata
  • Sesak Nafas

Gas ini boleh merebak ke dalam badan melalui Pernafasan kita, Serapan pada kulit dan juga Makanan/minuman yang terdapat disekeliling kita.

Perlu tahu, bila masanya kita perlu dapatkan rawatan apabila terkena bahan kimia ni iaitu

  • Hindari Kawasan Kejadian
  • Hubungi pihak berkuasa jika mash terhidu bahan kimia
  • Mandi setelah balik dari kawasan kejadian/berdekatan
  • Baju yang digunakan apabila keluar rumah hendaklah di basuh berasingan.
  • Jangan mandi di sungai.

Umi amat-amatlah berterima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat dalam pembersihan bahan kimia di pasir gudang.Semua staff-staff yang membantu memberikan perkhidmatan perubatan, dan orang awam yang menjagi sukarelawan dalam membantu mangsa yang terlibat semasa pencemaran udara di Pasir Gudang ni.Hanya Allah swt je yang mampu memberikan ganjaran kepada mereka.Sungguh besar pengorbanan mereka bila umi lihat gambar-gambar perkongsian dari group whattsap.Masa makan mereka, masa tiur juga tak menentu.Allahu…

Alhamdulillah…umi rasa kes ni dah selesai walau tidak sepenuhnya…

Loading

2 Comments

  1. Alhamdulilah..
    Walaupun tidak 100% udara sihat, tapi sekurangnya lebih baik dari semalamnya …

  2. Author

    alhamdulillah..dah semakin baik kan sis..takdelah risau sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *