Kemas tersusun dengan Ikea Mulig Clothes Bar

Kemas tersusun dengan Ikea Mulig Clothes Bar | Impian umi nak beli almari panjang untuk penuhkan semua baju di dalamnya.Tapi tulah, kita merancang, Allah swt sahaja menentukan.

Disebabkan kos nak dapatkan almari tu memang besar,tapi umi tetap bersabar.Yelah..kami ni bukan jenis cop duit.Banyak lagi perkara yang difikirkan untuk didahulukan.Tapi semangat umi untuk tidak rumah nampak terlalu sarat dengan baju sana dan sini, jadi umi jadikan bilik dak Naura satu bilik untuk baju terlebih dahulu.Kalau dulunya, bilik tu dijadikan Mini library dia, boleh baca entry DEKO BILIK BELAJAR DAN BERMAIN NAURA .

Tetapi disebabkan Naura tak suka duduk dalam bilik tu sensorang, Jadi umi dah tukar Mini library untuk dia di ruang tamu.Oklah kan.Lagipun ruang tamu umi tu takde pun banyak perabot lagi.

Pernah dulu umi nak beli sofa untuk rumah, tapi bila fikir balik, takpelah..Nak deko-deko kat ruang tamu tu tunggu lak budak-budak ni besar dulu.Biar ada space untuk mereka buat apa pun.

So, bila dah baju terlebih banyak, Almari pun tak berapa nak besar, so umi cadangkan babah untuk beli Mulig Clothes Bar dari Ikea.Kira ni deco budget umi untuk rumah kami. Umi suruh personal shopper je yang beli sebab umi malas nak bertawaf kat Ikea tu.Kang umi rambang biji mata, dari nak budget,terlebih pulak beli yang lain.Lagi kang, nak masuk pulak ke Cafe Ikea cari meatball.Last² whatssap PS Ikea untuk dia belikan je.Kira jimat jugaklah kan.

Sekarang bilik ni umi jadikan sebagai bilik baju je.Oklah tu kan,sementara umi nak kumpul sikit-sikit barang rumah.Ini pun dah memadai.

Tunggu Naura besar sikit, dah boleh tidur asing, boleh la umi tukar balik bilik ni jadi bilik dia.Sementara ni umi jadikan jelah bilik baju-bajan.

Kat mana pulak mini library Naura ni? Nanti umi ceritakan di lain entry.Umi pun berhutang 1 entry tentang Grolier ni.Tunggulah umi diberikan ketenangan untuk update tentang tu.Masa ada, cuma idea nak mengarang je takde.

Umi memang dah spot almari kat Ikea tu.Dapat beli satu persatu pun dah ok.Tunggulah umi kumpul duit job dlu, nanti dah siap umi kongsi balik ek kat sini.

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 thoughts on “Kemas tersusun dengan Ikea Mulig Clothes Bar

  • February 26, 2019 at 10:26 am
    Permalink

    kita ingat kekda beli ni ari tu…hahahah…baru nak komen…rupanya yang ni beli thru PS Ikea…kita pun ada impian jugak nak ada wardrobe sebilik satu hari nnanti…bersambung dengan bilik mandi terus…senang kan..macam cite2 korea..hahahah

    Reply
    • February 26, 2019 at 1:16 pm
      Permalink

      hari tu beli katil..Nak masuk dalam bilik tu jugak.sebab mana tau merajuk ngan laki, boleh tido bilik tengah ni…hahahahaha,,,

      Reply
  • February 26, 2019 at 2:05 pm
    Permalink

    Aku plak nak tambah lemari dah ni, Suami bebel mana datang baju dan tudung bebanyak ni hahahahah adeii pening…dah bagi orang pun still melambak lagi ..

    Reply
    • February 26, 2019 at 4:23 pm
      Permalink

      boleh je sis,cari yang beso terus..puas hati

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *