INFO

Kemangkatan Bonda Sultan Johor Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad

Kemangkatan Bonda Sultan Johor Tengku Puan Zanariah Tengku Ahmad | Umi baru terdengar tentang Kemangkatan Bonda Sultan Johor pada subuh tadi.

Salam takziah umi ucapkan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar serta keluarganya.

 

ِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون “Innalillahiwainnailaihirojiun. Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga kami, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. ‎الفاتحة ‎بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ ‎◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْن

Berita Kemangkatan Baginda telah dikeluarkan melalui laman media sosial rasmi Kesultanan Johor.

Almarhum Tengku Puan Zanariah ialah Raja Permaisuri Agong yang kelapan ketika Almarhum Sultan Iskandar Ismail memerintah sebagai Yang Di-pertuan Agong dari 1984 hingga 1989.

Baginda pernah dilantik sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diputerikan pada 5 Julai 1940 di Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan.

Almarhum Tengku Puan Zanariah mendapat didikan formal di Sekolah Sultanah Zainab, Kelantan pada 1946 dan melanjutkan pelajaran di Convent Bukit Nenas, Kuala Lumpur dari 1950 hingga 1952.

 

credit : astroawani

Umi dan keluarga merakamkan ucapan takziah kepada Diraja Johor atas Kemangkatan Almarhum Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad.

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *