INFO

Kelebihan Surah Al-Waqiah yang perlu kita ketahui

surah al-waqiah

Kelebihan Surah Al-Waqiah yang perlu kita ketahui | Ramai yang dah tahu dan ramai yang belum tahu tentang kelebihan surah Al-Waqiah ni.

Ada ke yang sudah pun menghafal tanpa perlu melihat surah ni di depan mata.Alhamdulillah…Moga kita dihindari dari kemiskinan seumur hidup.

Umi pun kadang-kadang lupa ayat dalam surah ni.Tapi nasib baiklah sekarang ni semuanya di hujung jari.Bila dah selalu amalkan, insyallah la kan akan menjadi lancar. Tapi tahu tak akan kelebihan surah Al- waqiah ni.Jom baca entry seterusnya

KELEBIHAN SURAH AL-WAQIAH UNTUK KITA AMALKAN SETIAP HARI

Surah ini merupakan surah yang ke 56 di dalam pada juzu’ ke 27 di dalam Al-Quran.Surah Al-Waqiah ni ada kelebihannya tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.Antaranya adalah :-

1.  Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

 

Fatwa sebahagian ulama mengatakan ” Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali.selama 40 hari, Maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula”

FADHILAT DAN KHASIAT YANG TERKANDUNG DI DALAM SURAH AL-WAQIAH

Kalau korang nak tahu, di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat iaitu

1.Sesiapa yang membacanya dengan wirid, Insyallah mereka akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

2.Bila kita membiasakan diri kita untuk baca surah ni setiap malam satu kali, maka dia akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

3. Mereka yang baca surah ini sebanyak 14 kali setiap lepas Solat Asar, Insyallah mereka akan dikurniakan denga kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.

4.Mereka yang membaca surah ini sebanyak 41 kali di dalam satu majlis, Insyallah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

5.Amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat isyak jika kita ingin menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur.

6.  Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:

  • Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
  • Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
  • Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
  • Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
  • Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.

7.  Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursisekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”

8.  Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh

 

Banyak kelebihannya kan kalau kita amalkan.Yang penting bila buat sesuatu tu kita kena ikhlas.Lagi bagus kalau kita suruh anak-anak menghafal surah ni.Dan dijadikan rutin harian semoga terhindar kemiskinan seumur hidup.

Rasulullah SAW bersabada “ Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqiah ini setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya.Dan surah Al-Waqiah ini adalah surah Kekayaan,maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

 

 

sumber dari : shafiqolbu

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *