tazkirah jumaat

Kelebihan Membaca Surah Kahfi Pada Malam atau Hari Jumaat

Assalamualaikum
Sama-sama kita membaca Surah Al-kahfi  Di pagi Jumaat yang mulia ini.

Kelebihan Membaca Surah Kahfi Pada Malam atau Hari Jumaat

1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah) 
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim) 
Baitullah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman. Tanah Haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana.
Baqarah[97]…….dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia
2) dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.
3) memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih)
4) Terjaga dari fitnah Dajjal
Daripada Ali bin Abi Thalib:”Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai lapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”
sumber :sini

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(13) Comments

  1. Kesuma Angsana says:

    very gd shring ni dear, tq yer

  2. Ija Rased says:

    subahnallah..insyallah..tq ida

  3. Masa tinggal dengan arwah nenek dulu, setiap malam arwah nenek paksa baca surah al-Kahfi ni.Rupanya banyak manfaatnya… Alhamdulillah..

  4. Jom amalkan bersama… Nice sharing…

  5. Salam jumaat dan selamat beramal 🙂

  6. salam jumaat and great piece of sharing kak..

  7. Sally Yatiey says:

    Nice sharing..

  8. Harap dapat amalkan surah ni scara berterusan dan elakkan dari fitnah dajal.

  9. slm jumaat kak.. terima kasih atas perkongsian.. harap Fiza dapat amalkan pembacaan surah khafi nie..

  10. alhamdulilah..saya pun suka dgar bacaan surah ini.yak kebaikan.. terima kasih berkongsi

  11. banyak khasiat ayat al quran nie

  12. Jom sama sama kita amalkan

  13. munirah rahman says:

    sama2 kita amalkan.. nice sharing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *