INFO

Rugi kalau tak makan taugeh bila tau kelebihannya

Rugi kalau tak makan taugeh bila tau kelebihannya

Rugi kalau tak makan taugeh bila tau kelebihannya | Umi kalau makan mee goreng tak letak taugeh macam tak lengkap rasanya.Kalau boleh nak letak sebanyak-banyak tidak.

Tetiba teringat mee goreng bodo yang umi pernah makan dulu kat Melaka.Haduiii..

Tak pun kalau buat lemak taugeh letak tempe dengan tahu.Uih.Lagi la sedap kan.Tapi korang tau tak kelebihan makan taugeh ni.

Sebenarnya di dalam kehidupan kita ni,ada banyak makanan terutama sayur-sayuran yang sangat sesuai untuk wanita.Tapi bukan kepada wanita sahaja,tetapi baik untuk semua jantina dan semua peringkat usia.

Jujurnya lah,siapa kat sini yang tak suka makan taugeh.Bila nampak je taugeh,mulalah rasa seriau je,bila nak makan tu,sanggup ketepikan dulu segala jenis mak nenek sayur-sayuran terutama taugeh.Dari perkongsian di facebook,umi kongsikan kelebihan makan taugeh yang ramai tak tahu.

kelebihan Taugeh yang baik untuk tubuh badan kita

 

taugeh


Meh sini umi cerita apa benefitnya pengambilan taugeh ni khususnya buat para wanita.

1.Mencegah Kanser


Taugeh
yang terdiri daripada jenis kacang hijau,alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat.Salah satunya ialah kanavanin(canavanine)iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia,usus besar dan pankreas.

2. Baik untuk wanita

Taugeh juga mempunyai  estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis.Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang,serta mencegah kerapuhan tulang(osteoporosis).Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara,gangguan menjelang haid,simptom pra-monopaus dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik,begitu juga baik kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4.Kurangkan Lemak.

Mereka yang berisiko strok  dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak dalam darang yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian.Saponi dalam taugeh akan menghalau lemak jahat LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang di cambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum,kadar saponinya meningkat sehingga 450%

 

5.Buang kotoran.

Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membunag segala jenis kotoran dalam usus besar.Apabila kotoran dihapuskan,tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh,ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6.Lebih Muda

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA.Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Seriously,tak sangka pulak dengan pengambilan taugeh yang lebih kerap memberikan kebaikkan kepada tubuh badan kita kan.Nampaknya lepas ni,kenalah banyak dan rajinkan buat menu dari taugeh.

Agak-agak korang selepas membaca perkongsian di atas ni, korang ada perasaan nak mencuba tak makan taugeh 🙂

Taugeh memang pebret umi all the time..

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(1) Comment

  1. kita suka taugehhhhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *