Kelebihan Baca Surah Al-Mulk Setiap Malam - Kisahsidairy.com

Kelebihan Baca Surah Al-Mulk Setiap Malam

Kelebihan Baca Surah Al-Mulk Setiap Malam

Kelebihan Baca Surah Al-Mulk Setiap Malam | Banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan sebelum kita tidur.Dan amalan-amalan ini dapat menyelamatkan kita dari siksa kubur.

Sesiapa yang mengikuti IG Heliza Helmi pasti dah menyahut cabaran 40 hari Surah Al-Mulk setiap hari sebelum tidur kan?

Begitu juga dengan selawat setiap harinya.Benda baik kita cuba ikut.Walau culas, buat supaya ia boleh jadi amalan setiap hari.Nak berubah ke arah kebaikkan banyak dugaannya.Apa yang penting adalah niat untuk kita mencuba. Seriusly umi tak pernah menghafal surah ni.Umi hanya mengikut dari Youtube sahaja.Bukan tak boleh membaca al-quran, tapi nak lah membaca dengan betul.So, dari situ dah boleh perbaiki bacaan kita.

Kenapa kena baca surah Al-Mulk setiap malam sebelum tidur? Dan kelebihan yang ada pada surah Al-Mulk?

Sebelum umi cerita lebih lanjut kenapa perlu baca surah Al-mulk setiap malam, jom kita lihat apakah kelebihan yang terdapat pada Surah Al-Mulk ni.

Kelebihan yang terdapat dalam Surah Al-Mulk

Di dalam Surah Al-Mulk mengisahkan tentang kekuasaan serta kerajaan yang dimiliki oleh Allah swt.Di awal surah ini menceritakan tentang kesempurnaan penciptaan alam ini yang tiada cacat celanya.Allah swt menciptakan alam ini dari tiada apa-apa kepada wujudnya sebuah alam yang terbentang luas.Allah swt berkuasa untuk mencipta dan mematikan sesuatu menurut kehendakNya.

Umi ada baca jugak di dalam surah al-mulk ada menceritakan tentang azab siksa neraka bagi mereka yang ingkar dan kafir.Setiap kali sekumpulan manuisa dicampakkan ke dalam api neraka, malaikat menjaga neraka akan bertanya,

“Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?” mereka menjawab: “Benar ada. Sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya)”

Allah swt turut berfirman di dalam surah ini, tentang kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan menjadikan bumi untuk manusia mencari rezeki. Sesungguhnya, segala rezeki yang kita nikmati di dunia ini adalah dari Allah swt.

Allah teramat murka terhadap mereka yang mendustakanNya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan Allah untuk kita perhati di muka bumi ini.

Di bahagian akhir surah ini, banyak pertanyaan yang Allah lontarkan kepada manusia untuk kita berfikir tentang kekuasaan Allah swt. Pada ayat ke-30 Surah al-Mulk, Allah bertanya, “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”

Nauzubillah..Sungguh menakutkan.Moga kita tidak tergolong di antara mereka yang dicampakkan ke dalam api Neraka.

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

 

KELEBIHAN BACA  SURAH AL-MULK

DIAMPUNKAN DOSA-DOSA KITA

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda,

إِنَّ سُورَةً مِنَ الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِىَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Maksudnya, “Sebahagian daripada al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”. (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

 

SUNAH NABI

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Dari Jabir ra bahawa,

أَنَّ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ لاَ يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Maksudnya, “Tidaklah Nabi saw tidur hingga beliau membaca Alif laam miim tanzil (surah as- Sajdah) dan Tabarokalladzi bi yadihil mulk (surah al-Mulk).”

SEBAGAI PENYELAMAT DARI SEKSA KUBUR

Dari Ibu Abbas ra, ia berkata

خِبَاءَهُ عَلَى قَبْرٍ وَهُوَ لاَ يَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ حَتَّى خَتَمَهَا فَأَتَى النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم, فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّى ضَرَبْتُ خِبَائِى عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكُ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم, هِىَ الْمَانِعَةُ هِىَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

Maksudnya, “Sebagian sahabat saw membuat khemah di atas perkuburan, ternyata dia tidak sedar jika itu adalah perkuburan, tiba-tiba ada seseorang membaca surat Tabaarokallazi bi yadihil mulk (Maha Suci Allah yang di tanganNyalah segala kerajaan) sampai selesai.

Kemudian dia datang kepada Nabi saw dan berkata; “Wahai Rasulullah sesungguhnya, aku membuat khemahku di atas kuburan dan saya tidak mengira jika tempat tersebut adalah kuburan, kemudian ada seseorang membaca surah Tabarak (surah al-Mulk) sampai selesai,”

Rasulullah saw bersabda, “Dia adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari seksa kubur.” (HR. at-Tirmizi )

  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.” 
  • Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 
  • Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 
  • Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 
  • Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
  • Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)

sumber:https://www.bidadari.my/

https://shafiqolbu.wordpress.com

Jom kita buat challenge 40 hari Surah Al-Mulk Setiap hari.Moga manfaat ni bukan umi sahaja dapat malah untuk mereka yang membaca.

Ambillah dari sudut yang positif sebagai perkongsian yang bermanfaat.Walaupun segala info yang ada di dalam ni adalah sekadar perkongsian yang diambil dari blog² lain.Jadikan ia sebagai satu entry yang bermanfaat untuk diri sendiri.Bukan untuk dinilai baik atau buruk penulis itu menulis entry yang berkongsi perkara yang baik.

KITA BUAT KITA DAPAT..

wallahualam..

Salam Jumaat

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One thought on “Kelebihan Baca Surah Al-Mulk Setiap Malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *