Kawan Takkan sentiasa Ada, Tetapi Allah Sentiasa Ada - Kisahsidairy.com

Kawan Takkan sentiasa Ada, Tetapi Allah Sentiasa Ada

Kawan Takkan sentiasa Ada, Tetapi Allah Sentiasa Ada

Kawan Takkan sentiasa Ada, Tetapi Allah Sentiasa Ada dengan kita.Dimana -mana sahaja, setiap masa yang kita perlukan.

Kadang hati ni tak boleh nak move on dengan perkara lalu.Sentiasa nak mengingati perkara yang lepas.Tapi kematian, kita sentiasa perlu ingati, supaya kita sentiasa belajar untuk perbaiki diri.

Demi kekuatan tu, umi kena isi sesuatu di dalam diri, banyakk…Banyak lebih perlu diisi.Bukan isi apa, isi segala kekurangan yang Allah swt bagi kat kita.Supaya kita sentiasa bersyukur.Sentiasa ingat akan apa yang telah diberikan pada kita.

Umi nak share kata-kata di dalam buku yang umi baca sebulan yang lalu.And kalau umi rasa down, buku-buku ni berulang kali umi baca.Supaya umi boleh naikkan semangat umi.Supaya umi boleh terus move on dengan perkara yang lebih baik.

Dalam buku ni, umi belajar untuk lebih kuat.Supaya umi dapat melawan stress umi yang umi rasa kadang² melampau.Sampai rasa nak sorang diri je.

Ya Allah, bukan kerana hebatnya ujianmu buat aku terpaku,

Tetapi kerana cara engkau mentarbiahku, buat aku terpegun

Betapa hebatnya rencana yang KAU susunkan untukku

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jika aku kehilangan kasut,

Ada orang lain yang kehilangan kaki,

Jika aku kehilangan wang,

ada orang lain yang kehilangan punca rezeki,

Jika aku kehilangan orang yang aku sayang,

ada orang lain yang kehilangan sebuah keluarga,

Ya. disebalik  musibah yang sedang aku lalui,

Ada musibah jauh lebih hebat yang dilalui  oleh orang lain.

Jadi, sangat tak berbaloi untuk kita megeluh akan musibah yang kita hadap sedangkan ramai lagi yang melalui ujian yang lebih berat dan hebat itu dengan  begitu tabah dan kuat.

Bila kita sangka ujian yang sedang Allah swt tu timpakan ini amat berat, kita silap.Seharusnya saat musibah datang menjengah, kita harus berlapang dada dan menerima dengan hati yang ikhlas dan redha.Bukan mengeluh menyalahkan Allah, Bukan pertikai dan berputus asa.

 

So, nikmat mana yang kau dustakan bila Allah swt sentiasa memberi peluang dan ruang untuk kita bertaubat.

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

3 thoughts on “Kawan Takkan sentiasa Ada, Tetapi Allah Sentiasa Ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *