July 3, 2020
resepi kari sotong mamak style

Kari Sotong Mamak Tanpa Santan

Kari Sotong Mamak Tanpa Santan| Menu beberapa hari lepas dan teringin sangat nak cuba masak kari sotong style mamak ni.

Maklum ler, kalau dah mamak style, mestilah kuah pekat dan tanpa santan kan? entah yeke kari mamak tu tanpa santan.

Dan ini pertama kali jugak umi buat sotong masak kari tau.Selalunya sotong goreng tepung,sotong goreng kunyit dan sotong masak hitam.

So, bila teringin, maka jadilah akan kejadiannya.Meh ler umi kongsikan resepi Sotong masak kari style mamak ni ikut style umi ye.

resepi kari sotong mamak style

 

 

RESEPI SOTONG KARI PEKAT MAMAK STYLE

  • Semangkuk udang(ikut ler korang nak banyak mana dan yang penting korang buang air sotong tu dengan masak seketika di dalam kuali
  • 3 batang daun kari
  • Bawang putih dan bawang merah dihiris halus
  • Bawang blend – ( bawang putih, merah dan sedikit halia)
  • rempah 3 sekawan( umi letak yang kecik-kecik je sbb taknak rasa kuat sangat.
  • Serbuk kari 3-4 sudu
  • air
  • garam dan gula
  • air asam atau asam keping

CARA MASAK KARI SOTONG MAMAK STYLE NI 

Mula-mula sotong tu korang rebus keluarkan air .Lepas tu panaskan minyak dan masukkan bahan hiris, rempah 3 sekawan, dan juga daun kari.Daun kari tu penting.. Masukkan bahan blend sehingga naik bau.

Kemudian masukkan serbuk kari, agak-agak dah naik minyak , masukkan sotong dan perasakan dengan garam gula dan juga asam jawa.

Rasa dah ok semua boleh la tutup api dan hidangkan.Bila dah masuk sotong tu tak boleh la biarkan lama.Nanti sotong tu jadi kecik dah tak sedap nak makan.

resepi kari sotong mamak style

Lawan pulak dengan sayur masak lemak dan telur goreng..dah ok la tu kan?

 

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

4 thoughts on “Kari Sotong Mamak Tanpa Santan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *