Kami Ditinggalkan!!

Assalamualaikum
Bukan tak biasa ditinggalkan…huhu…Dah biasa umie ngan awfiyah tinggalkan babah.La ni babah pulak tinggalkan kami.
Semalam tengahari dapat perkhabaran adik MIL yang bongsu masuk Hospital kerana jantung.Kalau ikut hati memang nak ikut sekali babah balik kampung hantar Nenek.Tapi bila fikirkan aku baru cuti dan baru je start bekerja,memang tak elok la kan kalau nak bercuti sahaja.Lagipun kalau takat sehari semalam je nak balik Melaka,memang penat la.Takut Nur Awfiyah merengek kepenatan pulak.
Last decision,terpaksalah babah sorang je yang balik hantar Nenek balik ke kampung.Aku pulak terpaksa bermalam di rumah abang long yang dekat je dengan rumah kami..Nasib baik la Abg long aku tu satu jalan ke tempat kerja.Jadi takde masalah sangat untuk tumpang dia.Tinggallah Nur Awfiyah dengan Maklongnya aka babysitter nya mulai sekarang.
Kesian babah terpaksa drive sorang-sorang balik hari nie.Selalunya aku yang akan temankan dia sepanjang perjalanan.Sebab bila babah sorang drive dia akan mengantuk.Sedangkan dengan kami pun ngantuknya tak boleh nak handle…Apatah lagi sorang kan..
Harap dia occay sepanjang perjalanannya balik ke sini..Mood memang tengah risau sangat-sangat.

Loading

16 Comments

  1. moga allah permudahkan segala urusan

  2. Semoga dipermudahkan segala urusan dan husband KSD selamat tiba ke destinasi yang dituju…

    Regards,
    -Strider-.

  3. semoga selamat perjalann pergi dan balik husbnd sis.. insyallah.. amin ya rabbal amin.. Zara dtg ziarah sni sambil menabung mr.nuffnang.. =)

  4. semoga segalanya dipermudahkan ye sis….kalo sy pon hati x keruan bile kite dh terbiasa ikut, ttbe x ikut…risau kalo suami bwk kete sorg2…kang laju terlebey2

  5. semoga husband akak selamat pergi dan pulang ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *